29 | Bibir Marc

124K 1.4K 209
                                    

[ Media ]
T-shirt Biebs 😍

[ Terjemahan ]
-

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Bibir Marc yang gebu dan merah terasa selembut baldu saat bibirku menyentuhnya. Tapi, Marc tiada reaksi. Apabila aku tarik wajahku daripadanya, matanya membulat seakan terkejut.

Aku mula kaget, pipi membahang. Kenapa aku berani sangat ni??

"Awak, saya minta ma—" Wajah Marc yang merapat mematikan bicaraku. Bibirnya terus menyambar serentak tapak tangannya memegang belakang leherku, menarikku dekat kembali. Bibir Marc yang gebu, merah dan selembut baldu itu mula mengurut bibirku yang kering panik.

Perlahan-lahan, aku balas ciumannya saat bibir saling mengucup— ciuman kedua. Tangannya di belakang leherku turut mengurut perlahan, mengumpan desahanku keluar dan aku terbuai dengan layanan yang diberi.

Kepalaku terlentok ke belakang, menghentikan kucupan antara kami dan aku menghela nafas panjang sambil menutup mata. Beberapa saat kemudian, aku capai tangannya dan menarik ia turun ke riba.

"Terima kasih, tapi awak tak perlu susah-susah urutkan saya. Saya okay, bukan letih mana pun." Aku jadi kekok sebenarnya. Daripada hangat berciuman, kenapa bertukar kepada sesi mengurut belakang leher pula ni?

Marc menarik senyum senget. "Siapa kata aku urut kau sebab nak kasi hilang letih?"

Mataku jadi terkebil-kebil pula. Bukankah mengurut itu dilakukan untuk melegakan keletihan? "Di kampung dulu, kalau Mae dan Phaw letih lepas balik berkebun, saya akan tolong urutkan badan mereka. Itu tujuannya mengurut, kan?"

Marc seakan mahu tertawa mendengar soalanku, tapi cepat-cepat dimatikan niatnya apabila matanya menangkap kilas singgung di mataku. "Sorry, sorry. Macam mana aku boleh terlupa yang kau ni naif, Davika?"

Aku menjadi semakin tersinggung. "Apa pula kaitnya naif dengan urut? Tak apalah, Marc—" Aku mengangkat punggung, "—saya rasa lebih baik saya salin pakaian dan berehat. Terima kasih temankan saya malam ni."

Aku mahu berpaling dan keluar dari bilik itu kerana aku malu, tapi tangan Marc pantas menyambar lenganku. "Nak pergi mana? Aku tak jelaskan lagi pasal urutan tadi."

Aku ditarik duduk semula, lalu aku membuat permintaan. "Tak perlu jelaskan apa-apa. Saya cuma nak rehat dan tidur sekarang ni, boleh kan?"

Lama dia merenung ke dalam mataku sebelum akhirnya Marc mengangguk. "Okay, sorry, baby. Mari, aku bukakan butang kat belakang baju." Kata Marc seraya menarikku berdiri.

Aku tergamam seketika saat dia memalingkan aku ke belakang. Terasa gaun di tubuhku melonggar apabila satu demi satu butang dibuka, dan sejurus butang yang terakhir di belakang pinggangku dilerai, Marc menarik gaun itu turun dari bahuku.

Aku jadi berdebar kerana tubuhku cuma berbikini putih di sebalik gaun itu. Dan apabila gaun putih itu jatuh menyembah lantai, terasa angin sejuk meniup lalu aku terus memeluk tubuh.

"You have no idea how badly I wanted to get rid of that dress off your body since I saw you in it this evening, and just how mighty glad I finally did." Bisik Marc di belakang telingaku sambil tapak tangannya yang hangat meramas lembut bahuku.

Mulutku terkunci. Aku tak mengerti bicaranya tapi entah kenapa butirnya kedengaran sensual. Tak, tak. Persoalannya, kenapa segalanya tentang Marc malam ini tampak romantis dan menggoda?

PREVIU || DavikaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin