Finally

2.4K 183 144
                                    

BAB 48 : AKHIRNYA


Sudah agak lama Miezza berdiri di tengah-tengah padang berumput itu menghadap ke arah matahari yang hampir tertutup oleh awan. Matanya dipejam erat ingin melupakan segala masalah yang berada di sekelilingnya. Angin lembut kini bertiup memukul badannya. Keadaan itu amat menenangkan.

Dia sendiri tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia suka bersendiri. Jika dia tidak terlibat dalam latihan, dia pasti akan ke suatu tempat seorang diri dengan masa yang agak lama dari biasanya. Dia seharusnya gembira kerana semuanya hampir kembali kepada sediakala. Dengan kehadiran lelaki bermata biru yang sentiasa menjadi tumpuannya. Tapi entah kenapa ada sesuatu yang kosong dirasakannya.

"Kat sini rupanya awak."

Miezza segera membuka matanya kemudian menoleh memandang ke belakang. Zamir berdiri dengan wajah yang tersenyum sedikit sambil berpeluk tubuh memandang gadis itu dengan mata tajamnya.

"Oh, Zamir." Miezza mula mengukir senyuman tawar yang mana dia sendiri tidak tahu bagaimana senyumannya boleh jadi seperti itu.

Zamir menarik nafas panjang kemudian berjalan perlahan-lahan sebelum berhenti betul-betul di sebelah gadis itu. "Kebelakangan ni awak suka bersendiri."

Miezza memandang sekeliling turut menarik nafas panjang. "Saya tak tahu. Mungkin saya perlukannya."

Zamir hanya mendengar jawapan gadis itu tanpa memandang wajahnya. Tidak tahu kenapa dia tidak sanggup itu bertentang mata dengan gadis itu walaupun hanya untuk seketika sahaja.

"Awak masih tak luahkan pada dia lagi?"

Pertanyaan itu membuatkan Miezza tersentak seketika. Dia menelan air liur tanpa sebab.

"Awak belum luahkan." Zamir tersengih ketika menjawab soalannya sendiri.

"Benda tu tak penting sekarang." Miezza mendengus perlahan.

"Tapi awak jadi macam ni kalau awak tak luahkan." Zamir memberanikan dirinya memandang Miezza.

Miezza mendengus sekali lagi. Dia tidak tahu bagaimana hendak membalas kenyataan lelaki itu.

"Kenapa awak tak beritahu dia?" Zamir bertanya.

"Apa yang awak harapkan dengan saya berbuat demikian??" Miezza membalas pandangan lelaki itu.

Zamir tidak menjawab. Dia hanya terus-menerus merenung mata gadis yang berada di hadapannya itu.

"Awak nak saya tahu perasaan dia macam mana??" Miezza mengangkat keningnya dengan rasa bengang. "Sama ada Izzudin tu pun suka saya ataupun tak?? Macam tu ke yang awak nak??"

Zamir menarik nafas panjang tanpa memutuskan pandangan matanya. "Bukan itu yang saya nak."

"Habis tu??" Miezza langsung tidak sedar bahawa nada suaranya kini sudah mula meninggi.

Zamir merenung wajah gadis itu agak lama sebelum menggenggam buku limanya erat di sisi. "Saya cuma nak tahu yang saya ada peluang untuk berada dalam posisi Izzudin ataupun tidak."

Miezza terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Jantungnya seperti terhenti seketika. Segala benda yang bergerak di sekeliling mereka kini dirasakan sudah berhenti sama seperti nadinya.

"A... Apa?"

Zamir tergelak sedikit. "Awak tahu apa yang saya cakapkan, Miezza. Sebab awak belum luahkan pada Izzudin. Jadi... Saya nak luahkan pada awak."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now