Tujuh

12.7K 691 4
                                    

           Jam locengku yang berbunyi kubiarkan tanpa menutupnya. Malas aku mahu bangun awal hari ini kerana hari ini merupakan ahad.

           Aku menyambung tidurku semula apabila jam locengku berhenti berbunyi namun tidak lama selepas itu aku terkejut apabila jam locengku sekali lagi berbunyi. Aku mendengus dan segera menutupnya.

            Hari ini aku tidak bercadang mahu ke mana-mana jadi aku cuma termenung sambil berbaring di atas katil. Malas mahu bergerak. Tiba-tiba telefonku berdering menandakan panggilan masuk.

           "Hello." Aku menjawab kasar setelah melihat nama Abang Arul yang tertera di skrin telefonku.

           "Assalamualaikum." Kedengaran suaranya memerli aku. Aku mencebikkan bibirku. Menyampah mendengar suaranya di pagi hariku.

           "Waalaikumussalam. Nak apa."

           "Harini datang tuisyen. Esok aku takde." 

            "Aku takde kat rumah lah." Aku menahan diriku daripada tergelak.

           "Kau jangan nak menipu, mak kau ni baru balik dari rumah aku. Dia cakap kau belum mandi lagi." Terkekek kekek suaranya menggelakkanku.

           'Aduh mama ni pun. Pagi-pagi pergi rumah orang buat apa'

          "Tengoklah kalau aku rajin." Aku menjawab dan cepat-cepat menamatkan panggilan. Padan muka kau. Siapa suruh kacau hari minggu aku. Telefonku berdering sekali lagi dan aku teramatlah malas untuk menjawabnya kerana aku tahu panggilan itu daripada Abang Arul.

          Pingggg. Telefonku berbunyi menandakan mesej whatsapp masuk.

'Sepuluh minit lagi kau tak dtg rumah aku, aku bagi kau dua set latihan harini'

           Terbeliak biji mataku membaca mesej yang diberi. Tanpa membuang masa aku mencapai tualaku dan bersiap. Teramatlah ajaib hari ini kerana aku telah mencatat rekod bersiap dalam masa 5 minit sahaja.

          Terkocoh kocoh aku menuruni tangga dan tanpa sempat bersarapan aku terus keluar rumah memakai selipar dan menuju ke rumah sebelah. Dapat ku lihat Abang Arul sedang menyiram pokok bunga ibunya. Idea jahat mula timbul di fikiranku namun cepat-cepat aku hapuskan kerana teringat insiden kelmarin. Tak mahu aku disiram lagi sekali.

            Aku memberi salam kepadanya dan dia menoleh kepadaku dengan senyuman sinis.

           "Lambat tiga minit." Katanya sepatah. Mataku sudah seperti mahu terkeluar daripada tempat asalnya apabila aku melihat skrin telefonnya. Dua sebab mengapa mahu terkeluar.

1- Abang Arul telah menetapkan pemasa. Heh macam budak-budak.
2- Masa itu telah melebihi 10 minit. Ok yang ini memang membuatkan aku terasa mahu menangis apabila teringat dua set latihan addmath yang bakalku buat.

           "Tapi aku salute habis kat kau. Nak tau sebab apa? Sebab aku tak sangka kau keluar cepat gila hahahaha." Katanya sambil tergelak macam orang gila.

           'Eyyy ada yang kena baling pasu dengan aku mati japgi kang' mulutku terkumat kamit menyumpahnya. Aku menjelingnya dengan tajam dan malas aku mahu melayannya.

           "Tapi kan kau ada bau sesuatu tak." Abang Arul berkata sambil membuat gaya seperti kucing menghidu makanan.

           "Takde pun. Bau apa?" Aku bertanya kepadanya sambil mengikut caranya menghidu sekelilingku.

            "Bau perempuan tak mandi hahahahahahaha." Terbahak-bahak aku lihat Abang Arul ketawa seperti mahu terkeluar anak tekaknya.

           Disebabkan terlalu geram aku mengambil bekas pensel didalam beg yang kujinjing dan membaling ke arahnya. Aku tersangatlah berpuas hati kerana bekas pensel itu terkena tepat ke mukanya.

          "Woiiii sakitlah do." Abang Arul menjerit lalu menggosok-gosok hidungnya. Aku malas mahu melayannya lalu mengutip bekas penselku dan masuk ke dalam rumahnya.

          "Biadap punya orang." Aku sempat menjerit ke arahnya.

--------------------
AZRUL HAKIM

            Aku menggosok-gosok hidungku yang kesakitan akibat daripada terkena bekas pensel yang dibaling oleh Afrina tadi. Kuat juga budak ni. Aku ingat lembik sememeh je. Aku berjalan masuk ke rumah dan terus duduk di hadapan Afrina.

           "Err, nah ambik ni. Buat dulu latihan satu ni. Dah siap bagitau." Aku menghulurkan kertas ke arahnya. Afrina menyambutnya dengan kasar.

           "Kau harini nak pergi mana-mana ke?" Aku cuba menarik minatnya untuk berborak denganku tetapi yang aku dapat cumalah jelingannya sahaja.

           'Amboi budak ni. Aku yang kena baling pencil box kau yang bisu pulak.'

           Akhirnya aku membuat keputusan untuk berdiam setelah tidak dilayan olehnya. Afrina ku lihat amat tekun membuat latihan yang ku beri. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam di pintu rumahku dan aku lihat Alisya iaitu adikku berjalan lenggang kangkung masuk ke dalan rumah.

           "Pinaaaaaaaa!!" Adikku sudah mula menjerit-jerit seperti orang gila apabila melihat kawan baiknya si Pina ni.

            "Alisyaaaaaaa!!!" Ah sudah. Pina juga menjerit apabila melihat Alisya.

             'Oooo budak ni belum bisu lagi rupanya' aku hanya mencebik apabila melihat mereka berpelukan sambil melompat lompat seperti kera mendapat bunga.

            "Ehemmm ehemmmmm." Aku berdehem dengan sedikit kuat. Mereka memandangku secara serentak. "Err group hug?" Aku mendepangkan tanganku untuk memeluk mereka.

            "Euwwwww tak ingin." Mereka berbicara serentak sebelum ketawa secara beerjemaah.

            Aku terus berlalu dari situ. Malu huhuhuhu.

--------------------

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now