Crush

2K 190 28
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Pikah's cast. (Emma Stone)


BAB 24 : CRUSH


Khairul duduk sambil meletakkan pinggan yang berisi kerepek penuh baru sahaja selesai digorengnya. Lana kini sedang berbual dengan Emma mengenai sesuatu sambil ketawa. Entah sejak bila kedua-dua gadis itu boleh menjadi rapat seperti itu. Xiao Wei pula sedang duduk bersama Olive juga di meja makan yang sama. Mereka lebih berminat untuk menunggu kerepek itu digoreng. Manakala yang lain sedang berehat di bilik. Ada yang sedang berlatih dan ada yang sedang berjalan di sekitar markas. Keempat-empat penaung itu sedang pergi di suatu tempat entah apa tujuannya.

"Boleh tahan awak bekerja di dapur." Xiao Wei tersengih memandang lelaki berlesung pipit dalam itu.

Khairul hanya tersenyum sinis lalu mengangkat bahunya sambil menggigit kerepek itu. "Biasa hidup sendiri."

Xiao Wei hanya ketawa lalu menggelengkan kepalanya.

"Apa yang kamu berdua bualkan ni??"

Xiao Wei dan Khairul segera menoleh. Olive kini sedang memandang Emma dan Lana yang sudah membalas pandangannya.

"Tak ada apa-apa lah." Lana menjawab lalu mencapai kerepek itu.

"Tak ada apa-apa..." Olive mengajuk sambil menggolekkan bebola matanya. "Tapi dari tadi tergelak-gelak."

"Ada orang tu crush dengan... Ah!!!" Emma menjerit sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

"Diam!" Lana menggumam setelah mencubit lengan gadis itu.

"Ouch." Emma memuncungkan bibirnya.

"Kamu ada suka dengan sesiapa ke??" Mata Olive bersinar-sinar teruja secara tiba-tiba.

Xiao Wei turut mempunyai reaksi yang sama dengan Olive. Khairul hanya meneruskan kunyahan kerepeknya.

"Amboi, kamu ni..." Lana menjeling manja ke arah lelaki itu.

"Kami ni nama je lelaki..." Olive memandang Xiao Wei sekali imbas dengan senyuman yang sinis. "Tapi nak juga dengar gosip-gosip macam ni."

"Ya." Xiao Wei mengangguk setuju. "Cerita lah."

Lana dan Emma berpandangan seketika. Berdebat di dalam hati sama ada ingin membuka mulut ataupun tidak. Lana mengeluh panjang lalu tunduk seketika. Cuba menyusun ayat yang sesuai untuk menceritakannya. Xiao Wei dan Olive sudah menanti dengan wajah tidak sabar, manakala Khairul hanya meneruskan makan.

"Noorizan..."

"Dah agak!" Xiao Wei menepuk tangan sekali dengan kuat secara tiba-tiba.

"Saya belum habis cakap lagi pun." Lana mengerutkan dahinya.

"Lah..." Xiao Wei mengangkat bahunya sambil mendengus kuat. "Siapa pun boleha agak lah."

"Hah??" Lana membesarkan matanya.

"Cara awak pandang dia tu menceritakan segala-galanya." Olive menggumam sambil mengunyah kerepek. "Siapa pun boleh tahu."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now