Lima

13.7K 724 4
                                    

          Harini seperti biasa Afrina menyapa mama nya dan bersarapan sebelum ke sekolah.

          "Mama, papa masih outstation ke?" Afrina bertanya kepada mamanya dengan mulut yang penuh.

          "Haah. Harini mama hantar Pina pergi sekolah." Kata mamanya sambil berlalu ke arah pintu untuk memanaskan enjin kereta.

          Afrina cepat-cepat menghabiskan makanan di dalam pinggannya dan bergegas memakai kasut. Dia terdengar suara bising-bising diluar rumahnya.

          "Ma, kenapa ni ma." Afrina segera bertanya kepada mamanya dan dia lihat Abang Arul berdiri di sisi mama.

           "Ni haa kereta mama tak boleh hidup ni. Afrina dah lambat ni macam mana ni." Kata mamanya.

          "Hahh biar betul ? Dah lambat ni ma." Kata Afrina. Gelabah.

           "Takpe cik, biar saya hantarkan Pina. Lagipun saya tengah cuti ni." Kata Abang Arul. Tiba-tiba.

           "Hah boleh lah tu Pina. Pergi naik kereta Abang Arul cepat. Nanti lambat kena denda." Mama Afrina bersetuju dengan cadangan Abang Arul.

          "Ehhhhh takpe-takpe. Pina naik bas luar." Afrina segera menolak cadangan mamanya.

          "Laila Afrina. Sekarang." Mamanya sudah mula tegas.

          "Yelah yelah." Afrina terpaksa menumpang Abang Arul pada pagi ini.

----------------
LAILA AFRINA
            Erghhhh apalah malang nasib pagi-pagi ni kena tumpang orang pula.
Aku lihat muka Abang Arul yang sedang memandu.

Aku mencebik memandangnya. Tersengih-sengih.

           "Ye kenapa tengok aku. Kacak ke aku pagi ni." Kata Abang Arul sambil tergelak gelak. Ceit, takmalu betul.

          Aku cuma diam sahaja. Malas aku mahu melayannya kerana sudah dapat ku duga akhirnya aku juga yang akan sakit hati.

          'Cepatlah sampai sekolah' hatiku meronta ronta untuk keluar dari kereta itu. Entah kenapa, sekolah hari ini terasa amat jauh. Aku termenung tanpa sedar.

          "Oi makcik, dah sampai sekolah kau ni. Taknak turun ke? Aku tgk pakcik tu dah nak tutup pagar dah tu." Suara Abang Arul mematikan lamunanku.

          "Ehhhh pak cik tunggu saya." Kelam kabut aku keluar dari pintu dan berlari ke arah pagar sekolahku. Fuhhhh selamat.

------------------

           Disebabkan aku datang lambat ke sekolah hari ini, aku menaiki tangga sendirian disebabkan perhimpunan harian sudah tamat. Aku rasa seperti diperhatikan oleh semua apabila melintasi kelas-kelas yang lain.
Lumrah orang datang lambat.

           "Hoi, lambat harini. Hantar kucing beranak ke." Aku ditegur oleh kawan baikku, Aina sebaik sahaja aku duduk di kerusi.

           "Haah, hantar kucing beranak." Jawabku bersahaja. Malas hendak melayan.

           "Hahahahaha... adoi kau ni. Moody je kenapa." Kata Aina sambil ketawa.

           "Tak ada apa-apa lah."

          "Ishh dengan aku pun taknak cerita." Suaranya kedengaran seperti orang merajuk.

           Aku sudah biasa dengan rajuknya dan aku tahu rajuknya itu tidak sampai sepuluh minit jadi aku hanya membiarkan sahaja.

-----------------

Kringggggggg.

           Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan bahawa waktu persekolahan telah tamat. Aku segera berlalu menuju ke pondok pengawal untuk menunggu mamaku.

           Sebaik sahaja aku sampai di pondok pengawal, aku lihat kereta yang sangat aku kenali.

          'Aduh mama kenapa suruh mamat ni amik Pina' aku rasa seperti mahu menangis di sini sekarang jugak. Aku lihat dia melambai-lambai ke arahku.

           Perlahan langkahku menuju ke arah keretanya. Aku terus masuk dan menutup pintu dengan sedikit kuat tanpa berkata apa-apa.

          "Lambat gila kau ni keluar. Aku dah boleh jadi sotong kering tunggu kau."

            "Kau duduk dalam kereta ada aircond nak jadi sotong apa." Aku menjelingnya. Abang Arul terus memandu dengan senyap. Keadaan di dalam kereta sangat sepi sehingga aku rasa seperti di bilik mayat.

             'Ahhh aku dah tak boleh tahan sunyi sepi macam ni' aku tekan punat radio untuk menghidupkannya.

            "Oi oi jangan usik kereta aku. Alisya nak picit-picit pun aku tak kasi." Kata nya tiba-tiba mengejutkan aku sehingga tersiku pintu kereta.

            "Adoii, cakap slow-slow tak boleh ke?!!" Aku sudah mula naik angin.

            "Padan muka. Itulah balasan sebab suka hati main usik barang orang." Telingaku sudah terasa panas mendengar sindirannya itu.

            'Setan betul. Aku tak hadap lah radio kat kereta buruk kau ni. Dari dulu sama je kerja menyakitkan hati je'

             Kami berdua akhirnya berdiam diri sehingga sampai di rumahku. Tanpa membuang masa aku terus keluar daripada keretanya dan berlalu ke rumahku dengan laju.

           "Sama-sama sayanggg." Aku dengar suaranya menjerit di pintu keretanya.

             Aku berpaling memandangnya dan menujukkan penumbukku dan terus berlalu masuk ke rumah.

            "Gila punya orang." Aku menggumam sendiri kerana mendengar Abang Arul masih ketawa sambil membuka pagar rumahnya.

------------

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now