Empat Belas

11K 630 25
                                    

         "Azrul." Kedengaran suara abah memanggilku. Di rumah ini, hanya abah sahaja yang memanggilku Azrul. Adik dan mak memanggilku along.

         "Ye bah." Segera aku menuju ke ruang tamu untuk bertemu abah. Kelihatan abah sedang duduk di kerusi sambil membaca surat khabar. "Kenapa?" aku bertanya. Serius sahaja mukanya.

         "Duduk jap. Abah ada benda nak tanya."

           Aku segera duduk di hadapan abah.

           "Sampai bila kamu nak duduk rumah menganggur takde kerja?" Abah bertanya kepadaku. Ahhh sudah. Abah bangkitkan lagi isu kerja dekat aku.

         "Dulu, abah suruh sambung universiti tak mahu. Kamu nak belajar kolej kemahiran abah ikutkan aje. Tapi sampai bila nak menganggur?"

           Aduh abah dah mula dah. Bukannya aku tak mahu pergi ke universiti tapi aku dah tak minat mahu belajar. Itu yang aku ambil kolej kemahiran tu. Lagipun baru setahun je aku tak kerja. Eh, baru ke?

            "Ye bah, along tau." Aku cuba bersuara dengan lembut selembut lembutnya. "Tapikan sekarang along ada kerja jugak." Aku menyambung.

          "Kerja apa?"

         "Along kan sekarang tengah ajar Pina tuisyen. Lagipun banyak jugak duit yang mama dia bagi."

          "Minggu lepas budak kat syarikat abah tu baru je berhenti. Abah nak kamu gantikan dia."

         "Tapi bah..." baru aku hendak membantah abah sudah memotong percakapanku.

         "Takde tapi-tapi. Kamu boleh ajar Pina malam-malam."

          "Hmmm... yelah." Takde mood aku hendak bercakap dengan abah. Aku segera bangun dan berlalu ke bilikku.
Nak merajuk dengan abah.

--------------------

           Aku termenung di atas katilku. Abah ni pandai-pandai je nak suruh aku kerja. Nak kena bagitau Pina ni. Kang meroyan pulak budak tu datang petang-petang aku takde. Aku mengambil telefonku dan mendail nombornya.

         "Hello." Afrina menjawab kasar.

         "Amboiiiiii lembutnya suara." Aku mengusiknya sambil ketawa.

        "Eeee tak lawak la. Nak apa."

         "Saja telefon. Rindu....." Aku meleret-leretkan suaraku.

          Tuttttt... tutttt.... tut.... Afrina tiba-tiba meletakkan telefonnya. Aik? Budak ni aku gurau je pun nak amik hati pulak. Aku mendail kembali nombornya.

----------------------

       "Apa lagi?" Afrina menjawab sambil mendengus.

       "Hahahahaha sorry tadi aku gurau je lah." Azrul meminta maaf sambil ketawa.

       "Tahu.."

        "Habistu asal kau letak telefon?"

        "Saja. Malas layan kau." Afrina menjawab bersahaja.

        "Auchhh, sakitnya tu disini di dalam hatiku." Azrul membuat lawak. Afrina tergelak kecil mendengarnya.

         "Aku ada benda nak cakap sebenarnya kat kau." Azrul tiba-tiba serius.

         "Ok teruskan."

         "Tapi tak best lah cakap dalam telefon. Jom duduk kat buaian depan rumah kau?" Azrul mengajak.

         "Okay. Kau pergi dulu nanti aku datang."

           Afrina segera mematikan telefon kemudian menyarungkan tudung segeranya dan berjalan menuju ke buaian di hadapan rumahnya.

----------------------
Azrul Hakim

           Aku melihat Afrina berjalan lenggang kangkung menuju ke arahku. Kemudian dia duduk di tempat kosong sebelahku.

           "Ada apa?" Dia bertanya kepadaku. Aku melihat baju yang dipakainya. Bercorak pooh dan tudung segera yang dipakainya membuatkan dia nampak comel.

        "Comel." Tanpa sedar mulutku mengucapkannya.

         "Hah?" Afrina sedikit menjerit menyebabkan aku cepat-cepat tersedar dari lamunanku.

          "Ehh.. haaa err... tu haaa kucing baru aku. Namanya comel." Aku segera menunjuk ke arah kucing yang berjalan di hadapan kami. Tah kucingg sape-sape tah aku main taram je.

         "Tu bukan kucing aku ke?"

          "Ehhhhh kucing kau ke? Hahahahaha" aku ketawa untuk menutup maluku.

         "Tapi dia takde nama lagi. Lepas ni aku panggil dia Comel lah." Afrina berkata sambil mengangkat kucingnya dan membelainya.

           Fuhhhh selamat budak ni tak syak apa-apa. Buat malu je kalau dia tahu. Aku menyengih di sisinya.

          "So.. tadi kau nak cakap apa?" Afrina bertanya kepadaku.

            "Aku nak cakap yang start minggu depan aku takde." Aku berkata. Serius bebenor bunyi nya.

          "Hahahahahaha bagus lah kau dah takde. Kau nak pergi mana?" Afrina membalas sambil ketawa. Boleh ketawa pulak ni? Aku punya lah ingat dia sedih ke apa ke.

         "Aku dah tak boleh ajar kau tuisyen."

            Sebaris ayatku membuatkan ketawa Afrina tiba-tiba mati. Aik? Senyap pulak budak ni. Keadaan menjadi sunyi sebentar. Masing-masing tidak bersuara.

          "Ehemmm ehemmm...." Aku berdehem untuk menyedarkan nya dari lamunan. "Dengar tak?" Sambungku lagi.

          "Dengar." Sepatah saja dia menjawab.

         "Kau....... okay kan?"

          "Kau nak.. pergi mana?" Perlahan suara Afrina bertanya.

         "Abah. Dia suruh aku kerja dekat office dia."

        "Ohhh........"

         Keadaan menjadi sunyi lagi. Sejujurnya aku lagi suka mendengar Afrina membebel memarahi aku daripada dia senyap begini.

         "Kalau kau dah tak ajar aku... macam mana dengan janji kau?" Sedih sahaja suaranya.

         Janji? Bila masa pulak aku janji dengan budak ni?

         "Janji apa ni?" Aku bertanya sambil menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

           "Janji yang kau nak belanja aku dengan Alisya apa je kitorang nak kalau kitorang naik markah."

           Ohhh janji tu. Ehhhh kejap. Jadi, budak ni bukan sedih sebab aku nak pergi? Dia sedih sebab takut aku tak belanja dia. Wahhhhh sakit pulak hati aku ni.

            "Pasal tu jangan risau. Aku takkan lupa.." aku memberitahunya.

            "Yayyyyy!!"

           "Jadi, kau tak sedih lah aku dah tak ajar kau ni?" Aku cuba memancingnya.

           "Kenapa kena sedih? Lagi suka adalah." Selamba Afrina menjawab.

             Entah kenapa pedih pulak rasa hati aku ni. Sampai hati dia. Mungkin dia betul-betul dah move on tak suka aku lagi kot? mood aku melayang tiba-tiba.

           "Ohhhh yeke? Takpe lah.... aku masuk rumah dulu. Assalamualaikum." Perlahan aku memberi salam. "kau pun masuk dalam cepat. Bahaya malam-malam macam ni." Sambungku lagi.

           Aku melangkah masuk dengan langkah longlai. Gaya aku macam baru lepas putus cinta gamaknya. Huhuhuhu. Harini hati aku tak sesado selalu. Asyik nak merajuk je. Haih.

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now