Tiga

13.8K 768 2
                                    

AZRUL HAKIM
         "Pandang-pandang. Tak pernah tengok orang ke?" Pina berkata sambil menjeling ke arahku. Comel pulak aku tengok budak ni marah-marah.

         "Makin cantik kau sekarang." Tanpa sedar mulutku memujinya. Aku rasa nak tampar-tampar mulutku sekarang juga.

          "Thanks" jawab Pina sepatah.

         'Aik aku punya lah puji dia jawab thanks je?' Aku bermonolog sendiri.

Betul move on ni.

          Cehh takpe lah, janji dia nak cakap jugak dengan aku. "Ok bawa buku apa je harini?" Aku bertanya kepadanya.

         "Buku latihan lah takkan novel pula." Sarkastik dia menjawab.

          Eh budak ni cari gaduh pulak, aku tanya elok-elok dia boleh jawab macam tu.

--------------------
LAILA AFRINA
           Aku menahan air mukaku supaya dia tak nampak mukaku yang sedang menahan gelak. Padan muka! Terkulat kulat aku lihat mukanya apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulutku.

          "Jangan nak melawak pulak kat sini Pina. Nah ambil, buat 5 soalan ni 20 minit je. Aku nak tengok tahap IQ kau takat mana. Salah satu, aku bagi kau denda." Abang Arul memberi aku sehelai kertas dan mengugut aku. Heh ingat aku takut ke kau punya denda tu.

         "Aku tahu lah." Aku mengambil kertas itu dengan kasar dan melihat soalan-soalan yang terdapat di kertas itu. Mak aii , susah gila. Terkelip kelip mataku cuba memproses nombor nombor yang terdapat pada kertas itu.

          "Okay, boleh mula sekarang."

          Aku mula menjawab soalan pertama. Tiada masalah dan apabila aku ingin menjawab soalan kedua, otak aku seakan akan kosong.

          'Ohh tolonglah jangan buat hal kat sini. Malu lah aku kalau mamat ni tau aku bengap sangat addmath ni. Mampus aku kena gelak nanti' aku berkata kata dalam hati sambil mengetuk ngetuk kepalaku menggunakan pensel.

         "10 minit lagi." Suara Abang Arul membawa aku kembali ke realiti.

         'Ok sekarang aku dah betul-betul panik. Aduh macam mana ni. Ahh buat je lah apa yang aku tau' aku mula membuat soalan yang berbaki. Dan akhirnya siap juga.

         "Nah, dah siap." Aku menghulurkan kertas ku kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, Abang Arul mengambilnya. Dia mula menanda kertas itu.

         "Oii Pina. Satu je kau betul ni, kau sekolah ke tak ni." Abang Arul mengembalikan kertas soalan itu sambil memerliku.

         "Aku sekolahlah. Dah ditakdirkan aku nak betul satu je, nak buat macam mana." Aku melihat kertas itu dan mengeluh apabila melihat kertas itu penuh dengan dakwat merah.

         "Kau ni bengap sangat lah Pina." Kata Abang Arul secara tiba-tiba. Amboi dah lebih ni, nak cakap aku bengap pulak.

          "Kalau aku tak bengap, tak adanya mama suruh kau ajar aku." Aku menjawab. Sekarang ini aku rasa seperti mahu menampar nampar sahaja mulut celuparnya itu.

         "Meh sini" katanya sambil menepuk nepuk karpet disebelahnya. "Duduk rapat sikit"

         "Ehh....kenapa pulak" aku mula membuat muka cuak.

         "Kau jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Aku nak ajar kau step yang betul soalan ni. Kalau kau duduk sebatu macam mana aku nak ajar." Katanya sambil marah-marah.

         Ek eleh tanya je pun. Itu pun nak marah.

         "yelah tau lah" kataku sambil menghampirinya dan duduk di sebelahnya.

           Abang Arul sudah mula mengajar aku langkah yang betul tetapi aku langsung tidak fokus. Jantung aku seakan akan baru lepas habis marathon setiap kali Abang Arul membuka mulutnya.

          'Tolonglah jangan buat hal'

          "Haa faham tak?" Suara Abang Arul menghentikan lamunanku.

           "Hah? Apa dia? Oo haa faham faham" aku berpura-pura faham.

          "Ok kalau faham cuba buat soalan ni" dia menghulurkan kepadaku sehelai kertas.

'Haa matilah kau Pina'

--------------------

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now