Dua Puluh Tujuh

8.6K 532 15
                                    

         Kelmarin aku, Aina dan Alisya mengambil keputusan kami dan seperti  yang aku jangkakan Alisya mendapat keputusan yang cemerlang manakala Aina dan aku mendapat 5A sahaja. Namun kami tetap bersyukur dengan apa yang diperolehi.

        Abang Arul merupakan orang yang paling gembira selepas mama dan papa apabila melihat keputusanku. Bangga kerana apa yang diajarnya selama ini membuahkan hasil.

         Aku juga gembira kerana dapat juga membanggakan mama dan papa. Ye lah, aku sahaja lah harapan mereka berdua kerana aku kan satu-satunya anak dalam rumah ini.

        "So lepas ni nak sambung mana?" Abang Arul bertanya.

        Sambung mana ek, hmm sejujurnya aku masih belum terfikir hendak menyambung pelajaranku di mana-mana. Tak sanggup hendak berjauhan dengan mama. Yelah, papa pula selalu tiada di rumah kerana sibuk outstation.

        "Hmmm tak tahu lagi.... Alisya nak belajar kat mana ek?"

       "Entah lah budak tu, aku pun taktau." Kata Abang Arul mengangkat bahu.

        "Ohhhhh aku pun belum tahu." Aku menjawab.

        Entah mengapa malam ini tenang sahaja rasanya bila bersembang dengan Abang Arul. Tak seperti selalu ada sahaja angin tidak baik kami berdua.

        Kami diam seketika sambil meihat kereta dan motor lalu lalang memeriahkan suasana taman ini pada waktu malam. Dapatku lihat dari ekor mata, Abang Arul melirik ke arah tanganku. Apa benda sahaja lah yang nak ditengoknya.

         "Kenapa tak pakai gelang yang aku bagi?" Dia bertanya setelah selesai melihat tanganku.

        Ohhhh gelang tu rupanya.... Sebenarnya aku tidak pernah memakainya pun. Sayang mahu pakai kerana macam mahal sahaja ku lihat. Jadi aku hanya menyimpan di dalam laci sahaja.

       "Errr kenapa?" Aku bertanya. Tiba-tiba sahaja dia ni tanya tentang gelang tu.

        "Tak ada apa-apa. Saja tanya..."

        "Ohhh ada je bendanya dekat rumah. Sayang nak pakai..." aku tersengih.

       "Esok aku dengan Hilman nak gerak Terengganu." Abang Arul memberitahu.

       Terengganu? Jauhnya, kenapa diorang nak pergi ke sana?

      "Kenapa nak pergi sana?" Setahu aku Abang Arul bukanlah seorang yang suka berjalan jauh.

       "Hilman ajak aku suruh teman dia balik kampung..." Dia memberitahu sambil membelek-belek telefonya.

       "Ohhh... jauhnya Terengganu. Siapa yang drive?" Aku bertanya lebih lanjut. Ye lah, risau kot dahlah Abang Arul tak boleh drive lama-lama.

       "Kitorang tukar-tukar lah nanti..."

       "Ohhhhhhh...... okeylah macamtu." Aku mengangguk-angguk.

        "Kenapa? Risau? Hahahaha..." Abang Arul bertanya sambil ketawa. Lawak sangat lah tu.

       "Haah risau." Selamba aku menjawab.

        Terhenti tawa Abang Arul selepas mendengar jawapanku. Dia sepertinya memandangku tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

      "Ri..risau? Kau risaukan aku?"

      "Taklah, main-main je tadi. Siapa nak risaukan kau? Eee.. hahahahha." Aku ketawa melihat reaksinya.

      "Hmm dah agak dah. Mana ada orang risau dekat aku pun." Sedih sahaja bunyinya.

       "Hahaha okay lah aku nak masuk dulu. Pape hal nanti whatsapp je okay?" Aku sudah bersedia untuk bangun.

"Ehhh kejap..emm pakai lah gelang yang aku bagi tu tau.." dia sempat menahan aku daripada balik.

         "Kenapa?" Bingung aku bertanya.

         "Nanti-nanti kalau aku dah tak ada sekurang-kurangnya gelang tu boleh buatkan kau teringat dekat aku. Terubat sikit rindu ye tak?" Jelasnya.

        "Ohhhhh... kau nak pergi mana?" Aku bertanya. Serius tak faham apa yang cuba disampaikannya ni.

        "Nak pergi Terengganu kan? Takkan dah tak ingat aku cakap apa tadi?"

        "Ahhhhhh... okayokayy nanti aku pakai. Jangan risau." Aku memberitahunya.

       "Jaga diri baik-baik selama aku pergi sana."

       "Iye...kau pun jaga diri baik-baik."

       "Ah lagi satu. Aku ada sesuatu nak bagitahu kau." Sekali lagi Abang Arul menahanku daripada masuk ke dalam rumah.

       "Apa dia?"

       "Tapi tak boleh bagitahu sekarang. Tunggu aku balik dari Terengganu. Tunggu sampai aku ada kekuatan nak bagitahu."

       "Aik? Macam tu pun boleh ke? Haih apa-apa je lah. Ni aku betul-betul nak masuk dalam ni. Ada apa-apa lagi tak nak cakap ni?"

       "Tak ada apa-apa. Jaga diri. Selalu ingat aku bila aku tak ada nanti." Abang Arul memesan kepadaku. Seperti ada makna tersirat sahaja setiap patah yang dibicarakannya hari ini.

       "In sha Allah. Aku akan ingat kau. Always." Jawabku.

       "Tunggu aku balik tau." Kata Abang Arul. Entah kenapa sayu sahaja kedengaran apabila dia berkata begitu.

       "Iye."

       "Tunggu."

       "Iye aku janji aku tunggu." Aku ketawa sahaja melihat gelagatnya malam ini.

         Aku berjanji kepadanya. Namun manusia sering terlupa. Percaturan tuhan melebihi segalanya.

-------------------

Hello!

So disini sis nak bagitahu yang cerita ni ada lagi berapa bab sahaja sebelum tamat.

Jadi stay tuned okay? Thanks sebab setia tunggu muah xoxo

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now