6 | Parti Pengenalan

68.7K 1.4K 69
                                    

[ Media ]
Davika di parti pengenalan

[ Terjemahan ]
-

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Flexian Muse sangat mengagumkan.

Kereta Marc meluncur laju masuk ke garaj kereta dan enjinnya terus dimatikan. Dia mencapai beg-beg di belakang dan sebelum dia membuka pintunya, dia menoleh ke arahku. "Buka pintu kereta macam ni."

Dia mengiring, tangannya panjang mencapai satu suis di pintu kereta sisiku. Dia mengalih kedudukan punat itu dan menolak pintunya. "Kawal butang ni untuk kunci atau buka." Jelas Marc yang mukanya mungkin cuma sejengkal dari wajahku. Terasa seluruh darah naik ke pipi dan aku tunduk, mengangguk faham.

"Dah, jom masuk." Sekelip mata dia kembali ke posisi asal dan keluar bersama beg-beg kertas baranganku. Kerana sikit terkial-kial, aku tertinggal di belakang apabila Marc terus saja masuk ke dalam tanpa menungguku.

Aku meneguk liur.

Sebaik masuk di pintu utama, tersergamlah kemewahan Flexian Muse yang digembar-gemburkan Jo. Ruang utama itu memang luas dan mewah. Seorang perempuan di sofa merah perasankanku lalu memanggil. "Hey, you! Marilah masuk!"

Aku berjalan menghampiri mereka dan wajah mereka tak aku kenali.

"You macam pernah nampaklah. Davika, eh?" Lelaki di sisinya menyapa. Aku pandang wajahnya dan menggeleng. "Ya, saya. Tapi maaf, saya tak cam awak."

Keempat mereka kemudian saling berpandangan dan seolah-olah menyedari sesuatu. "You lah Davika yang Isaac cari pagi tadi!" Kemudian, yang lain mengangguk-angguk. Melihat wajahku semakin berkerut, yang perempuan awal tadi bersuara. "Okay, you ada datang ujibakat peragaan semalam, kan?"

Aku mengangguk.

"Isaac ingat nama you ada tersenarai dalam 100 pelajar peragaan, tapi lepas dia check balik, nama you rupanya dah masuk dalam 100 pelajar muzik. Dia frust gila!"

Frust tu apa?

"And now, you rupanya terpilih juga jadi Super Flexian, wow, mesti suara you sedap gila, kan? Untungnya jadi you, dah lah cantik, good at modelling, lepas tu ada bakat seni. Wow." Perempuan itu menambah.

"Okay, Lily, I think lebih baik kita perkenalkan diri dulu." Lelaki tadi menyampuk. Lily terus menekup mulutnya, "Oh! How rude! Sorry, sorry, I Lily dan ni boyfriend I, Alan." Aku tersenyum dengan keramahan mereka. "Hai, Lily dan Alan."

Aku pandang pula lagi sepasang lelaki dan perempuan yang diam dari tadi. Mereka seolah hanyut dalam dunia mereka; saling berpandangan dan berbisik antara mereka. Lily mencelah, "Haha, abaikan mereka berdua. Memang melekat sejak berkenalan pagi tadi. Kita orang junior dari Flexian Aphrodite."

"Davika!" Satu suara menjerit pula dari belah kanan ruang tamu. Aku menoleh. Jo sedang berdiri di tangga dan bercekak pinggang. "Kau buat apa kat situ? Naik atas ke bilik Nina, bersiap!"

"Bersiap untuk?" Aku terkebil-kebil. Jo mendengus geram. "Kau ni buat-buat bodoh ke memang betul-betul bangang? Parti nak mula kejap lagi, kau jangan nak malukan kita orang berpakaian macam tu!"

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now