Dua Puluh Enam

9K 506 9
                                    

Azrul Hakim
         "Morning, sorry lambat sikit. Mama suruh sarapan tadi." Afrina menyapa aku sebaik sahaja memasuki kereta. Harini cuma aku seorang sahaja kerana Alisya tidak berapa sihat.

        Aku mengangkat kening memandangnya. Pelik kerana malam tadi bukan main mengamuk sakan tetapi harini ceria sahaja.

        "Apa? Kenapa tengok orang macamtu?" Dia menegurku. Tidak selesa diperhatikan begitu.

       "Nothing. Err...kau...kau okay ke?" Aku bertanya.

        "Kenapa tak okay?" Soalan dikembalikan dengan soalan. Haih la dia ni tak faham atau sengaja buat buat tak faham?

       "Err....semalam?" Aku cuba memberi hint. Mana tau kot kot dia ingat ke.

        "Ohhh....semalam tu. Pasal semalam tu kita lupakan je lah. Past is past. Macam mana aku menangis air mata darah sekali pun takkan boleh putarkan masa nak balik ke masa lalu." Dia tersenyum.

         Aku memalingkan muka ke arah lain. Tak sanggup rasanya mahu melihat senyuman itu. Senyuman orang yang pernah aku sakitkan hatinya.

        "Heyy, kenapa diam je?" Afrina menegur sambil memegangku memaksa aku memandangnya.

        "Tak ada apa-apa. Just thinking...and i wonder..."

        "Pasal apa?"

        "Tak ada apa. So.....are we friends now?"

"Yeah. Friends."

Senyum.

----------

"Afrina, cantik harini?" Abang Hilman menegur sebaik sahaja dia sampai ke pejabat.

"Hehehe terima kasih Abang Iman. Lambat pulak datang harini?"

"Tahu je lah kan, jalan kat Selangor mana pernah tak jem." Dia merungut.

"Emm haah kan.. betul jugak tu. Eh ni Abang takde kerja ke lama-lama bersembang ni?" Aku bertanya kepadanya. Pelik, boleh pulak dia bersembang dengan aku kat sini.

"Untuk Afrina, abang tak pernah tak ada masa." Abang Hilman menuturkan sambil menompangkan dagunya di atas meja.

Cliche sangat.

"Abang nak Pina tolong chia chia kan ke?" Aku bertanya sambil ketawa melihatnya. Haih la abang, kalau Azrul yang macam ni kan bagus.

"Hehehehe.. abang nak jumpa jantung abang sekejap ye."

"Jantung abang? Siapa?"

Setahu aku Abang Hilman ni single jadi mana datangnya jantung dia?

"Azrul la siapa lagi. Tu my other half tu..... hahahahahaha.." Dia berjenaka. Pecah juga ketawa yang aku cuba tahan.

"Hahahaha adoi lawak la Abang Iman ni... pergilah sana, kacau je lah." Aku menghalaunya pergi sebelum lagi gamat pejabat ini dengan gelak kami.

"Yelah yelah, nak pergi lah ni. Bye sayang muah..." Abang Hilman melayangkan flying kiss kepadaku. Aku cuma ketawa sahaja melihatnya.

Setelah bayangannya hilang dari pandangan, aku mengeluh sendiri.

Hmmm, kenapa lah Azrul tak macam Abang Hilman.

--------------------

"Bro, aku rasa kan macam dah jatuh sayang dekat Pina lah." Tiba-tiba Hilman bersuara setelah lama kami duduk diam.

        Aku yang ketika itu sedang meminum air tersedak mendengar pengakuannya.

        "Ehh kau okay tak Rul? Apahal tersedak sampai camni sekali?" Gelabah Hilman menepuk-nepuk belakangku.

        "Aku takde pape, aku okay tersedak sikit je ni...."

"Ke.. kau terkejut dengar aku sayang Afrina?" Hilman sengaja menduga aku.

"Ehhhhhhh mana ada....."

"Hmmm iye lah Rul, jangan sampai budak tu dah ada orang lain baru kau terhegeh-hegeh nak dekat dia." Hilman memberi amaran.

Terkedu aku sebentar. Macam mana dia tahu aku ada hati dengan dia.

"Takpe Rul, takyah malu. Kau dengan aku kan dah kawan lama." Sambung Hilman lagi.

Betul ahli nujum member aku seorang ni. Baru aku hendak menyambung bicara Hilman memotong lagi percakapanku.

"Baik kau try confess kat dia. Mana tahu dia ada hati jugak dekat kau?"

"Aku taktahu lah. Kau tak rasa macam mana aku rasa. Dulu aku dah reject dia kaw kaw..." perlahan sahaja aku memberitahunya.

"Tapi benda tu dah lama kan?"

"Iye memang lama... tapi dia ingat semua yang aku cakap kat dia dulu."

"Teruk sangat ke kau buat dia dulu?" Serius sahaja Hilman bertanya.

"Cukuplah nak buat hati dia sakit Man...."

Hilman dan aku sama-sama terdiam dan tidak lama selepas itu dia beredar membiarkan aku sendiri. Pelbagai benda yang menganggu fikiranku ketika ini dan menyebabkan aku tidak boleh fokus dengan kerjaku.

Serabut lah!

------------------

Hai guys! Thank you so much siapa yang dah follow ig sis.

Uolls memang AWESOMEEEEE!!!

Ni hadiah untuk uolls okay ;)

Siapa yang belum follow tu boleh lah follow okay

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now