Last Member

2.2K 174 28
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Alphabet U. (Lucy Hale) Nak tahu siapa nama? Keep reading~


BAB 45 : AHLI TERAKHIR


Semua orang kini duduk sambil fokus memerhati gelagat gadis yang kini sedang makan dengan lahap sekali di meja makan itu. Mereka sudah tidak tahu ia adalah kali ke berapa dia makan. Badan dan mukanya masih ada kesan luka tetapi tidak begitu teruk setelah selesai dirawat. Mukanya kini sudah boleh dilihat dengan baik untuk mereka mengenalpasti. Keadaannya semakin pulih.

Mereka mengambil masa dua hari untuk menstabilkan keadaan gadis yang terseksa itu. Dia terlelap selama dua puluh empat jam tidak bangun-bangun. Mereka cemas seketika memikirkan gadis itu sudah mati. Selepas itu dia asyik kelaparan. Seolah-olah sudah setahun dia tidak makan. Mereka tidak mengomen apa-apa mengenai gelagatnya dan menurut sahaja tanpa banyak soal.

"Terima kasih." Ucap gadis itu agak malu setelah sendawa entah untuk kali yang keberapa.

"Sama-sama." Sheronica melemparkan senyuman manis kerana dia yang menyediakan semuanya.

"So....." Farra memandang yang lain sekali imbas sebelum kembali memandang gadis berambut panjang itu. Dia sepertinya tidak tahu hendak bertanya soalan apa untuk pertama kali. "Siapa nama awak?"

Gadis itu membetulkan kedudukannya ketika memandang Farra sambil mengelap mulutnya. "Uqasha."

Serentak semua orang mengangguk-angguk. Ada yang mengulang nama gadis itu sendirian untuk diingati.

"Awak tahu pasal puak ni kan??" Izzudin mengecilkan matanya. Cuba untuk memastikan apa yang perlu dilakukan untuk gadis itu. "Ataupun... Awak perlu kamu terangkan lagi?"

Gadis itu menggeleng perlahan. "Saya dah tahu semuanya."

"Awak dah tahu?" Izzudin mengangkat keningnya. Dia ingin tahu bagaimana gadis itu boleh tahu tanpa diterangkan.

Uqasha hanya mengangguk-angguk. "Saya boleh dengar apa yang ada di minda kamu."

Serentak semua orang terkejut sebelum berpandangan sesama sendiri mendengar kenyataan itu. Masing-masing mula berasa takut. Cuba menghilangkan apa sahaja yang berada di minda mereka.

"Kuasa kawalan minda." Izzudin menggumam. "Dia boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja melalui mindanya. Tapi hanya kita puak Huruf yang boleh halang dia daripada membaca apa yang ada dalam minda kita."

Uqasha mengangguk-angguk tanda mengiyakan. "Kadang-kadang saya tak dapat dengar juga. Terutamanya kamu..." dia menuding ke arah Izzudin, Farra, Aieyn dan Sheronica. "Saya tak dapat masuk langsung."

"Sebab kami memang tahu awak akan masuk." Aieyn bersuara selamba sambil berpeluk tubuh.

"Jadi..." Cska membesarkan matanya memandang gadis itu. "Kami semua.... Awak dapat baca?"

Uqasha mengukir senyuman yang teragak-agak. "Saya baca semuanya. Maafkan saya..."

Lana dan Emma sudah mengeras duduk di tempat masing-masing. Yang lain mula berpandangan risau sambil membesarkan mata. Noorizan, Miezza dan Hisham kini sudah ternganga. Jyra, Vince, Webly, Pikah dan Tasnim langsung tidak ambil kisah seolah-olah ia bukan masalah yang besar. Mereka langsung tidak merasa terancam mengenai hal itu berbeza dengan yang lain.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now