Enam

12.9K 677 10
                                    


            "Pina...."

            "Iye."

           "Esok petang jom keluar tengok wayang."

            "Alaaaa beb esok tuisyen la." Aku memberitahunya sambil tanganku ligat membuat kerja karangan yang diberi oleh cikgu.

            Sebenarnya, nak je aku ikut dia dan ponteng tuisyen tetapi Abang Arul sudah memberi amaran kepadaku malam semalam supaya datang hari ini.

           "Ohhh yeke. Takpe lah aku ajak Shaz dgn Wani je lah." Suranya kedengaran agak sedih. Aku memandangnya sekilas sambil tersenyum.

             Tak sampai hati aku melihat wajahnya yang sedih itu.

           "Tak apa lah. Tak ada aku pun wayang tu tetap best." Aku cuba memujuknya. Fokusku kembali kepada kerja yang diberi oleh cikgu.

          "Hmmm ye lah. Lain kali kalau tak tuisyen kita pergi eh." Aina mengangkat jari kelingkingnya dan mencuit bahuku supaya aku berjanji dengannya.

         "Okay In Sha Allah. Jom lah rehat loceng pun dah bunyi tu." Aku menutup buku dan mengucapkan terima kasih kepada guruku lalu beredar dari kelas.

------------------
AZRUL HAKIM
          Aku berdiri di pintu rumahku menunggu kehadiran Afrina. Sesekali aku menghidupkan telefon bimbitku untuk melihat jam.

         'Aik sesat ke apa budak ni. Rumah sebelah je pun' aku menggumam sambil berjalan ke pagar.

          Aku membelek-belek pokok bunga yang ditanam oleh ibu. Sesetengahnya agak kering akibat cuaca yang panas sekarang ini dan aku mengambil keputusan untuk menyiramnya.

         "Baaaaa!" Sedang aku asyik menyiram pokok, tiba-tiba aku disergah daripada belakang.

          "Oh mak kau meletup." Akibat terlalu terkejut, aku melatah dan getah paip yang sedang ku pegang dihalakan kepada orang yang menyergahku.

          "Woiiii! Kau pahal siram aku ni." Aku lihat Afrina sudah basah bajunya kerana disiram olehku. Aku tergamam sehingga tidak menyedari bahawa getah paip di tanganku masih lagi dihalakan kepadanya.

          Kisah aku menyiramnya dulu terlayar di ingatanku.

         "Oi oiiiii! Basah lah aku. Tutup paip tu cepat lahhh!!" Afrina sudah menjerit-jerit kepadaku. Tanpa membuang masa aku terus berlari dan menutup paip. Aku lihat Afrina sudah kebasahan seperti orang yang baru lepas mandi.

          "Kau tak reti bagi salam ke haa?!" Aku menjerit kepadanya. Naik angin aku dengannya.

            Nasib baik petang-petang begini kejiranan kami sunyi. Kalau tidak memang drama swasta lah kami di hadapan rumah ku.

          "Yang kau terkejut sangat apahal. Aku yang patut marah. Asal kau siram aku haaaa ?!" Afrina menjerit kembali kepadaku. Aku cuba mengawal emosiku sekarang ini.

           'Amboi ko nak jerit-jerit pulak dekat aku eh' aku berkata dalam hati sambil menjelingnya.

           "Harini cuti tuisyen. Kau pergi balik tukar baju kau tu." sebenarnya mood aku untuk mengajar sudah tiada. Mungkin sebab terkejut dan malu kerana aku melatah tadi. Malu lah, hilang macho ku apabila melatah tadi.

           "Erghhhhhh buang masa je datang sini." Afrina menghentakkan kakinya dan berlalu ke rumahnya.

          Hahahahaha.... hentaklah kaki kau tu sampai retak simen rumah kau.

           Aku mencari idea untuk mengenakannya kembali.

           "Btw, lain kali pakai singlet." Sempat aku mengusiknya sambil ketawa terbahak-bahak. Sebenarnya aku tak nampak apa-apa pun kerana tudung yang dipakai nya agak labuh. Sengaja aku mahu mengusiknya. Dia menghempas pagarnya sambil menunjukkan penumbuknya kepadaku.

          Aku masuk ke rumah dengan gembira dan masih ketawa kerana berjaya membuatnya marah.

------------------
Laila Afrina

          "Btw, lain kali pakai singlet." Aku dengar suara Abang Arul sedikit menjerit dan gelak terbahak-bahak di pakar rumahnya.

          "Bodoh betul. Pervert."

           Erghhhh geramnya aku. Kenapa mesti kena berjiran dengan orang gatal. Aku menghempas pagar rumahku dan menunjukkan penumbukku ke arah Abang Arul.

          "Ehhh kenapa basah ni Pina." Mama bertanya dengan cemas sambil menuju ke arahku. Nampak mukanya memang cemas.

          "Err takde pape lah ma. Kena siram dengan orang gila tadi." Sarkastik jawapan aku. "Pina naik dulu lah ye." Aku berkata sambil berjalan menuju ke bilikku. Tak tahan dan rimas kerana bajuku sudah basah lencun sepenuhnya. Sumpah seranah masih ku luahkan sepanjang menaiki tangga.

           'Heh salah kau jugak Pina, siapa suruh kejutkan dia' suara hatiku mula berbisik.

            "Ahhhh diamlah. Bukan salah aku pun." Aku menjerit sedikit lalu segera menukar baju.

              Buang masa sahaja aku harini. Baik ikut Aina keluar tak ada lah kena mandi petang-petang begini. Aku mengeluh dan membaringkan diriku di atas katil. Disebabkan terlalu kepenatan, akhirnya aku tertidur.

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now