The Power Of Incarnation

2K 186 26
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Vince's cast. (Kim Soo Hyun)


BAB 23 : KUASA JELMAAN


Miezza kini sedang duduk di atas batu besar itu. Di mana kali pertama dia berbual dengan Noorizan suatu ketika dulu. Buku usang yang sehingga kini masih belum dapat dibaca itu berada di tangannya. Entah kenapa, dia tersenyum bila teringat kenangan yang lalu. Buat seketika, dia menyangka dia akan mempunyai perasaan kepada Noorizan kerana dia adalah lelaki pertama yang Miezza menjadi sedikit terbuka. Tapi ternyata sangkaannya meleset. Hatinya berjaya dicuri oleh orang lain.

"Buku apa yang awak baca tu?"

Miezza menoleh pantas. Lelaki berbadan elok dengan wajah serius yang tampan itu berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis. Entah bila kali terakhir dia melihat lelaki itu tersenyum seperti itu.

"Zamir..."

Zamir berjalan perlahan-lahan mendekatinya dengan senyuman yang kecil. "Boleh saya duduk?"

Miezza segera ketawa apabila mendengar pertanyaan lelaki itu yang agak formal. "Sopannya awak bertanya."

Zamir hanya tersengih lalu duduk tanpa menunggu jawapan. "Saya dah biasa macam tu kot."

Miezza mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman yang sinis. "Oh, ya?? Saya tak pernah tengok. Saya ingat lagi macam mana awak nak hapuskan kami semua masa berlawan kali pertama tu."

Zamir mengelip-ngelipkan matanya seketika. "Masa tu lain sikit..."

"Lain apanya??" Miezza mengecilkan matanya.

"Saya rasa saya patut lindungi mereka yang lain..." Zamir memandang ribanya seketika lalu mengangkat bahunya. "Awak faham kan... Lagipun saya rasa susah sikit saya nak kawal apa-apa bila saya guna kuasa saya."

Miezza hanya tersenyum kemudian mengangguk-angguk faham. "Jangan risau. Saya faham."

Keadaan sunyi sepi seketika. Tiada siapa yang membuka mulut untuk bercakap. Mereka memandang sekeliling cuba untuk menikmati udara yang segar itu. Mereka juga tidak tahu apa yang patut dikatakan.

"Buku apa tu sebenarnya?"

Miezza menoleh memandang Zamir yang kini sudah melirik ke arah buku usang yang berada di atas ribanya.

"Ini??"

Zamir memandang Miezza sambil mengangguk-angguk. "Ya. Saya selalu nampak kamu baca."

Miezza tersengih kemudian mengeluh perlahan. "Kami tak dapat baca pun sebenarnya."

Zamir mengerutkan dahinya agak bingung. "Apa maksud awak??"

"Tulisan dalam ni adalah tulisan yang kami tak dapat baca." Miezza memandang ke arah buku itu lagi. "Ia adalah tulisan purba dan unik... Atau lebih tepat lagi... Tulisan puak Huruf."

Zamir membesarkan matanya agak terkejut. "Tulisan puak Huruf??"

Miezza mengangguk-angguk. "Sebab kami dah cuba kaji tulisan ni. Tak pernah wujud di mana-mana."

Zamir kini sudah ternganga. Dia kelihatan bingung bercampur teruja. Dia masih memandang buku itu tetapi tidak meminta untuk melihat isi kandungannya. Dia hanya memandang kulitnya sahaja.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now