I Will Going Back

2K 167 27
                                    

BAB 49 : SAYA AKAN KEMBALI


Pikah menguap panjang ketika berjalan keluar dari biliknya. Dia mengeliat seketika sambil meregangkan otot badannya sebelum berjalan menuju ke meja makan. Jyra sedang duduk sambil membaca surat khabar. Dia hanya membaca bahagian gosip terkini artis-artis tempatan dan luar negara. Bahagian yang lain tidak akan dibaca. Webly pula sedang sibuk menikmati kek telur yang dibuat oleh Sheronica seawal pagi tadi. Sepertinya dia tidak mampu berhenti mengunyah.

"Eh, Pikah!"

Webly segera membetulkan kedudukannya apabila gadis berambut pendek itu menyertai mereka. Jyra turut mendongak sebelum kembali memandang surat khabar yang dibacanya itu. Baginya pada saat ini, gosip yang dibacanya itu lebih penting. Dia mahu mengetahui dengan lebih lanjut.

"Makan lah kek ni!" Webly menghulurkan pinggan berisi kek telur itu kepada Pikah. "Sedap. Sheron buat."

Pikah hanya mengangguk sambil mencapai kek itu. Dia segera menyuapkan ke dalam mulutnya. Tidak dinafikan ia memang sedap. Tiada masakan yang tidak sedap dimasak oleh gadis kecil molek itu.

"Apa gosip terbaru?"

Jyra mendengus perlahan dan segera menutup surat khabar itu kemudian melipatnya sebelum meneguk kopinya. "Tak ada yang menarik. Semua pasal artis nak kahwin dan album baru."

"Tak ada yang putus cinta ke?" Pikah bertanya dengan wajah yang serius penuh tanda tanya. Dia juga antara orang yang berminat membaca benda-benda seperti itu. Selepas Jyra, dia yang akan mengganti.

Jyra menggeleng dengan wajah yang kecewa. "Tak ada. Yang bergaduh pun tak ada. Tak seronok nak baca."

"Ni lah perempuan..."

Serentak Pikah dan Jyra memandang ke arah Webly yang sudah memandang mereka dengan wajah menyampah. Sempat lagi lelaki itu menggolekkan bebola matanya sebelum merenung mereka.

"Itu je yang nak diambil tahu pasal gosip entah apa-apa entah." Webly menggolekkan bebola matanya. "Cuba lah ambil tahu kes-kes yang berlaku sekarang. Rompakan ke... Culik ke..."

"Bosan!" Jyra mendengus kuat. "Banyak kes... Tapi pelakunya tak dapat nak ditangkap-tangkap. Apa nak jadi. Silap haribulan... Kes tutup macam tu je. Dah tak ada khabar lagi."

"Tapi..."

"Hai, semua!!"

Belum sempat Webly menghabiskan kata-katanya, satu suara yang ceria menyapa. Serentak ketiga-tiga mereka menoleh. Baekhair berdiri berdekatan dengan wajah yang tersenyum kambing seperti biasa. Kadangkala, ada yang rasa menyampah dengan perkara itu. Tapi mereka sudah biasa.

"Apa yang kamu bualkan?" Baekhair segera duduk tanpa dipelawa sambil memandang mereka dengan wajah ingin tahu.

"Tak ada." Pikah mengangkat bahunya sebelum menuangkan kopi di cawan. "Pasal surat khabar je."

"Ingat kan apa lah tadi." Baekhair segera mendengus perlahan. Berharap ada yang lebih menarik.

"Ni lagi seorang..." Webly mengetap giginya kegeraman. "Ingatkan perempuan je ada perangai macam ni."

"Jangan asyik nak banggakan lelaki je." Jyra tersenyum sinis. Gembira dia boleh membalas.

"Eh..." Pikah segera mendekatkan mukanya ke meja itu. "Apa hal Rizal dengan Farra tu? Kamu tahu ke?"

Huruf II (Sequel) ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя