The Voice

2.4K 196 19
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> In case you forgot... Niall Horan playing Hisham's cast.


BAB 2 : SUARA


"Saya akan bunuh diri!!"

"Saya akan bunuh diri!!"

"Saya dah tak kenal diri saya lagi!!"

"SELAMAT TINGGAL!!"

Jyra membuka matanya secara mengejut. Matahari kini sudah tinggi dan memancar melalui tingkap bilik batu itu. Dia segera duduk sambil memegang kepalanya yang terasa sakit secara tiba-tiba tanpa sebab. Badannya agak berpeluh entah kenapa. Dia tidak tahu apa yang dimimpinya sebentar tadi. Sama ada ia permainan atau sebaliknya. Suara seorang perempuan yang sedang merintih.

Dia memandang ke katil sebelah. Miezza sudah tiada di situ. Mungkin di dapur sedang menyiapkan sarapan pagi. Perlahan-lahan dia menanggalkan selimutnya kemudian bangun dari tempat itu. Dia berjalan keluar agak terhuyung-hayang. Dia merasakan tidurnya tidak cukup kerana mimpi aneh itu.

Seperti biasa, Miezza sedang membersihkan dapur setelah selesai menyediakan sarapan. Noorizan dan Hisham kini sedang duduk di meja makan sambil merenung sesuatu. Kedua-dua lelaki itu sentiasa bekerja keras untuk apa sahaja misi mereka yang masih belum pasti setakat ini.

"Selamat pagi, Jyra!" ucap Miezza dengan riang. Mengingatkan mereka bagaimana Sheronica selalu menyapa dengan cara itu.

"Selamat pagi." Balas Jyra agak lemah kemudian duduk di sebelah Hisham sambil bertongkat dagu.

"Awak okey ke?" Tanya Noorizan. "Nampak macam baru habis berperang je. Tak terurus."

Jyra mendengus kuat kemudian menegakkan badannya. "Saya mimpi buruk. Tu je. Tak ada apa-apa pun."

Hisham dan Noorizan berpandangan seketika. Mimpi buruk seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi mereka berempat sejak peperangan yang lepas. Ia sering mengekori bayang mereka ke mana sahaja. Pada ketika itu, Miezza menyertai mereka di meja makan sambil meletakkan roti tambahan.

"Apa yang awak mimpi?" Tanya Miezza.

"Entah." Jyra mengangkat bahunya. "Saya hanya dapat ingat suara seorang perempuan je."

Hisham mengangkat sebelah keningnya apabila mendengar jawapan Jyra. Miezza pula membesarkan matanya, manakala Noorizan hanya merenung gadis itu dengan mata tajamnya yang bersinar.

"Suara perempuan??" Miezza mengulang sambil mencapai sebuku roti sebelum menggigitnya.

Jyra mengangguk-angguk kemudian turut melakukan hal yang sama seperti Miezza. Akan tetapi, Hisham menepis tangannya.

"Awak tak nak gosok gigi dulu sebelum makan ke?" Tanya Hisham selamba dengan wajah suci.

Jyra menggerutu kemudian terus mencapai roti itu dan sengaja menggigitnya di hadapan Hisham dengan mimik muka yang membuat orang marah. Lelaki itu hanya menggolekkan bebola matanya agak menyampah.

"Awak masih pakai rantainya??"

Serentak semua orang memandang Noorizan. Lelaki itu kini memandang Hisham dengan mata bersinarnya.

Huruf II (Sequel) ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu