11 | Bantal Peluk

70.6K 1.4K 102
                                    

[ Media ]
Marc T_T

[ Terjemahan ]
chan wai-jai khun saya percayakan awak

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

"Ba—bantal pe—peluk??" Aku rasa mahu pengsan.

"Ya, aku cuma nak peluk kau sambil tidur. Aku janji takkan ambil kesempatan pada kau. Beri aku peluang untuk aku buktikan tanggapan aku pada kau, dan sebagai balasan, aku akan terima seberapa banyak kau nak bayar semula duit aku."

"Tapi, saya tak dapat nak langsaikan hutang pada awak sekaligus sebab elaun kan masuk setiap bulan?"

"Jadi, setiap 1 bulan kau jadi bantal peluk aku, aku akan terima seberapa banyak bayaran yang kau mampu. Kalau rasa nak bayar lagi, tidur la lagi dengan aku selama sebulan."

Skim apakah ini?

"Tapi, kenapa?? Kenapa awak nak saya jadi bantal peluk awak??" Otakku masih selirat, buntu. Aku tak faham mengapa aku perlu jadi bantal peluknya jika aku mahu hutangnya dilunaskan?

Marc nampak sedikit gelisah. "Entahlah, Dav. Aku pun tak tahu, idea ni muncul tiba-tiba. Tapi, cuba kau fikir. Kau dapat paksa aku terima duit kau, aku dapat paksa kau terima tanggapan aku. Adil, kan?"

Hah?

"Macam ni lah, tak perlu peningkan kepala. Sekarang ni, kau percayakan aku atau tak? Kalau kau percayakan aku, tidur dengan aku. Itu je aku minta." Kening Marc kembali berkerut. Aku perlu buat keputusan sekarang ke??

"Sekejap! Kalau saya perlu tidur dengan awak setiap malam, habis macam mana dengan... Emm..." Aku tak tahu nak jelaskan macam mana. Tapi, seolah tahu apa yang aku cuba maksudkan, Marc terus menyampuk.

"Kalau kau setuju, bilik tu automatik akan jadi bilik kau dan aku, jadi jangan risau, aku takkan bawak perempuan lain masuk bilik kita, lagi-lagi untuk tidur atau fuck atas katil kita. Kurang ajar namanya."

Hilang sudah semua genangan airmata. Yang tinggal cuma degupan jantungku yang semakin pantas di bawah tenungan Marc. Bilik kita? Katil kita? Kenapa bunyinya sungguh... Intim?

Marc menghulurkan tangannya. "Kita cuba 1 malam dulu?"

Ada perasaan aneh menjalar di seluruh tubuhku. Aku tak perasan bila masa aku masukkan jari ke dalam mulutku, sedar-sedar saja Marc sudah menarik pergelangan tanganku ke bawah.

"Berapa kali nak aku pesan ni?" Soalnya sedikit dingin. Hmm, kena marah lagi.

Aku tunduk. "Maaf, awak. Habit. Saya betul-betul tak sengaja."

Marc menghela nafas. "Davika, Davika. What the fuck am I doing with you?" Eh? Kenapa namaku terselit dalam monolognya?

"Kita cuba, okay. Aku dah mengantuk. Jom." Tanganku terus dicapai dan aku ditarik. Aku tak membantah, tak juga merelakan. Tapi, aku ikut langkahnya naik ke tingkat paling atas yang menempatkan bilik-bilik super senior.

Bagai orang yang dipukau, aku relakan Marc menarikku berbaring di atas katilnya. Dia kemudian berbaring di sebelahku. Dadaku turun naik, gementar. Bukan aku tak percayakan Marc, tapi hal sebegini adalah 360 darjah daripada kebiasaanku.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now