5 | Dengan Marc

66K 1.6K 145
                                    

[ Media ]
Davika

[ Terjemahan ]
-

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Aku diam, tapi mataku melilau memerhatikan ruangan di dalam kereta Marc. Dia leka memandu, cuma menoleh ke arahku sekali-sekala.

"Lepas makan, aku bawa kau shopping kat mall." Marc tiba-tiba bersuara sebaik memarkir kereta. Dia berpaling kepadaku apabila aku diam. "Kau dengar tak?"

"Saya tak faham. Shopping dengan mall tu apa?" Soalku perlahan, menunduk wajah. Malunya kerana tak dapat memahami perkataan semudah itu.

Di kampung dulu, kami cuma diajar Bahasa Melayu kerana itu bahasa kebangsaan STiM. Aku pernah bertanya pada cikguku jika kami perlu belajar Bahasa Inggeris juga kerana Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua STiM, tapi cikguku berkata, Bahasa Melayu yang perlu diperkaya, bukan Bahasa Inggeris. Menurut cikgu, jika dilihat pada sukatan pembelajaran, semua sudah diubah kepada Bahasa Melayu.

Tapi, di negeri metropolis seperti Malaysia dan Singapura, Bahasa Inggeris masih menjadi bahasa pilihan dalam pertuturan. Kata cikgu, mengubah sukatan pembelajaran mudah, tapi untuk mengubah budaya dan gaya hidup memerlukan usaha berterusan. 100 tahun dulu, Malaysia dan Singapura telah menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sebelum STiM diwujudkan.

"Davika." Suara Marc menyentak lamunanku. Terkebil-kebil mataku memandangnya yang berkerut wajah di sebelahku. "Kau mengelamun apa? Aku bercakap, kau buat bodoh je. Aku tak suka bercakap seorang diri."

"Maaf, awak cakap apa tadi?" Aku memalingkan sikit tubuhku ke arahnya. Dia mengecilkan matanya, kemudian menggelengkan kepalanya. "Dahlah, jom."

Dia terus keluar dari kereta dan aku terkebil-kebil sendiri, macam mana nak buka pintu ni? Tak ada pemegang pun?

"Tuan puteri betul kau ni sampai pintu pun nak aku bukakan untuk kau?" Marc membebel sebaik dia membukakan pintu untukku dari luar. Aku cuma mampu tersenyum tipis. "Maaf, awak. Saya tak tahu nak buka pintu macam mana."

Terbuntang mata Marc mendengar pengakuanku. "Kau biar betul?"

Aku tunduk. "Hm. Saya tak pernah naik kereta. Ini kali pertama."

Tanganku diraih. "Well... I'll take the honour to let you experience a lot other 'firsts' with me, then." Marc tersenyum sinis.

Keningku berkerut. "Awak, janganlah buat saya macam ni. Awak tahu saya tak faham Inggeris, kan?"

Pintu kereta ditutup, kemudian dia menarikku agar berjalan beriringan dengannya. "Kalau aku cakap Inggeris panjang-panjang tu maknanya aku cakap perkara yang kau tak perlu tahu sebab tak penting, faham? Anggap tu macam monolog dalaman aku."

Tanganku masih digenggam walaupun aku sudah berjalan beriringan dengannya. Kami berjalan masuk ke dalam sebuah bangunan besar. "Ni tempat membeli-belah, shopping mall. Kita pergi makan dulu, lepas tu aku nak bawa kau jumpa stylist aku."

Oh, shopping mall ialah tempat membeli-belah. Macam pasar lah. Tapi, besar betul pasar ni. Tak berkedip mataku sebaik masuk di pintu utama. Orang keliling memandang kami pelik. Mungkin kerana penampilan Marc dan aku sangat berlainan, tapi kami jalan berpegangan tangan.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now