You're Doing Your Best

2.3K 190 42
                                    

BAB 33 : AWAK BUAT DENGAN BAIK


Hisham berjalan seorang diri di kawasan hutan markas itu. Mengingati dia pernah ke situ suatu ketika dahulu. Dia sudah menjelajahi tempat itu beberapa kali sejak mereka mula kembali ke markas. Oleh kerana minggu pertama mereka bersatu agak sukar, dia sering bersendirian berlegar-legar di markas itu. Cuba menenangkan fikirannya sendiri. Dengan beban yang berat di bahunya.

Dia menarik nafas panjang. Memikirkan apa yang baru sahaja berlaku. Dia gembira tiga daripada penaung lepas itu telah kembali ke situ. Beban mereka kini sudah berkurangan membuatkan segala tekanan yang ditanggung selama ini turut berkurang. Apa yang dia risau adalah perbandingan cara mereka memimpin puak itu dengan penaung asal. Nampak cacat cela di merata tempat. Dan ini menunjukkan bahawa mereka belum cukup baik lagi untuk menjadi pemimpin.

Hisham berhenti berjalan secara tiba-tiba. Merasai sesuatu yang dia rasa agak biasa bagi dirinya sendiri. Dia tersenyum lalu menarik nafas panjang sambil memejamkan matanya seketika.

"Awak boleh keluar sekarang..."

Tiada apa-apa yang berlaku. Hisham segera berpaling memandang ke belakang. Memandang sekeliling tidak pasti di mana. Yang pasti dia tahu seseorang berada di situ selain dia.

"Awak nak teruskan bersembunyi, Farra?"

Pada saat itu, Farra berjalan keluar perlahan-lahan dari balik tiang pokok itu sambil tersenyum manis memandang Hisham. Dia berpeluk tubuh dengan selamba sebelum menyandar kembali.

"Awak boleh tahu."

Hisham tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Memasukkan kedua-dua tangan ke dalam kocek seluarnya sambil menarik nafas panjang. "Terima kasih pada awak. Saya berlatih dengan keras selama ni."

Farra tidak dapat menahan. Dia juga tersengih mendengar perkara itu. Dia masih ingat lagi pertama kali mereka bertemu di tempat itu. Ketika Farra sedang berlegar-legar di kawasan markas dan Hisham mengikutnya secara curi-curi. Pada ketika itu, dia memberitahu bahawa dia dapat merasakan kehadiran lelaki itu kerana kuasa yang mengalir di dalam badannya. Badan mereka berdua sebenarnya. Dan kini, Hisham dapat melakukan hal yang sama.

"Awak dah semakin mahir." Farra memuji dengan ikhlas diiringi dengan senyuman yang manis.

"Tapi saya tetap tak dapat tandingi ketua kan??" Hisham cuba menyakat gadis itu sambil mengangkat keningnya.

Farra menjeling manja ke arah lelaki itu lalu segera berjalan beriringan bersama-sama pergi dari situ.

"Bagaimana keadaan kamu selama ni.?" Farra menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian selama hampir lima minit mereka berdiam diri dengan suasana yang sedikit kekok.

"Teruk." Hisham menjawab jujur dengan wajah yang selamba tidak kisah. "Sangat-sangat teruk."

"Kenapa jadi macam tu pula??" Farra mengerutkan dahinya sambil mengangkat kening merenung lelaki itu.

"Menjadi penaung kali pertama tanpa pengetahuan yang luas selepas empat tahun..." Hisham mengangkat bahunya masih dengan wajah selamba. Kulitnya masih lagi putih kemerahan. "Maksud saya... Dengan hanya pengalaman selama lebih kurang, apa... Tak sampai setahun pun. Memang lah teruk."

Farra tidak memberi sebarang komen.

"Kami memang terumbang-ambing." Hisham menyambung setelah memastikan bahawa Farra tidak akan berkata apa-apa. "Kami tak dapat cari keserasian waktu mula-mula tu. Asyik bergaduh je..."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now