Tiga Puluh

9.6K 575 82
                                    

      Oh oh! The ending is coming. Hadiah untuk uolls yang sangat sporting comment dekat story sis.

Enjoy!

---------------------

    "Afrina! Afrina! Kamu kenapa menjerit-jerit sampai ke tingkat bawah boleh dengar ni?" Sayup-sayup kedengaran suara mama mengejutkanku daripada tidur.

          "Herggghhh!! Ya Allah!" Kuat aku menarik nafas setelah terkejut dari mimpi. Berdebar dadaku turun naik kerana terkejut.

          "Kamu tu kenapa? Tidur terjerit-jerit sampai ke tingkat bawah mama dengan papa dengar. Malu je jiran baru kita tu dengar." Bebel mama.

         "Jerit? Afrina jerit ke mama?" Aku menyoal mama.

        "Ye lah! Mimpi kena kejar harimau gamaknya kamu ni." Bercekak pinggang mama membebel di hadapanku.

        "Mimpi?"

        "Iye, kamu tu syok sangat tidur dari pukul berapa tah tadi. Sudahnya mama dengan papa yang kemas berdua je." Mama mengemas cadar yang tadi ku pasang ala kadar sahaja.

       Mimpi? Aku mimpi? Jadi semua yang terjadi hanyalah mimpi? Mustahil!

       "Oii kamu dengar tak mama cakap apa ni?" Sergah mama. Tersentak aku kembali ke dunia nyata. "Itu lah mama dah cakap jangan tidur lepas asar mahu jadi gila. Ni tengok dah biol biol sedikit." Sambungnya lagi.

      Eshhh serabut lah mama ni.

       "Dah dah jangan termenung lagi. Pergi mandi lepastu siap-siap pakai baju cantik sikit. Malam ni mama ajak jiran kiri dan kanan baru kita ni makan-makan sikit dekat rumah."

       "Ohhhh okay okay. Nanti Afrina turun."

         Mama sudah keluar dari bilik. Aku masih lagi termangu-mangu di atas katil cuba memproses apa yang sedang terjadi.

        "Okay. Tadi pagi kami sampai ke rumah ni kemas-kemas sikit je sebab minggu lepas kami dah siapkan mengemas rumah baru kami ini. Lepastu aku penat terus naik atas lepastu tidur." Aku bercakap sendirian.

        Ahhh malas lah fikir. Aku segera bangun dari katil dan bersiap-siap untuk malam nanti.

------------

        Dingg dongg...

        Loceng rumahku berbunyi menandakan ada tetamu yang datang.

"Tolong bukakan pintu tu Afrina." Laung mama dari dapur. Malas-malas aku berjalan ke arah pintu.

Sebaik aku membuka pintu aku tergamam sendiri apabila melihat kelibat Najwa bersama dua orang tua yang aku rasa mungkin ibu dan ayahnya lah kot.

         "Hai. Ni lah kan Afrina nya?" Najwa menyapa aku. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

          Aik? Depan mak bapak kau baik pulak perangai eh. Aku berkerut memandangnya.

"Naj..na..najwa kan ni?" Tergagap-gagap aku bertanya.

"Najwa? Hahaha bukan lah. Nama akak Amirah. Kenapa muka Afrina macam kena sampuk hantu ni?" Najwa bertanya kepadaku. Eh bukan! Lebih tepat, Amirah.

"Ehhh hahaha come on. Tak kelakar la kak Najwa." Aku cuba menyedapkan hati sendiri.

"Heiii Afrina kenapa kamu biarkan tetamu duduk berdiri depan pintu ni? Mari-mari masuk ni Cik Nana. Meh masuk sekali Amirah." Mama menjemput insan bernama Amirah yang berwajah Najwa tu.

Abang Tuisyen Next DoorDonde viven las historias. Descúbrelo ahora