Lima Belas

10.6K 571 0
                                    

           Masuk hari ini, sudah lebih tiga hari aku tidak bertegur dengan Abang Arul sejak kejadian di buaian depan rumahku. Takkan dia sentap dengan aku kot?
           Dahlah dia belum muktamadkan lagi keputusan dia tu. Betul ke dah taknak ajar aku lagi ni.

          Aku berkira-kira sama ada mahu menegurnya atau tidak.

          'Kalau kau tegur nanti dia palau kau cemana?' Suara hatiku mula berbisik.

         'Tapi kau tak cuba belum tau Pina'

         'Macam mana kalau dia marah kau lagi?'

         'Takkan dia nak marah kau lama sangat kot.'

          'Mana kau tau?'

         'Kalau dia marah kau lagi mintak maaf je lah senang.'

          Serabut. Suara hati aku juga sudah bergaduh sesama sendiri. Gerak geriku juga dah macam orang gila gayanya bercakap sorang-sorang.

           Aku mengambil keputusan untuk merendahkan ego dan menegurnya. Itu pun lepas suara hati aku dah bergaduh.

Pina- busy ke?

          Lama aku berfikir sama ada mahu menghantarnya atau tidak. Kemudian aku menekan punat send. Tidak lama lepas itu Abang Arul membalas.

Azrul- sikit je. Kenapa?

Pina- sorry

Azrul- kenapa nak sorry?

Pina- pasal haritu. Sorry sebab buat kau sakit hati

Azrul- ohhhhh pasal tu. Takpe masatu aku yang childish sangat macam perempuan sesikit nak merajuk hahahaha.

Pina- jadi....... kau tak marah dah ek?

Azrul- takde

           Phewwww. Bagus. Nasib baik dia dah tak marah.

Pina- betul ke kau dah taknak ajar aku lagi?

Azrul- tak tau lagi. Why?

Pina- nothing. But aku harap kau still ajar aku lagi sampai spm. Lagi berapa bulan je. Please

             Serius ahhh apa benda kau hantar ni Pina? Aku mulai menyesal menghantar ayat sebegitu kerana sudah 5 minit tiada balasan daripada Abang Arul.

             Huwaaaaaa mama tolong Pina.... Aku menekup mukaku dengan bantal sambil mengetuk kepala sendiri.

'Eeeee bengap-bengap. Terhegeh-hegeh kau ni'

           Aku tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri. Tak lama selepas itu telefonku berbunyi.

Azrul- sorry tadi ada kerja sikit. Okay boleh je nak belajar cuma datang waktu malam lah.

             Ohhhhh dia ada kerja. Menyesal pulak buruk sangka dengan dia tadi.

Pina- okayyy malam ek. Btw sorry ganggu bye :)

           Aku menghela nafas berat dan merehatkan badan di katil.

--------------------

          Lagi dua hari sahaja hari persekolahan sebelum aku bercuti sekolah selama dua minggu. Harini merupakan hari dimana aku akan mendapat kertas peperiksaanku. Seriussss nervous!

          Mataku meliar melihat sekeliling kelasku. Bising gilaaa macam pasar ikan. Aku melihat kelibat guruku berjalan menuju ke kelasku. Jantungku tiba-tiba berdebar laju. Macam orang baru balik marathon duh.

           Selepas memberi salam terus guruku mengedarkan kertas peperiksaan. Aku mengelamun sementara menunggu nama aku dipanggil.

          "Laila Afrina."

         "Oiii Pina kertas kau weh. Taknak ke ha.." Suara Aina mematikan lamunanku.

          Tangan aku terlalu sejuk macam mayat dah gamaknya. Jantungku tak payah cakaplah. Berdebar macam orang jatuh cinta. Sangatlah propa padahal mahu mengambil kertas je. Huhuhuhu. Terketar-ketar tanganku mengambil dari cikgu.

          "So berapa?" Aina bertanya kepadaku.

         "Taknak tengok duh. Tak sanggup." Aku menjawab.

       "Alah tunjuk lah..." Aina sudah merayu-rayu.

       "Tak boleh. Aku nak kasi Abang Arul jadi orang pertama tengok kertas aku."

         "Wuuuuuuuu...." Aina dan Alisya serentak mengusikku. "Nak kasi abang handsome tengok dulu..." mereka menyambung lagi.

         "Diamlah. Ni soal hidup dan mati." Aku menjeling mereka.

         "Cehhhhhh..."

         "Wehhh Pina. Aku rasa en aku tak dapat reward dari abang aku do." Alisya berkata sedih.

        "Asal?"

       "Nah kau tengok lah sendiri. Menurunnnnnnnnnnn.." katanya sambil menunjukkan kertasnya kepadaku dan menghantukkan kepalanya ke meja.

         Aku melihat kertasnya. Semakin menggila debar di jantung aku.

          Wehhhh kalau kau menurun aku lagi laaaa." Aku mula cemas. "Eyyy gemuruh pulak aku."

          "Takpe. Kau en dah berusaha... yakin je." Alisya dan Aina menenangkan ku.

          Masa seakan perlahan berputar. Eyyy cepatlahhhhh! Aku nak balik ni tak sabar nak tengok markah aku.

------------------

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now