Dua

14.5K 843 37
                                    

Afrina 16 tahun
         Harini hari yang paling aku tak nanti nantikan. Mama nak bawa aku pindah balik rumah. Puas aku mencari idea dan mencipta pelbagai alasan untuk tidak balik ke rumah.

         Semenjak cinta aku ditolak oleh Abang Arul, aku mengambil keputusan untuk menyambung sekolah menengahku di kampung. Alasannya, aku mahu menemankan nenek dan maksu ku. Sebenarnya aku mahu mengelak dari berjumpa Abang Arul.

         Mana mungkin aku nak berjumpa dengannya lagi semenjak insiden dia menyiramku dulu.

          "Mama, bolehlah Pina sekolah sini sampai habis Spm je ma" aku merayu rayu kepada mama.

          "Pina baliklah duduk dengan mama. Mama nak jugak pantau pelajaran kamu." Mama cuba memujukku. Aku cuba meraih simpati nenek.

         "Nek bolehlah nek. Pina nak duduk dengan nenek."

          "Baliklah rumah kamu Pina. Nenek pun dah tua tak larat nak jaga kamu" kata nenek sambil mengusap kepalaku.

          "Haa tengok. Nenek pun mahu kamu duduk dengan mama"

          Dan aku, menangis dalam hati. Ceh tipu je. Disebabkan aku sayang mama, aku hanya mengikut katanya. Mujur waktu itu cuti sekolah. Tak ada lah aku berpindah ke sekolah baru dengan begitu cepat. Selamat.

         Lagi satu, lupa mahu bagitahu. Sekarang aku bukan lagi Pina yang dulu. Sejak duduk bersama nenek, nenek menyuruhku berdiet dan hasilnya, aku sudah menjadi kurus dan tinggi. Ehh tinggi ke? Mukaku juga sudah semakin cerah. Nak tahu rahsianya?

Bedak sejuk nenek.

--------------------

         Masuk hari ini , sudah lebih dua bulan aku bersekolah di sekolah baru. Umurku juga sudah masuk 17 tahun. Aku tiada masalah untuk mencari rakan baru kerana sememangnya aku seorang yang peramah. Cuma, pelajaran aku tidak meningkat.

          "Mamaaa Pina gagal ujian addmath" aku terus menerpa ke arah mama sambil merengek rengek sebaik saja masuk ke dalam rumah.

         "Kenapa Pina gagal sayang. Mata pelajaran yang lain macam mana ?"

         "Yang lain ok ma. Addmath Pina je teruk. Mama hantar lah Pina pergi tuisyen" aku merengek lagi dekat mama. Hobi aku memang merengek.

         "Eh mama rasa Abang Arul sebelah ni dapat keputusan Spm bagus dulu. Nanti mama cuba tanyakan Cik Esah." Mama menyuarakan pendapat.

         "Abang Arul ?! Taknak lah Pina." Tanpa sedar aku terjerit sedikit mendengar namanya. Alergik betul aku mendengar namanya.

          "Kenapa taknak ? Mama yakin punya Abang Arul tu boleh ajar kamu sampai pandai. Kamu jangan nak memilih, ilmu ni kat mana mana sama saja." Mama sudah mula. Aku paling tak tahan mendengar bila mama sudah memulakan ceramahnya.

           "Yela yela bila boleh mula ni" aku mengiakan saja kata kata mama. Tak rela sebenarnya.

          "Nanti mama tanya Cik Esah" kata mama lalu terus memakai tudungnya untuk ke rumah sebelah. Aku cuma menghantar mama dengan mataku dan aku sangat sangat berharap Abang Arul menolak cadangan mama.

--------------------

         "Pinaaa oh Pina." Mama menjerit jerit namaku di ruang tamu.

         "Ya ya Pina turun ni. Ha kenapa." Aku bertanya kepada mamaku.

         "Tadi mama jumpa Cik Esah. Kebetulan Arul ada sekali jadi mama tanyakan terus dekat dia. Cuba teka apa Abang Arul Pina tu cakap." Kata mama teruja. Aku hanya mencebik sambil mengangkat bahu.

           "Abang Arul cakap esok petang boleh mula." kata mama sambil menepuk nepuk bahuku. Dan aku, rasa seperti mahu pengsan mendengar ayat mama.

-------------------

          Harini aku pulang ke rumah seperti biasa. Cuma harini moodku tak berapa baik. Mungkin sebab petang ini aku mula tuisyenku dengan Abang Arul.

           "Assalamualaikum mama" aku menyapa mama seperti biasa.

          "Waalaikumsalam. Makan cepat kejap lagi nak pergi rumah Cik Esah" kata mama.

         " Taknak pergi boleh?" Aku mencuba nasib.

         "Jangan mengada-ngada."

-------------------

         "Assalamualaikum, Cik Esah oo Cik Esah" aku memberi salam dengan kuat di pintu pagarnya.

          "Waalaikumussalam" seorang lelaki menjawab salamku dan keluar di sebalik pintu. Pada mulanya aku tak begitu cam mukanya tetapi lama kelamaan aku mula sedari itu ialah Abang Arul.

          "Long time no see Pina" katanya lagi sambil membuka pagar untukku. Aku hanya menjeling kepadanya. Malas aku mahu berbaik baik dengan dia. Buat sakit hati saja.

          Kami berjalan masuk sehingga ke ruang tamu rumahnya. Aku terus keluarkan barang-barangku untuk memulakan pelajaran hari ini. Aku perasan bahawa matanya sedari tadi memerhatikan gerak geriku.

            "Pandang-pandang. Tak pernah tengok orang ke?" aku berkata sambil menjeling kepadanya.

            "Makin cantik eh kau sekarang ni"

            Dan aku, rasa mahu lari masuk ke rumahku sekarang apabila sebaris ayat itu keluar dari mulutnya.

          Malu.

--------------------

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now