Tujuh Belas

10.8K 535 16
                                    

           Aku berjalan menuju ke buaian di hadapan rumahku. Angin malam menyapa tubuhku. Ku lihat Alisya sedang berbual-bual dengan seseorang dan seseorang itu pastilah tak lain tak bukan-- Abang Arul.

             "Apa kau nak." Aku berkata sambil duduk di buaian.

            "Alisya cakap kau datang rumah tadi."

            "Haah." Sepatah aku menjawab. Alisya dari tadi jadi pemerhati antara kami.

            "Meh sini aku tengok kertas kau."

              Aku menghulurkan kertasku kepadanya. Dia menyelak-nyelak kertasku sambil mengangguk-angguk.

             "Hmm bagus ada peningkatan. Tak sia-sia mak kau hantar kau belajar dekat orang pandai macam aku." Abang Arul berkata sambil memuji dirinya sendiri. Alisya yang dari tadi diam tergelak mendengar ayat abangnya.

            "Eee Along. Nak muntah adik dengar." Alisya membuat gaya seperti orang loya. Aku tergelak mendengar mereka bergurau. Untung mereka yang mempunyai adik beradik. Aku merupakan anak tunggal, maka aku tiada adik mahupun kakak dan abang untuk bergurau senda. Hidupku cuma ada mama dan papa. Itupun papa selalu outstation.

            "Diamlah kau dik. Daripada kau tu langsung takde peningkatan. Lagi menurun adalah." Alisya mencebik mendengar kata-kata Alongnya.

         "So macam mana?" Aku bertanya apabila keadaan mulai reda.

         "Macam mana apa?"

          "Jadi tak nak belanja?" Aku bertanya dengan penuh pengharapan.

         "Emm esok Sabtu kan? Korang dah start cuti sekolah kan?"

         "Ye." Aku dan Alisya serentak menjawab.

          "Ahad lah kita pergi. Esok aku kerja lagilah." Abang Arul berkata sambil menyelak-nyelak rambutnya. Sekali pandang macam model gayanya.

            "Okay. Kali ni jangan lupa eh." Aku mengingatkannya.

            "Errr adik boleh ikut kan?" Alisya bertanya.

             "Ahh nak bawak kau buat apa. Along cakap siapa yang ada peningkatan je kan."

            "Alaaaaaa." Panjang Alisya menjawab. Aku dan Abang Arul hanya mampu ketawa melihat Alisya.

------------------

          Tak boleh tidur. Itu yang aku rasakan sekarang ini. Sekejap aku mengiring ke kanan, sekejap ke kiri. Sesak fikiranku ketika ini dan aku sendiri tidak pasti apakah yang aku sedang fikirkan.

           Aku teringat kali pertama aku mengenali Alisya dan Abang Arul. Fikiranku melayang disaat kali pertama aku berjumpa mereka.

----------------

          "Afrina! Cepat sikit tolong mama keluarkan barang dalam kereta ni." Mama melaung daripada tingkap kereta.

           "Ye ma. Sekejap. Pina tengah cari duit dalam poket tercicir tadi." Aku melaung kembali kepada mama sambil terbongkok-bongkok mencari duitku di pagar rumah baruku.

             Hari ini merupakan hari di mana aku, mama dan papa berpindah ke rumah baru kami. Disebabkan papa yang baru bertukar kerja disini maka kami perlu berpindah ke rumah baru.

           Sedang aku asyik mencari duitku, aku ditegur oleh seseorang. "Cari apa tu?"

             Aku segera menoleh. Aku lihat seorang lelaki yang agak tua daripadaku menegurku.

             "Err cari duit tercicir tadi." Aku berkata sambil menunjukkan jariku ke arah pagar diantara rumah baruku dan rumahnya.

            "Ohhh. Baru pindah sini?" Suaranya ramah menegurku menyebabkan aku berasa selesa dengannya.

            "Haah. Papa baru tukar kerja."

              Akhirnya dia menawarkan diri untuk membantuku mencari duitku yang tercicir.

              "Nama kau sebenarnya apa?" Dia bertanya kepadaku.

            "Laila Afrina. Awak?"

           "Nama aku Azrul. Aku rasa kau ni sebaya adik aku kot." Dia berkata sambil memegang dagunya.

          "Ohhh yeke? Umur dia berapa?"

          "Umur dia sebelas."

          "Kalau macam tu dia sebaya lah dengan Pina." Aku teruja apabila mendapat tahu yang aku mempunyai jiran yang sebaya denganku.

         "Haaa! Ni pun duit kau. Ada ni kat celah-celah pasu mak aku ni." Dia menyerahkan duit itu kepadaku.

        "Lain kali hati-hati jangan tercicir barang lagi." Sempat dia memesan kepadaku sebelum berlalu masuk ke rumahnya sambil tersenyum ke arahku.

            Aku terpaku melihat senyumannya. Aku berjalan masuk ke rumahku dan tanpa sedar kakiku tersadung ke arah batu dan terjatuh.

             Aku mendengar suara mama memanggil-manggil namaku dan berlari menuju ke arahku. Semakin lama semakin kuat rasanya suara mama di telingaku.

          "Pinaa. Pinaa!!."

          "Pina. Pina.. Laila Afrina bangun sekarang!"

           Suara mama mengejutkan aku dari lenaku. Terus terduduk aku kerana terkejut melihat mama.

           "Ya Allah anak dara. Mama kejut sampai nak terkeluar tekak mama." Mama mula membebel sambil menyelak langsir bilikku.

              Aku masih lagi bingung di katilku dan duduk bersila seperti orang yang sedang bertapa.

             "Ni betul-betul mama kan?" Aku bertanya sambil mencubit pipiku. Aku tidar sedar bilakah waktu aku terlelap malam semalam.

            "Apa Pina tengok mama macam pontianak ke?"

             "Hehehe tak." Aku menjawab sebelum bangun dari katilku dan mengemasnya.

            "Pukul berapa ma?"

            "Dah pukul 10 dah. Mentang-mentang cuti bangun lambat pulak ye."

             Aku hanya diam tanpa mahu menjawab. Malas sebenarnya mahu melawan cakap mama. Aku terus berlalu keluar dari bilik sambil menampar-nampar pipiku-- tidak menyangka aku mimpikan Abang Arul malam semalam.

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now