Sebelas

11.7K 641 2
                                    

          "Korang punya mid year exam bila?" Aku bertanya memecahkan kesunyian.

          "Mula Isnin depan kot. Kan Pina?" Aku lihat Alisya bertanya kepada Afrina sambil menggaru-garu kepalanya.

          "Selasa lah. Kan cikgu bagi jadual tadi pergilah amik."

         "Adik ni macam mak nenek semua benda nak lupa. Cuba jadi macam Pina ni. Pergi amik jap jadualnya along nak tengok." Aku membebel kepada Alisya dan tanpaku sedari mulutku ringan memuji Afrina.

         Dammit. Gatal sangat mulut nak puji dia pahal kau ni. Aduh, mesti dia fikir bukan-bukan.

           Aku memandang muka Afrina untuk melihat reaksinya. Namun aku agak kecewa kerana dia tidak memberikan sebarang respon. Buat bodoh je adalah.
"Apa pandang-pandang." Afrina menegurku sambil menjeling.

        Amboi, budak ni dah kenapa.

         Baru sahaja aku mahu menjawab adikku sudah pun sampai sambil membawa jadual periksa di tangannya. Nasib baik. Kalau tak tercetus lagi perang mulut antara aku dan Afrina.

         Aku mengambil jadual itu dan menelitinya.

          "Korang periksa addmath hari Selasa satu lagi. Hmmm lama lagi ni, sempat kalau nak study lagi ni." Aku mengangguk-angguk sambil memandang kertas itu.

         "Lagi dua minggu Sya periksanya tapi sekarang ni aku dah nervous." Afrina menggenggam tangan adikku.

         "Kalau result korang meningkat, nanti aku kasi reward." Aku berkata untuk menaikkan semangat mereka berdua.

         "Serius?" Afrina dan adikku berkata serentak.

         "Ye betul. Tapi yang pasti kena meningkat. Ada peningkatan 5 markah pun dah okay. Nanti aku kasi reward." Aku memandang mereka sambil tersenyum. Senang je nak kasi diorang ni ceria. "Aku belanja korang apa je yang korang nak satu hari."

         "Biar betul. Apa benda je?" Afrina membuat muka tak percaya.

         "Ye betul. So, belajar lah lagi bersungguh-sungguh lepastu tunjuk kertas periksa korang ok?"

         "Okay. Jangan lupa ye janji ni." Afrina mengingatkan ku sambil membuat muka serius. Comel.

        "Deal."

---------------------
Laila Afrina
           Hari demi hari akhirnya tiba juga hari periksa matapelajaran addmath. Aku tersangatlah nervous kerana ini adalah satu-satunya matapelajaran yang susah untukku lulus.

          Aku menyelak kembali nota-nota yang diberi oleh Abang Arul kepadaku. Sejujurnya, dia amatlah membantu aku walaupun kekadang menyakitkan hati.

         Bercakap mengenai Abang Arul, malam tadi sempat dia menelefonku untuk mengucapkan goodluck kepadaku. Dia juga sempat menasihati aku supaya tenang dan jangan gelabah.

          Aku tak berapa faham dengan perangainya itu. Sekejap dia boleh menjadi manusia yang paling baik. Sekejap dia boleh jadi manusia yang paling kejam. Sekejap dia boleh jadi sangat sweet.

          'Kalau kau rasa gelabah, ingat muka aku. Nanti kau tenang hahahaha'

          Terngiang-ngiang suaranya di telingaku. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri apabila teringatkannya.

         "Hah! Senyum ingat siapa tu." Aku disergah oleh Alisya dan Aina.

        "Tak reti bagi salam ke?" Aku memarahi mereka.

Abang Tuisyen Next DoorWo Geschichten leben. Entdecke jetzt