16 | Ciuman Ketiga

88.5K 1.5K 93
                                    

[ Media ]
Pierre, Willy dan Marc

[ Terjemahan ]
mai pen rai tak mengapa
pom yoo thrung nee saya di sini
ching mai betul ke
ching see betul

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

"Oww." Marc melepaskan bibirku dan tersengih sambil lidahnya menjilat tepi bibirnya yang masih merah luka. Aku pula seakan tersedar dari mimpi indah.

Apa jenis permainan emosi ni?

Aku terus menolak tubuh Marc sekuat hatiku dan bingkas turun dari katil. "Marc!" Aku berpaling ke arahnya, tak percaya dia menciumku sesuka hatinya. Mata Marc berubah memandangku dingin.

"Awak jangan cuba mempermainkan saya! Baru kejap tadi awak marah-marah, suruh saya pindah bilik Nina semula esok. Sekarang awak cakap nak cuba dengan saya, awak nak cuba apa?? Tolong jangan buat saya macam ni." Pintaku dengan airmata di pipi.

Marc bangkit dari pembaringannya dengan wajah ketat. Hilang terus pesona cerianya sebentar tadi. Dia menutup matanya dan menarik nafas panjang beberapa kali. Apabila dibuka semula, matanya sudah nampak lebih tenang.

"Okay, aku mintak maaf. Aku cuma rasa macam..." Kening Marc berkerut-kerut, cuba menjelaskan. "Abaikan jela. Aku mintak maaf, okay?"

Aku kesat airmata di pipi. "Awak cakap saya boleh percayakan awak."

Marc meraup wajahnya. "Ya, aku tahu. Aku mintak maaf. Aku tak sengaja. Dah kau mengaku sukakan aku, sorry lah itu reaksi spontan aku."

"Tapi awak tak sukakan saya, jadi tak perlulah cium saya." Balasku perlahan.

"Aku suka kau, okay. Tapi, sejauh mana perasaan suka tu, aku tak tahu. Yang aku tahu cuma; aku suka kau, aku suka cium kau, aku rasa aku nak cuba dengan kau, itu je. Aku mintak maaf, aku tahu aku tak sepatutnya mengambil kesempatan. Untuk ke-sejuta kali, aku minta maaf. Okay?"

Aku diam.

Marc menarik nafas panjang lagi. "Jangan la macam ni, Dav. Aku dah mintak maaf, kan? Okay, kau tak nak bagi aku peluang cuba dengan kau, okay, tak apa, aku tak paksa. Guess this is how it feels to be at the rejected end."

Cuba, cuba, cuba. Dari tadi aku dengar perkataan tu. "Cuba apa?"

"Cuba dengan kau la." Jawab Marc, malas.

"Saya tak faham. Cuba apa dengan saya? Awak cakap saya boleh percayakan awak, tapi kenapa awak nak cuba dengan saya? Bukan ke ramai je perempuan lain yang nak— nak cuba dengan awak." Aku makin keliru. Aku tak faham kenapa Marc mahu cuba mungkir janjinya padaku.

Kening Marc berkerut. "Cuba apa kau cakap ni, Davika?"

Aik, dia tanya aku semula? "Cuba, cuba tadi tu lah. Cium saya, lepas tu... Lepas tu..."

"Berasmara? Kau fikir aku nak cuba berasmara dengan kau??" Wajah Marc berubah riak terus, kemudian dia tergelak besar. Aku semakin keliru. Marc kemudian menurunkan kakinya di tepi katil dan belum sempat aku menjauhkan diri daripadanya, Marc mencapai lenganku. Wajahnya mendongak, memandangku.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now