Dua Puluh Sembilan

8.4K 492 35
                                    

Kami mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di hospital kerana jika hendak berulang alik dari Terengganu ke Selangor? Fuh jauh tu.

Aku dan Abang Hilman pergi ke Cafe hospital untuk mencarikan makanan untuk mereka. Sudah dari pagi kami disini dan Cik Esah langsung tidak menjamah apa-apa makanan. Risau pula aku sekiranya dia pula yang jatuh sakit.

"Abang, macam mana boleh jadi macam ni?" Aku bertanya kepada Abang Hilman.

"Panjang ceritanya Pina. Abang pun rasa menyesal ajak dia ikut balik kampung." Abang Hilman menjawab. Terdapat nada kesal dibalik percakapannya.

"Its not your fault abang." Aku cuba menenangkannya. Risau juga melihat keadaannya.

"It is. Kalau abang tak ajak dia takkan jadi macam ni." Dia meraup wajahnya kasar.

"Kalau abang dah ready, abang boleh cerita. Its up to you."

"Waktu tu....."

------------------

"Man, kau drive pulak eh. Aku rasa cam tak sedap badan ah." Azrul berkata sambil menepuk-nepuk dadanya.

"Yeke? Okaylah berhenti tengah jalan jap. Biar aku start drive dari sini." Hilman menawarkan diri.

"Kau ada bawak minyak angin tak? Aku lupalah aku bawak ke tak." Azrul bertanya. Sibuk dirinya menyelongkar beg pakaiannya mencari sebotol minyak angin.

"Alamak mana lah pulak aku pakai minyak angin."

"Habislah. Aku tak tahan dah ni...." semakin kuat Azrul menepuk-nepuk dadanya.

"Ehhh Rul kau okay tak ni?" Cemas Hilman bertanya. "Kejap-kejap aku stop kat RnR." Cepat-cepat Hilman memandu masuk ke arah RnR berdekatan.

"Aku..aa..aku tak boleh na..naafas man. Ya Allah.. to..long aku Man." Azrul terkapai-kapai meminta tolong daripada Hilman.

"Ya Allah Azrul!" Hilman segera mengeluarkan telefon untuk menelefon ambulans dan menghantarnya ke hospital berdekatan.

"Hello....."

----------------

"Macam tu lah ceritanya Pina. Abang pun tak tau macam mana. Abang panik sangat masatu sebabtu terus telefon Alisya lepas telefon ambulans tu." Terang Abang Hilman.

Kasihan aku melihat wajahnya. Wajah yang penuh dengan kekusutan.

"Abang janganlah salahkan diri sendiri. Bukan salah abang semua benda nak jadi." Aku cuba menenangkannya.

Kami berjalan menuju ke wad di mana Abang Arul dimasukkan.

"Cik Esah, Pina belikan nasi. Acik makan dulu ye?" Aku menghulurkan plastik makanan ke Cik Esah.

"Terima kasih Pina. Tapi acik tak ada selera nak makan. Nantilah ye acik makan." Sayu sahaja nada suaranya. Tak sampai hati melihatnya begitu.

"Dah boleh melawat dia ke cik?"

"Acik dah masuk tadi. Pina nak masuk ke? Baik masuk sekarang sebab tak boleh ramai-ramai melawat dia ni." Terang Cik Esah.

"Ohh iye ke? Okay lah macamtu. Abang jom masuk?" Aku mengajak Abang Hilman.

"Jomlah. Alisya nak masuk sekali tak?" Abang Hilman mempelawa.

"Tak apa. Adik dah masuk tadi. Abang Man masuklah." Alisya menolak. Aku tahu hatinya sedih, takut dia menangis sebab itu dia menolak.

"Okaylah kalau macam tu. Jom Pina."

Kami berjalan menuju ke katil yang menempatkan Abang Arul. Aku memerhatikan setiap inci wajahnya. Pedih hatiku melihat keadaannya begini.

        "Weiii.... bangunlah. Kenapa tidur je ni..." aku memulakan bicara.

       "Tak penat ke asyik tidur je...?"

Jeda.

       "Aku dah pakai gelang yang kau bagi ni. Bangunlah, taknak tengok ke aku pakai?"

Bilang aku lagi.

      "Kau cakap kau taknak tinggalkan aku tapi..." aku tidak boleh meneruskan bicara aku.

       "Dahlah Pina... jangan macam ni." Abang Hilman memujukku.

       Aku terus bangun dan meminta diri untuk keluar.

---------------

          "Along dah tak ada!!" Alisya menjerit mengejutkan aku dan Abang Hilman.

        "Adik jangan main-main.. cakap betul-betul." Abang Hilman memarahi Alisya.

        "Along.... along sesak nafas lagi. Lepastu.. tak ada siapa dengar waktu tu.. sebabtu along..." teresak-esak Alisya menahan sedu.

       Aku segera menuju ke arah Abang Arul.

       "Wehh... kenapa kau tinggalkan aku?" Aku meraung di tepi katilnya.

       "Kenapa??!!!!... Ya Allah kenapa macam ni..." aku menjerit-jerit lagi.

       "Kau janji taknak tinggalkan aku.."

       "Kenapa......."

-------------------

Sorry

chapter paling crap ><

By the way yang amik result pt3 tu macam mana? thumbs up ke thumbs down?

Go n read// Faryn Hyfaa by @nana-reo

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now