First Practice

2.2K 180 41
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Baekhair's cast. (Luke Hemmings)


BAB 19 : LATIHAN


Sejak mereka semua mengetahui apa yang dilalui oleh keempat-empat penaung itu sebelum ini, tiada siapa yang berani mempersoalkan lagi apa yang mereka buat. Mereka mula faham dan berhati-hati atas apa yang bakal mereka lontarkan. Mereka tahu apa yang keempat-empat penaung itu alami bukan sesuatu yang boleh dipertikaikan. Ia sesuatu yang patut difahami sebelum cuba membahaskannya.

Hisham dan Noorizan kembali ke markas pada malam itu dan tiada siapa membuka mulut untuk bertanya atau menyatakan rasa simpati. Adalah lebih baik jika mereka buat tidak tahu dan membiarkan perkara itu. Kedua-dua lelaki itu juga sepertinya sudah kembali normal. Latihan kini mula dijalankan. Berganti dengan giliran untuk mencari baki sembilan orang Huruf yang masih ada.

"Cuba elak kuasa saya ni!!" pekik Miezza.

Dayah yang kini sudah menjadi halimunan mula panik. Dia mula berlari ke serata tempat.

"Saya boleh kesan pasir pada kasut awak!!" jerit Miezza sambil menembakkan kuasanya.

Olive dan Baekhair hanya melihat dengan mulut ternganga di sebelah Miezza. Zamir pula hanya berdiri memandang sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar.

"Cuba buat saya tak dapat kesan di mana awak!" arah Miezza tanpa berhenti melakukan apa yang dia lakukan.

Dayah menggerutu. Selama ini dia fikir itu adalah perkara yang paling senang untuk dilakukan. Tapi kali ini dia silap. Sepertinya Miezza dapat mengesan di mana dia berada walaupun tidak kelihatan. Dia tidak tahu bagaimana gadis itu melakukannya. Apa yang boleh membuatkan dia dikesan.

"Ouch!" Dayah mengerang apabila dia terjatuh di tanah akibat terkena angin yang ditembak oleh Miezza. Dia segera mematikan kuasanya dan mereka dapat melihatnya semula yang kini sudah terbaring.

Miezza mendengus perlahan. "Dayah..."

"Saya tahu." Dayah memintas ketika dia berdiri. "Saya masih lemah dan perlu banyak berlatih."

Miezza menarik nafas panjang. Dia juga tidak tahu bagaimana untuk menguatkan atau melatih dengan lebih baik lagi. "Saya tak tahu apa kelebihan kuasa awak. Tapi... Saya masih boleh tangkap awak. Itu bahaya."

Dayah hanya membuat muka yang sayu.

"Satu lagi..." Miezza memandang gadis berkening lebat itu. "Awak kena hati-hati. Awak boleh terkena serangan dalam pertempuran walaupun ia tak disasarkan pada awak. Payah nanti."

Dayah hanya mengangguk lemah. Sudah tidak mampu membuka mulutnya untuk membalas.

"Bagus lagi tu." Olive melemparkan senyuman ceria pada Dayah. "Awak masih boleh berada dalam perlawanan atau pertempuran. Saya ni pula tak boleh buat apa-apa langsung dalam mana-mana keadaan."

Miezza hanya melemparkan senyuman tawar pada lelaki itu. Berharap dia boleh membidas. "Maaf, Olive... Setakat ni kami hanya tahu kuasa awak cuma boleh membuat orang ikut cakap awak."

"Tak mengapa." Olive hanya tersenyum manis langsung tidak kisah. "Saya bersyukur. Banyak kegunaan pada hidup saya."

Miezza hanya tersengih kemudian menggelengkan kepalanya. Dia tahu apa yang lelaki itu cuba maksudkan.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now