Sepuluh

11.6K 631 4
                                    

           Aku berjalan menuju ke kantin bersama Alisya. Hari ini kami berdua sahaja kerana Aina si mulut becok tu tidak datang ke sekolah.

         "Weh Sya"

         "Apa."

        "Abang kau tu sebenarnya manusia ke bukan?"

        "Hahahaha kenapa?"

         "Dia memang manusia yang takde hati dan perasaan wehh." Aku berkata dengan penuh emosi.

          "Kenapa do?"

           Aku menarik nafasku sedalam dalam yang boleh lalu aku menceritakan insiden semalam kepada Alisya.

          "Haaa macam tulah ceritanya." Bersungguh-sungguh muka ku ketika ini.

          "Woww emosinya kau." Alisya berkata sambil tergelak. Hello, ini bukan masanya untuk ketawa ye. Aku tengah hadapi krisis dengan abang kau ni.

           "Tak lawak la Sya."

          "Ok ok sorry. Alah, kau jangan lah amik hati sangat dengan along aku tu. Dia memang tak kasi orang naik kereta dia tu." Alisya cuba memujukku. "Dia mana pernah kasi orang naik kereta dia kecuali keluarga kitorang je."

          "Haritu aku naik je kereta dia." Aku berkata selamba.

         "Hah? Kau biar betul?" Aku lihat dia sudah menjerit kerana terkejut. Ek eleh minah ni dah kenapa terkejut beruk sangat ni.

         "Ye lah. Dia offer nak hantar aku pergi sekolah haritu sebab mama punya kereta rosak."

         "Hah? Dia yang offer?" Sekali lagi. Dia menjerit.

         "Yelahhhhhh. Kau kenapa terkejut sangat ni. Sekali lagi kau jerit-jerit macam ni aku tinggal je kau kat sini." Aku mula menggugutnya.

          "Weh, dia mana pernah offer orang naik kereta dia tu weh. Aku naik pun selalu sebab aku paksa dia suruh hantar aku sana sini. Kalau tak mana pernahnya aku naik kereta dia." Ujar Alisya panjang lebar.

          "So?" Aku membuat muka bosan. "Perlu ke aku rasa special?" Aku mencebik.

          "Kau tak rasa ke dia ada feeling-feeling dekat kau?" Aku membesarkan mataku mendengar ayatnya.

          "Kenapa pulak?"

          "Sebab Abang Arul tak akan pernah offer orang naik kereta dia kecuali orang yang dia sayang. Contohnya mak aku. Mak aku je yang selalu naik kereta dia."

          "Tu maknanya dia tu kedekut." Selamba aku menjawab.

          "Oi mana ada lah."

          "Ok kesimpulannya?" Aku mengangkat keningku ke arahnya. Serius aku tak faham apa yang cuba Alisya sampaikan ni.

          "Kesimpulannya, abang aku suka kau."

          Pfurrrrrrr. Tersembur air yang aku minum dan aku tersedak-sedak seperti anjing tercekik tulang. Tersangatlah terkejut mendengar kesimpulan yang dibuat oleh Alisya.

          "Wehhh kau ok tak?" Alisya mengurut urut belakangku.

         "Tak okay! Kesimpulan apa kau cuba buat ni. Tak ada maknanya dia nak suka aku." Aku memarahinya.

         "Aku dapat rasakan yang dia suka kau."

         "Alisya takyah merepek. Aku tinggal kau kat sini nanti." Aku mengugutnya.

         "Aku yakin punya. Kau tengok je lah nanti." Muka Alisya sangat nekad.

         Errrrr kenapa aku rasa cara Alisya cakap semakin menakutkan? Disebabkan malas mahu melayannya aku terus berlalu menuju ke kelas. Makin merepek cakapnya.

----------------

         "Assalamualaikum" Afrina memberi salam kemudian terus masuk ke rumah cik Esah. Seperti biasa Abang Arul sudah pun menunggu di ruang tamu. Tetapi hari ini lain sedikit kerana Alisya turut serta belajar.

          "Lambat." Abang Arul berkata kepada Afrina.

        "Hello, lambat dua minit je okay. Jangan kecoh sangat." Afrina menjawab sambil menjeling ke arah Abang Arul.

        Alisya dari tadi hanya menjadi pemerhati kepada Afrina dan Abang Arul mula menyampuk.

         "Dah dah lah tu. Asyik bergaduh je, kang nanti kahwin hahahaha." Alisya berkata sambil ketawa.

         "Hell no. Sya aku rela tak kahwin dari kahwin dengan abang kau ni."

          "Emmm ok jugak kan kalau kita kahwin. Mesti Alisya suka kawan baik dia jadi kakak ipar. Kan adik kann?" Abang Arul berkata sambil mengangkat angkat keningnya dan menunjukkan ibu jarinya ke arah Alisya.

         "Eee tolong lah. Siapa nak kahwin dengan kau." Afrina mencebik.

         "Eee tolonglah. Akulah nak kahwin dengan kau." Abang Arul mengikut gaya yang dibuat oleh Afrina.

          "Hahahaha korang ni sepadan lah. Cute sangat." Alisya sudah ketawa melihat perangai abang dan kawan baiknya.

          "Ha ha ha. Cute sangat." Afrina ketawa plastik. Sangat plastik.

          "Dah dah adik jangan kacau Pina nanti dia menangis banjir rumah ibu." Abang Arul mengusik Afrina.

         "Aku datang sini nak belajar bukan nak dengar kau melawak." Afrina sudah mula naik angin.

          "Alaa, tu pun nak marah. Ni haa amik ni satu untuk adik satu untuk Pina." Kata Abang Arul sambil menghulurkan kertas latihan kepada Alisya dan Afrina. "Kalau tak faham tanya." Sambungnya lagi.

         "Ye tahu." Kata Alisya dan Afrina serentak. Kemudian mereka fokus membuat latihan yang diberi.

-------------------

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now