The Power Of Speed & Teleportation

2.2K 194 32
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Miezza's cast (Chloe Grace Moretz)


BAB 3 : KUASA KELAJUAN & KUASA PERPINDAHAN


Miezza dan Jyra yang sedang duduk di ruang markas itu sambil cuba mencari sesuatu pada buku-buku usang itu segera menoleh apabila terdengar bunyi pintu batu utama terbuka. Noorizan masuk dengan wajah merah padam sambil menolak seorang lelaki yang hanya menjeling tajam ke arahnya dengan mulut yang terkumat-kamit menyumpah seranah. Seorang gadis menyusul dengan wajah yang kebingungan dan ketakutan. Hisham pula hanya berjalan tenang di belakang mereka.

"Kamu dah jumpa mereka??" Tanya Jyra serta-merta dengan mulut terbuka dan mata yang terbuka luas.

Noorizan tidak membalas sebaliknya segera duduk di meja betul-betul di tempat Jyra duduk sebentar tadi sebelum gadis itu bangun.

"Ya." Hisham segera menjawab sambil memandang sekali imbas ke arah pasangan yang kini sedang berpegangan tangan dengan wajah yang bercampur-baur emosinya tidak dapat dipastikan.

"Macam mana kamu jumpa mereka?" Tanya Miezza tenang dari tempat duduknya tidak berganjak.

"Itu yang lucunya..." Noorizan menggumam dengan mata tajamnya. "Kami tangkap mereka semasa mencuri."

"Mencuri??!" Ulang Miezza dan Jyra serentak sebelum beralih memandang pasangan yang kini sudah menunjukkan kerisauan pada wajah mereka.

"Apa kamu nak sebenarnya??" Tanya lelaki itu agak tertekan. "Lepaskan kami. Tak ada benda yang kami boleh beri pada kamu."

"Kenapa kamu mencuri??" Tanya Noorizan dengan nada marah tidak menjawab soalan lelaki itu.

"Untuk hidup?" Lelaki itu mengangkat bahunya selamba ketika menjawab yang sebenarnya lebih kepada bertanya pada diri sendiri.

"Ada banyak cara kalau awak nak hidup." Noorizan membalas. "Bukan cara macam tu."

"Kalau awak berada di tempat saya mungkin awak akan faham." Lelaki itu mendengus perlahan. "Jangan pernah bercakap kalau kamu belum rasa. Tak layak langsung. Kamu tak tahu apa yang kami alami."

Noorizan terdiam tidak membalas. Ada benarnya apa yang dia kata. Orang lebih suka memberi komen dan nasihat tanpa tahu apa rasa sebenar orang yang melakukan kesalahan seperti itu.

"Tempat apa ni?" Tanya perempuan itu tiba-tiba. Matanya sibuk memandang sekeliling. Tempat itu sangat aneh dan juga unik dalam masa yang sama pada pandangan matanya.

"Sebelum tu..." Miezza menarik nafas panjang. "Siapa nama kamu?"

Kedua-dua lelaki dan perempuan itu berpandangan sesama sendiri. Jelas tidak percaya untuk memberitahu nama mereka.

"Okay, baiklah." Miezza mendengus perlahan. "Nama saya Miezza dan ini Jyra." Miezza menuding ke arah Jyra kemudian memandang Noorizan. "Yang ini pula Noorizan. Dan yang itu Hisham."

Lelaki dan perempuan itu hanya menelan air liur.

"Saya... Qushairy." Lelaki itu bersuara dingin. Suaranya kedengaran serak semulajadi. "Yang ini teman wanita saya, Yuna."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now