Back

2.1K 173 33
                                    

BAB 44 : BALIK


Olive mengetap giginya kegeraman memandang papan catur di hadapannya itu. Kadangkala, kukunya akan digigit menandakan bahawa dia sedang buntu. Tidak tahu hendak memilih jalan yang mana. Sheronica hanya tersengih memandang gelagatnya. Dia duduk tenang menanti lelaki itu bertindak. Cska pula hanya mengelip-ngelipkan matanya memandang Olive. Vince, Webly dan Xiao Wei pula tidak sabar untuk mengetahui apa keputusan perlawanan itu, manakala Rizal hanya membaca buku di tempat berdekatan dan akan memandang mereka sekali sekala.

"Okey! Saya mengaku kalah!" Olive mendengus kuat ketika memegang kepalanya berputus asa.

"Permainan belum tamat pun kan?" Webly mengangkat keningnya sambil cuba menahan ketawa.

"Kalau saya gerakkan permaisuri..." Olive memandang papan catur itu semula kemudian menghantar renungan tajam pada lelaki itu. "Dia akan perangkap raja. Tak ada beza pun."

Serta-merta tawa ketiga-tiga lelaki yang menjadi penonton sebelum ini itu meletus. Cska hanya mampu memandang Olive simpati.

"Macam mana awak boleh bermain dengan baik??" Olive merenung Sheronica dengan wajah yang penuh rasa ingin tahu.

Gadis comel itu hanya mengangkat bahunya dengan wajah yang suci. "Saya pun tak tahu."

"Saya perlu belajar dengan awak nanti." Olive bersuara serius dengan riak wajah yang sama menyebabkan Sheronica ketawa.

"Sheron..."

"Hmm??" Gadis itu mengangkat keningnya memandang Xiao Wei. Senyuman terukir di wajahnya tanpa disedari.

"Awak rasa..." Xiao Wei berfikir seketika dengan wajah yang sayu. "Awak rasa Aieyn benci saya tak?"

Sheronica mengukir senyuman manis mendengar soalan itu. "Secara jujurnya saya rasa tak."

"Betul ke??" Xiao Wei cuba memastikan. Dia masih tidak yakin dengan perkara itu walaupun semua orang mengatakannya.

Sheronica mengangguk yakin sambil membetulkan kedudukannya. "Sebelum ni... Dia asyik mengamuk tak tentu pasal bila orang yang berkuasa air tu ada berdekatan. Tapi sekarang ni tak. Saya tengok dia okey je dengan awak."

"Nasib baik." Xiao Wei menarik nafas lega.

"Awak kena faham je..." Sheronica bersuara lagi. "Boleh dikatakan dia pernah mati sebelum ni oleh kuasa air. Kalau ada apa-apa... Mungkin sebab dia kena berhati-hati untuk dirinya."

"Tapi dia kan kuat?" Cska mengerutkan dahinya. "Mustahil Xiao Wei boleh mengancam dia."

"Macam tu lah sebelum ni." Sheronica membalas tenang sambil berusaha mengekalkan senyuman manisnya. "Sebab kami langsung tak sangka kuasa air boleh kalahkan dia."

"Kuasa air dan api kan adalah kuasa yang paling kuat selepas petir." Rizal mencelah secara tiba-tiba. Dia sepertinya dapat faham situasi itu berbanding yang lain. "Tapi api tetap akan kalah pada api."

"Ah..."

Sheronica mengangguk ketika mereka semua memandang gadis itu. "Sebelum ni orang yang berkuasa air terlibat dalam misi untuk mengambil bebola kristal sebab kuasanya adalah antara kuasa yang kuat. Tapi..." Sheronica segera menyambung apabila melihat mereka ingin bertanya. "Pada misi itu juga orang yang berkuasa air ditangkap dan mengkhianat."

Huruf II (Sequel) ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora