Black

2K 180 41
                                    

BAB 42 : HITAM


Aieyn, Noorizan dan Lana berdiri ternganga melihat apa yang ada di hadapan mereka. Tidak dinafikan, mereka adalah kumpulan yang berada dalam situasi yang paling kekok sekali. Lana benar-benar tidak membuka mulut sepanjang perjalanan mereka. Menyumpah seranah di dalam hati melihat apa sahaja perkara yang menyakitkan hatinya walaupun pada hakikatnya ia bukan bertujuan seperti itu. Noorizan pula tidak berani untuk menegur Aieyn cuba untuk fokus pada misi. Untuk Lana pula tiada apa yang ingin dicakapkannya. Aieyn hanya meneruskan misi tanpa memikirkan hal yang lain. Hanya dia yang berani bercakap dengan mereka berdua.

"Mana naga?" Aieyn mengelipkan matanya masih memandang benda yang berada di hadapan mereka.

Noorizan tidak membalas. Dia hanya berdiri tercengang tidak mampu berkata apa-apa. Mulutnya terbuka luas jelas tidak menjangka. Lana pula sudah ketakutan. Makhluk yang berada di hadapan mereka terlalu asing.

"Ini ular."

Memang benar. Dulu, Noorizan dan Aieyn berhadapan dengan seekor naga yang amat besar. Kali ini, seekor ular besar sedang berlingkar di hadapan gua yang sudah sedia terbentuk itu. Naga itu berwarna coklat tua dengan tompok-tompok hijau memenuhi kulit bersisiknya yang besar. Matanya kuning dan lidahnya terjelir keluar memandang ketiga-tiga mereka yang kini masih ternganga.

"Izzudin..." Aieyn menggumam nama lelaki itu sambil mengetap giginya kegeraman. Dia hampir sahaja melepaskan kuasanya tanpa sebab kerana amarah yang menyelubunginya. "Tak guna betul!"

"Aaaaaa!!!!" Lana memekik apabila ular itu cuba mematuknya. Dia sempat mengelak menyebabkan ular itu terpatut tanah tempat dia berdiri. Kesannya terlalu kuat. Tanah itu hancur.

Pada ketika itu, Aieyn dan Noorizan sudah melepaskan beg sandang mereka. Ular itu terlalu besar. Ia sebesar anaconda. Badannya berlingkar panjang. Ekornya melibas-libas secara rawak di merata tempat. Pokok-pokok di situ tumbang akibat libasan ekor ular itu. Batu-batu yang terkena juga berhancuran jatuh. Ia seperti sesuatu yang terlalu sukar untuk ditumpaskan.

"Saya ingatkan anaconda cuma kat filem je." Noorizan segera berlari bersembunyi di sebalik pokok.

"Jangan pandang rendah!" Aieyn membalas kemudian segera melompat ke atas pokok apabila ular itu ingin mematuknya.

Lana kini sudah berlari demi mengelak setiap serangan ular itu. Ia terlalu cepat bergerak menyebabkan dia terpaksa mencari tempat yang baik untuk mendarat. Ular itu menyerang tanpa sasaran. Ia terus sahaja menyerang apa-apa benda yang bergerak dilihat pada mata kuningnya itu. Benda yang dirasakan seperti mengancam dirinya sendiri membuatkan mereka semua terpaksa berhati-hati.

Aieyn menghalakan kedua-dua tangannya ke arah ular itu. Pancaran apinya meluncur kuat. Akan tetapi, perkara itu membuatkan ular itu lebih marah. Dia menyerang Aieyn bertubi-tubi. Kulitnya yang bersisik tebal itu dapat menghalang api yang Aieyn keluarkan daripada membakarnya.

"Tak boleh." Aieyn menggerutu.

Noorizan masih berdiri di tempat persembunyiannya. Cuba berfikir bagaimana untuk menumpaskan ular itu. Dia masih ingat pertarungan mereka dengan naga sebelum ini. Kuasa mereka tidak begitu berkesan jika digunakan secara biasa yang mana mereka sememangnya sudah sedia maklum mengenai itu. Mereka perlu merancang bagaimana untuk menumpaskannya seperti sebelum ini.

"Noorizan!!!"

Noorizn segera mendongak bagaimanapun terlompat sedikit apabila kuasa api Aieyn meletup di hadapannya membuatkan ular itu kembali memandang gadis berambut perang semulajadi itu.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now