Dua Puluh Lapan

8.5K 530 19
                                    

Hariku berjalan seperti biasa, tiada apa yang istimewa. Tambahan pula tiada teman untuk bertekak seperti selalu. Hmm rindu pula rasanya Abang Arul tiada beberapa hari ni. Menurut Abang Arul sepatutnya hari ini dia dah bergerak pulang ke rumah tetapi sejak semalam whatsapp ku tak terbalas.

Aku cuba menyedapkan hati mungkin telefonnya kehabisan bateri dan tak sempat untuk mengecasnya kot.

Sekilas mataku melirik ke arah tangan yang dihiasi gelang yang diberi oleh Abang Arul. Cantik! Berapa lah agaknya dia berhabis untuk membeli gelang ini.

Semakin tidak sabar aku menunggu kepulangannya. Katanya hendak memberitahu aku hal yang penting. Aku tersengih sendiri apabila mengenangkan perhubungan kami yang sudah semakin baik.

Aku menjenguk-jenguk kepala ke luar tingkap untuk melihat sama ada Abang Arul sudah pulang atau tak. Jangan katakan kereta, bayang-bayang kereta nya pun belum sampai.

Dapat aku lihat hanya Alisya yang tergopoh-gapah masuk ke dalam kawasan rumahku. Minah ni memang sehari tak datang tak sah.

"Pinaa oo Pina!" Laung Alisya ketika menaiki tangga. Tercungap-cungap nafasnya seperti orang tak cukup oksigen sahaja gamaknya.

         "Kau pahal weh tak cukup nafas je aku tengok."

         "Bu..bukan aku.. huuhhhh jap bagi aku tarik nafas jap." Tercungap-cungap Alisya mengambil nafas.

         "Tarik nafas dulu elok-elok. Yang engkau kelam kabut sangat ni kenapa?" Aku memarahinya.

         "Bukan aku yang tak cukup nafas. Abang Arul weh.. Abang Arul." Jelas Alisya.

        "Hah? Kau biar betul ni?"

        "Tak tipu. Betul ni.. aku datang sini sebab nak ajak kau pergi tengok dia." Ajak Alisya.

"Dia kenapa sebenarnya?" Berdebar-debar menantikan jawapan daripada nya.

        "Abang Hilman cakap dia sesak nafas tiba-tiba dalam kereta." Terang Alisya.

        Terdiam aku seketika.

       "Habistu sekarang dekat mana?"

       "Ambulans bawak dia pergi hospital dekat Terengganu. Terpaksa patah balik sana sebab lagi dekat." Jelas Alisya.

        Aku mengambil keputusan untuk mengikutnya sekali ke Terengganu melawat Abang Arul. Dalam diam aku berdoa supaya tiada apa-apa yang berlaku kepadanya.

        Aku mengusap gelang yang diberinya di tanganku. Patutlah sejak kebelakangan ini lain macam sahaja cara dia bercakap denganku. Harap-harap tiada apa yang berlaku.

       Perjalanan hari ini terasa begitu lama seakan masa tidak berputar.

-------------------

        "Along mana Man?" Soal ayah Alisya sebaik sahaja kami tiba.

        "Azrul ada kat dalam pakcik." Hilman menjawab. Muka dia pun kelihatan serabut.

       "Macam mana keadaan dia? Kamu tau tak?" Cik Esah pula bertanya. Aku hanya diam mendengar perbualan mereka.

        Mata meliar ke segenap hospital untuk melihat mana-mana bilik yang mungkin menjadi bilik Abang Arul. Sempat aku melihat Alisya. Terpancar riak kesedihan di wajahnya.

         Jika hendak dibandingkan antara aku dengan dia, dugaan ini lebih berat menimpa Alisya. Yang sedang kesakitan itu adalah abangnya sendiri. Apalah hendak dibandingkan dengan kesedihan yang aku alami.

         "Azrul ada dekat wad kecemasan makcik, doktor tengah berusaha bagi dia alat bantuan kecemasan. Saya pun tak tahu lagi keadaannya macam mana sebab nurse tak bagi saya masuk." Terang Abang Hilman.

         Teresak-esak Cik Esah di bahu ayah Alisya. Timbul rasa kasihan di dalam hatiku. Mak mana yang tidak sedih apabila melihat anak sendiri sedang sakit.

        "Abang Arul please kuat.." tanpa sedar bibir menuturkan.

        "Apa dia?" Alisya bertanya. Mungkin dia ingat aku bercakap dengannya.

         "Hah? Takde apa pun.. emm kau okay?" Aku bertanya kepada Alisya.

         "Tipulah kalau aku cakap aku okay Pina." Perlahan sahaja Alisya menuturkan. "Separuh jiwa aku tengah bertarung nak cari nafas." Sambungnya lagi.

         Aku hanya diam mendengar kata-katanya.

         "Kalau boleh aku nak bagi nafas aku dekat along."

          Menitis juga air mata Alisya yang aku tahu dari tadi dia cuba menahannya. Aku tergamam sendiri di situ. Tidak pasti hendak membuat apa. Akhirnya aku mengusap belakangnya supaya tangisannya reda.

        "Kau kena kuat Alisya. Kalau kau pun tak kuat macam mana abang kau nak kuat?" Aku menasihatinya.

        Semakin kuat tangisannya. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis. Aku sendiri berasa hendak menangis melihatnya begitu. Teruknya aku sebagai kawan, tak mampu buat kawannya sendiri gembira.

        "Aku tak dapat bayangkan hidup aku macam mana kalau Abang Arul dah tak ada." Kata Alisya dalam sedu.

        "Aku pun........." perlahan aku menjawab. Hampir kepada bercakap dengan diri sendiri.

-----------

Hai guys!

Sis nak bagitahu yang cerita ni ada lagi satu bab sahaja sebelum tamat. Dah ready belum nak tahu endingnya? Huhuhuhuhu...

One more thing, i just make a new friend today and i want to promote her story.

Go and check this talented girl ainatsnm and read her story.

Make sure reads and votes dia bertambah okay? 

Thanks guys sis love uolls muah xoxo

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now