Dua Puluh

10.1K 551 11
                                    

          Serius aku dah tak tahan! Tadi menggedik dekat panggung. Sekarang ni menggedik masa makan pulak? Kalau aku jahat dah lama aku siram mereka dengan air milo ais yang aku sedang minum sekarang ini. Aku berharap ada sesiapa yang aku kenal akan datang. Bolehlah aku terlepas dari drama tak berbayar depan aku ini.

            Aku berdoa di dalam hati dan tersangatlah ajaib kerana tiba-tiba aku ternampak seseorang yang sangat aku kenali-- Aizat. Aku bukanlah seorang perempuan yang alim tetapi aku tidak menyangka doaku akan dimakbulkan secepat ini. Dia melambaikan tangannya ke arahku.

Yahooo escape from the hell.

         "Err aku pergi kat kawan aku jap ek." Aku bersuara sekali gus mengacau ketenteraman pasangan gedik di hadapanku ini.

        "Haaa pergilah. Byebye." Cepat-cepat Najwa menyuruhku pergi. Amboi, kau yang menyibuk nak menghalau aku pulak. Aku menjelingnya.

         "Ehhh nak pergi mana?" Abang Arul bertanya kepadaku.

        "Tu nak pergi dekat Aizat." Aku menunjuk ke arah Aizat.

        "Aizat???? Tak payah." Abang Arul serta-merta menghalang aku. Aku mengangkat keningku. Dah kenapa pulak tak boleh?

          "Kenapa?" Aku bertanya sedikit marah. "Aku rimas duduk sini." sambungku lagi kemudian terus berlalu. Aku menyangka Abang Arul akan menghalangku lagi tetapi hampa. Tak mungkin dia mahu menghalangku pergi. Dia pun sama sahaja nak aku pergi dari situ. Benci!

------------------

        "Hai Aizat sorang je ke?" Aku bertanya sambil tersenyum mesra.

        "Haah. Afrina datang dengan siapa?"

         "Datang dengan jiran." Aku menjawab acuh tak acuh. Sakit hati punya pasal apabila teringat Abang Arul.

          "Hmm harini hari jadi Afrina kan? Kalau tahu jumpa harini tak adalah Aizat bagi sebelum cuti sekolah haritu."

          Aku hanya tersenyum. Mendengar suaranya sahaja sudah menyejukkan hati aku yang sedang kepanasan.

         "Haah tapi tak apa lah. Janji Aizat ingat bukannya macam orang tu!" Tanpa sedar aku teremo sendiri.

         "Orang tu? Siapa?"

         Tersedar aku terlepas cakap, cepat-cepat aku menukar topik.

        "Ehhh takde apalah. Hm lepasni Aizat nak pergi mana?" Aku bertanya sambil membetulkan tudungku yang kurasakan semakin selekeh.

          "Nak balik dah ni. Datang sini sebab nak cari buku rujukan je." Dia membalas sambil menunjukkan beg plastik yang dipegangnya.

          Haih lah Aizat. Dah lah comel, handsome, rajin pulak tu. Hihihihihihi. Aku tersengih-sengih sendirian.

         "Afrina lepasni nak pergi mana?" Giliran Aizat pula menanyakan soalan kepadaku.

        "Hmm balik jugak. Kejap lagi nak telefon mama."

         "Ohhh... nak saya tunggu sampai mama Afrina sampai ke?" Aizat menawarkan untuk menemani aku. Mahu sahaja aku mengangguk tetapi bila difikirkan menyusahkannya terus aku batalkan niatku.

       "Tak apa lah. Aizat balik lah dulu kejap je lagi mama datang." Aku membalas sambil memerhatikannya.

         "Ohhhh kalau macamtu saya balik dulu lah ek?" Dia meminta diri untuk pulang. "Happy birthday lagi sekali. By the way, Afrina comel sangat harini." Sambungnya lagi sambil terrsenyum manis.

           Aku sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk di kerusi. Mahu sahaja aku menjerit di mall ini.

         "Terima kasih Aizat.. Awak pun handsome sangat harini." Aku memujinya kembali. Tapi serius dia memang tersangatlah kacak hari ini.

         "Kasih awak diterima... hati-hati ye saya balik dulu. Jaga diri awak"

          Aku melambai-lambai ke arahnya. Hilang segala rasa marah yang berbuku di hatiku bila melihat Aizat.

         Aku memandang sehinggalah bayang Aizat hilang pada pandanganku.

        Ok sekarang ni aku nak buat apa?

          Aku mengambil keputusan untuk menelefon mama agar mengambilku disini. Malas aku mahu kembali ke Abang Arul. Dia sedikit pun langsung tidak mencariku. Aku segera mendail nombor mama.

--------------------

         "Awal balik harini?" Benda pertama yang keluar dari mulut mama sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kereta.

        "Saja." Sepatah sahaja aku menjawab.

        "Azrul mana? Kenapa suruh mama amik.?" Aduh banyak pula pertanyaan mama.

         "Abang Arul dia tiba-tiba ada call dari office dia." Aku menjawab. Lebih kepada menipu sebenarnya.

           Takkan lah aku mahu jujur yang Abang Arul sedang berdating dan langsung tidak mencariku? Mahu mama menceritakan kepada Cik Esah lalu yang menjadi mangsa? Mestilah aku.

         "Ohhh iye ke? Patutlah..." mujur mama mempercayai kata-kataku.

         Aku cuma mengeluh seraya membuang pandangan ke luar tingkap. Malas aku mahu memikirkan tentang masalahku.

--------------------

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now