18 | Goncang Niat

76.8K 1.4K 118
                                    

[ Media ]
Pierre dan Marc

[ Kredit Lagu ]
Superman - Eminem

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Celik saja mata, tak seperti 3 pagi lepas, aku bersendiri. Aku kerling jam di meja sisi, sudah hampir tengahari! Aku terus mandi dan bersiap, kemudian turun ke dapur yang sudah lengang. Pasti semua di studio bawah.

Tekaanku tepat.

Suasana di dalam studio tengahari ini lebih ceria daripada 3 hari lepas. Super senior dan junior nampak lebih santai, mungkin kerana sudah hampir tiba penghujung minggu. Dalam ramai-ramai, aku nampak Marc yang sudah sihat sedang ber-beatboxing dengan Willy, menemani rap bebas Pierre.

"Wooh! Serius aku cakap, kau memang kreatif bab freestyle ni. Makin lama makin bagus. Aku suka." Puji Marc. Pierre nampak lega dengan respon positif super senior yang dianggap Raja Rap Flexi itu.

"Thanks, Marc. Kau yang banyak tolong aku." Balasnya sikit tersipu.

Sukar untuk aku bayangkan super senior yang sama pernah menumbuk junior yang dipujinya itu gara-gara bertindak di luar jangkaan sewaktu persembahan di Junior Gala Night lepas.

Tiba-tiba, Willy menyenggol lengan Marc dan memuncungkan bibirnya ke arahku. Marc menoleh dan... Aduhai, senyuman Marc melebar dan matanya seakan hidup tatkala memandangku. Mikrofon yang digunakan untuk beatbox tadi diserahkan pada Pierre dan Marc terus melangkah ke arahku.

Suasana di dalam studio tiba-tiba bertukar lengang. Aku perasan ada mata-mata yang menjeling ke arah kami. Hanya bunyi drum mainan dua beradik Jumbo di satu ruang yang menjadi topeng kesibukan pura-pura yang lain.

"Hai." Sapa Marc, masih tersenyum lebar memandangku. Dah kenapa dengan Marc ni? Lepas 3 hari demam, terus berubah perangai?

"Hai. Maaf lambat turun. Kenapa tak kejut saya sekali?" Soalku perlahan.

"Saja. Kan dah 3 malam kau tak cukup tidur malam sebab jaga aku demam. So, aku saja bagi kau tidur lama sikit, sebab tu aku tak kejut."

Aku tertunduk segan. "Saya okay je. Tak seronok juga bangun lambat macam ni, semua dah turun studio untuk berlatih tapi saya baru celik mata."

Marc terus menarikku berlalu ke rak gitar, mengambil 2 gitar akustik dan mengajak aku duduk di bangku. "Tak ada masalah pun. Buat masa sekarang, kita bebas buat jadual sendiri di Flexi. Cuma nanti naik pertengahan semester, jadual berubah sikit sebab junior kena start pergi kelas teori kat kampus akademik."

Semangatku melonjak. "Yeke??"

Aku sukakan suasana pembelajaran yang formal. Di dalam kelas, duduk di meja masing-masing dan memberi sepenuh perhatian pada guru yang mengajar di depan; aku rindukan suasana itu.

Satu gitar di tangan Marc bertukar tangan denganku. "Ye, lepas naik cuti seminggu nanti. Tapi, buat masa sekarang, junior milik super senior sepenuhnya." Ayat terakhir Marc itu diluah dengan satu perasaan yang aku tak pasti apa. Matanya tajam menusuk dengan panahan yang perlahan dan lembut. Aku terus tunduk, jantung mula berentak pantas.

PREVIU || Davikaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें