The Power Of Immune

2.1K 184 25
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Khairul Azim (Alphabet K) - Ashton Irwin


BAB 10 : KUASA KEBAL


Geseran pintu batu itu terbuka sebelum Miezza dan Khairul Azim melangkah masuk. Lelaki itu kini ternganga memandang tempat itu dengan mata yang terbuka luas. Dia dapat merasakan air liurnya hampir meleleh. Ia benar-benar cantik dan menyenangkan. Tidak pernah lagi dia melihat tempat seperti itu.

"Tempat apa ni?"

"Ini lah markas puak Huruf." Miezza menjawab dengan selamba ketika memandang lelaki itu.

Khairul Azim memandang Miezza dengan mata yang terbuka luas. "Jadi... Kamu berkumpul selama ni..."

"Ya. Di sini."

"Miezza..."

Serentak kedua-dua mereka menoleh walaupun hakikatnya hanya Miezza seorang sahaja yang dipanggil. Jyra muncul sambil memandang lelaki itu dari atas ke bawah dengan dahi berkerut.

"Ya." Miezza segera mengisyaratkan supaya Khairul mengikutnya. Kedua-dua mereka segera berjalan ke ruang markas itu.

Noorizan kini sedang duduk berpeluk tubuh di meja makan. Wajahnya berkerut serius jelas memikirkan sesuatu. Cska sedang duduk di kaunter tidak tahu hendak berbuat apa. Qushairy dan Yuna sedang duduk di suatu sudut dengan wajah risau yang kebingungan. Keadaan agak tegang pada ketika itu.

"Mana Hisham??" Tanya Miezza.

Semua orang yang ada di situ memandangnya kemudian berpandangan sesama sendiri tidak menjawab.

"Ada sesuatu yang berlaku ke?" Miezza memandang Jyra yang berada paling dekat dengannya.

"Ia terjadi lagi."

Miezza mengerutkan dahinya mula rasa tidak sedap hati mengenai perkara itu. "Apa maksud awak??"

Jyra mendengus perlahan kemudian memandang ke arah Noorizan yang sepertinya mengelak untuk bertentang mata dengan sesiapa pun.

"Kali ni giliran Olive kena serangan..."

Miezza membesarkan matanya. "Serangan??"

Jyra mengangguk. "Dia kena teruk macam yang Qushairy kena sebelum ni. Dia muntah darah."

Mulut Miezza kini ternganga serta-merta. Dia mula risau dengan keadaan itu. "Mana dia sekarang??"

"Kat dalam." Jyra menjawab sambil menelan air liurnya jelas dia juga tidak senang hati. "Hisham tengah rawat dia."

Miezza kini kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada puak itu kini. Pelbagai perkara aneh mula berlaku menyebabkan mereka semua dalam keadaan kalut tidak tahu apa jawapannya.

"Awak bawa balik Azim..."

Miezza tersentak kemudian memandang Noorizan yang sudah mengangkat keningnya. Miezza hampir terlupa lelaki itu ada di situ. "Oh..."

Semua orang kini memandang lelaki itu yang kelihatan bingung berdiri di belakang Miezza.

"Dia adalah Huruf."

Kenyataan membuatkan Noorizan membesarkan matanya. Yang lain pula hanya memandang lelaki itu teruja.

"Nanti..." Noorizan bangun dari tempat duduknya. "Awak... Huruf?? Macam mana boleh jadi?"

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now