It's starting

2K 152 44
                                    

BAB 51 : IA BERMULA


Noorizan melangkah keluar dari biliknya seawal pagi itu dalam keadaan yang masih segar. Dia merasakan tidurnya seperti terlalu nyenyak entah kenapa walaupun dia masuk tidur agak lewat pada malam semalam. Dia memandang sekeliling kawasan markas itu. Ke arah unggun api yang masih berasap seolah-olah ia baru sahaja lepas dimatikan. Kemudian dia beralih memandang ke arah meja makan yang sudah dibersihkan. Dan ke arah dapur yang kini tersusun kemas dan rapi. Dia segera mendongak memandang ke langit. Ia masih belum cerah sepenuhnya.

"Awak nak ke mana tu, Zan?"

Belum sempat lelaki putih gebu itu melangkah setapak, satu suara yang cukup dikenalinya menyapa. Dia segera berpaling memandang ke belakang. Ke arah Hisham yang berdiri tercegat memandangnya sambil berkerut. Lelaki itu juga kelihatan segar dan sepertinya sudah bangun agak lama.

"Awak baru bangun atau..."

"Saya tak tidur." Hisham segera memintas dengan iringan dengusan lembut sebelum menarik nafas panjang.

"Tapi awak nampak macam..." Noorizan mengecilkan matanya memandang lelaki itu agak bingung.

"Saya dengar lagu." Hisham memintas sekali lagi. "Saya perasan awak keluar. Tu je. Yang lain saya tak dengar."

Noorizan mengangguk-angguk kemudian segera berjalan beriringan bersama Hisham secara automatik tanpa disedari. Mereka tidak tahu bagaimana mereka boleh melakukan perkara itu tanpa persetujuan atau pertanyaan. Segala jalan yang ada di situ diperhati dengan wajah yang sayu. Seolah-olah itu adalah pertama kali mereka ke situ walaupun sudah agak lama.

Mereka masih lagi ingat bagaimana bermulanya perjalanan hidup mereka sebagai seorang ahli Huruf. Bagaimana mereka terkapai-kapai untuk perkara yang benar-benar asing dan di luar jangkaan. Merasai kehilangan di saat mereka sudah menjadi mahir untuk perkara itu. Merasai bagaimana perasaan seorang pemimpin untuk tanggungjawab yang amat berat sekali dilaksanakan. Sepertinya semua perkara itu baru sahaja berlaku kelmarin. Dan kini mereka berdiri pada keadaan itu. Keadaan di mana mereka mempertaruhkan semula nyawa mereka.

Tiba-tiba sahaja langkah Hisham terhenti menyebabkan Noorizan turut memberhentikan langkahnya lalu memandang lelaki itu kebingungan. Dia kini sedang memandang ke suatu tempat. Atau lebih tepat lagi ke arah beberapa orang. Di mana Izzudin sedang berdiri dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Farra sedang berpeluk tubuh tidak jauh daripada lelaki bermata biru itu. Dan Aieyn sedang berkerut serius.

"Hisham... Noorizan..."

Serentak kedua-dua lelaki itu tersentak serta-merta. Izzudin kini mengangkat keningnya sambil memandang ke arah mereka dengan mata biru bersinarnya. Aieyn dan Farra hanya berdiri dengan ekspresi yang sama. Mereka langsung tidak sedar bahawa mereka sudah kelihatan.

"Apa kamu buat kat situ?" Izzudin mula berkerut dengan mata yang dikecilkan ke arah mereka.

Noorizan dan Hisham berpandangan seketika. Tidak tahu apa yang hendak dibalas. Sepertinya mereka sedang mencelah satu mesyuarat yang penting. Keadaan itu terasa amat kekok.

"Mari sini... Sertai kami."

Arahan Farra membuatkan mereka tersentak sekali lagi. Gadis berlesung pipit itu hanya mengukir senyuman manis seolah-olah memberitahu yang semuanya tidak menjadi masalah. Mereka beralih memandang Izzudin dan Aieyn yang hanya menganggukkan perkara itu.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now