Test II

2.2K 200 37
                                    

BAB 36 : UJIAN (BAHAGIAN II)


Serentak mereka berlepas ke udara. Ada yang masih tinggal di bawah untuk menguruskan hal-hal di situ. Zamir mengaum dan terus sahaja menyerang Aieyn yang mana gadis itu segera menembak menggunakan apinya menyebabkan Zamir terhumban bagaimanapun mampu bertahan.

Aieyn mengecilkan matanya seketika sebelum Zamir kembali menyerangnya dengan aura yang lebih ganas. Dia menghidupkan api ditangannya sekali lagi dan bersedia untuk menembak lelaki itu.

"Argh!" Aieyn mengerang hampir terjatuh apabila dia merasakan renjatan elektrik kini menyelaputi tubuhnya. Baekhair sudah bersedia dengan tangannya dengan wajah penuh bersemangat. Aieyn menggerutu kemudian segera menembak lelaki itu yang langsung tidak berjaya mengelak bagaimanapun tidak terbakar.

Langkah Hisham terhenti apabila ketulan ais kini mengelilingi dan membuat satu tembok yang tinggi. Ia semakin membesar dan hampir menghimpitnya di dalam membuatkan dia terpaksa meletupkan tembok itu. Belum sempat dia melihat Geoffry untuk menyerang, sesuatu yang tajam terkena pada pipinya.

"Ouch!" Hisham mencabut jarum yang tajam itu kemudian segera menembak panah ke arah Lana menyebabkan gadis itu terlekat di pokok.

Jyra berdiri kebingungan. Sesuatu bergerak terlalu laju di sekelilingnya dan dia langsung tidak dapat menangkap apa-apa. "Hei!!" Jyra menjerit apabila dia merasakan seseorang menendangnya. Dia segera mengangkat pasir yang berada di sekelilingnya perlahan-lahan untuk menangkap.

"Argh!" Qushairy mengerang ketika jatuh di tanah. Kakinya kini tertahan oleh pasir-pasir itu.

Jyra segera tersenyum sinis. "Lain kali jangan... Ah!!" Dia dapat merasakan kesakitan yang teramat sangat pada badannya. Vince berdiri sambil memegang bahu gadis itu. Jyra tiada pilihan lain selain menghumban pasir ke arah lelaki itu.

Xiao Wei kini sudah memanggil ombak yang besar dari sungai itu. Dia tidak berniat untuk memerangkap Farra. Dia ingin terus menembak. Farra yang dapat membaca apa yang lelaki itu ingin lakukan segera menghalakan tangan kanannya. Xiao Wei terus sahaja menembaknya membuatkan Farra memecahkan ombak itu dengan petir.

Ia segera meledak dan airnya bertempiaran ke sana sini. Farra menghalakan tangannya pada Xiao Wei yang masih kebingungan. Satu lagi perbezaan lelaki itu dengan Rusdi, dia tidak bertindak dengan cepat. Satu cahaya keperakan keluar dari tangan Farra menuju tepat ke arah Xiao Wei. Bagaimanapun, tiada apa-apa yang berlaku membuatkan mereka berdua memandang sekeliling. Khairul tersenyum sinis sambil menghidupkan kuasanya untuk melindung Xiao Wei.

Farra ingin menyerang lagi bagaimanapun beberapa tentera dengan jelmaan batu menghalangnya. Dia menoleh memandang sekeliling melihat Emma yang kini mengawal tentera batu tersebut.

Noorizan memandang beberapa ekor serigala yang kini mengelilinginya. Buat seketika, dia kagum dengan kuasa Tasnim. Serigala itu benar-benar nampak nyata. Orang tidak akan tahu itu adalah jelmaan.

Tiba-tiba sahaja haiwan-haiwan jelmaan itu ingin menyerangnya membuatkan dia terpaksa menarik keluar akar-akar untuk mengikat mereka. Noorizan tidak begitu peduli dengan jelmaan itu. Mata tajamnya kini mencari Tasnim. Apabila dia terpandang gadis itu yang kini terkejut dan kelihatan takut, dia segera mengarahkan akar-akarnya untuk menangkap gadis itu.

Buat seketika, dia fikir dia telah berjaya. Akan tetapi, akar-akarnya hanya terlilit di situ tanpa apa-apa. Noorizan berkerut kemudian memandang sekeliling. Dia menggerutu apabila melihat Yuna kini memegang Tasnim di suatu tempat agak tinggi jauh dari tempat tadi.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now