Lapan Belas

10.6K 590 79
                                    

              Hari ini merupakan hari Ahad bermakna hari ini ialah hari lahirku. Aku membelek-belek telefonku dan ternyata banyak ucapan yang ku terima daripada rakan-rakanku.

            Aku membalas ucapan mereka semua dan aku sedikit hampa kerana tiada satu pun ucapan daripada Abang Arul.

            Malas mahu memikirkan tentang perkara itu aku terus berjalan ke arah almari untuk mencari pakaian yang sesuai untukku pakai. Puas aku menyelongkar almari untuk mencari baju yang cantik namun hampa kerana semuanya tidak menarik di mataku. Akhirnya setelah berfikir panjang aku mengambil sehelai blaus berwarna biru dan terus bersiap.

           Setelah bersiap, aku terus turun ke dapur untuk bersarapan. Sesampainya aku ke dapur, aku disapa oleh mama dan papa.

          "Selamat hari jadi sayang mama." Mama terus memelukku dan mencium pipiku berkali-kali. "Meh sini duduk sini makan dengan mama dengan papa."

           "Lambat papa pergi kerja harini." Aku menegur papa.

         "Saja papa tunggu Pina. Nak ucap happy birthday." Papa menjawab sambil menghirup air teh. "Besar dah anak papa ni." Sambungnya lagi.

           "Hehehe. Papa harini Pina ikut Abang Arul keluar tau. Dia dah janji nak belanja." Aku meminta izin daripada papa.

          "Haaa tu nanti jangan minta dia macam-macam pulak." Mama menyampuk. "Kang nanti habis duit anak orang."

          "Iye mama Pina tak minta. Tapi......." sengaja aku berhenti bercakap.

          "Haaaa tapi apa?"

         "Kalau Abang Arul yang offer Pina takkan tolak hahahaha." Aku ketawa terbahak-bahak. Laju sahaja tangan mama menampar lenganku. Aku menghabiskan makananku dan cepat-cepat berlalu menuju ke rumah sebelah.

          "Assalamualaikum.." aku memberi salam.

          "Waalaikumussalam.. Pinaaaaa!!" Alisya menjawab salamku dan terus menjerit sambil memeluk aku.
"Happy birthday Pina. Tak sangka dah besar kawan aku ni." Alisya masih lagi memeluk aku dengan erat.

           "Wehhh dah dah aduh aku tercekik Sya." Aku menepuk-nepuk belakang badannya dan cepat-cepat dia melepaskan pelukannya.

          "Hehehehe sorry aku tereksaitedddd." Dia tersengih.

          "Abang kau mana?" Aku bertanya sambil menjenguk-jenguk ke dalam rumahnya.

         "Kejap lagi keluar la tu."

         Kami berbual-bual sambil menunggu Abang Arul bersiap. Lambat betul macam perempuan bersiap.
Setelah menunggu hampir 20 minit, akhirnya Abang Arul keluar daripada rumahnya dan berjalan lenggang kangkung. Aku memerhatikan sahaja gerak gerinya sehingga masuk ke dalam kereta.

          "Tunggu apa lagi? Masuklah." Abang Arul berteriak dari dalam kereta. Malas mahu bertekak aku terus masuk ke dalam keretanya.

            Suasana di dalam kereta agak sepi memandangkan kami berdua tiada topik untuk digaduhkan.

           "Errr cuba teka hari ni hari apa?" Aku cuba memancingnya kalau-kalau dia ingat bahawa hari ini ialah hari jadiku.
         "Hmm hari Ahad?"

         "Alaaa bukan teka lah lagi." Aku mendesaknya.

        "Harini hari apa ek? Hari Ahad lah."

          "Eeeee malas lah cakap dengan kau ni." Sakit hati aku bercakap dengannya. Sudahnya aku hanya berdiam diri.

             Hari ini Abang Arul membawa aku ke pusat bowling dahulu. Setelah selesai membayar dan mengambil kasut kami berjalan menuju ke lorong kami.

           "Okay siapa kalah dia belanja ais krim baskin robin ok???" Abang Arul teruja membuat perjanjian.

            Aku hanya mencebik. Hello!! Aku ni juara main bowling la. Kami bermain dan ternyata aku lah pemenangnya. Memang sudah aku jangkakan. Rasakan.

           "Yayyyy, aku menang!" Aku menjerit kesukaan.

          "Eleh tu nasib je tu." Kata Abang Arul tidak mahu kalah.

          "Eleleleee, dah kalah tu buat cara kalah ok?" Aku memerlinya.

         "Pape jelah. Jomlah lepasni nak pergi mana?"

          "Nak makan ais krim dulu lepastu kita tengok wayang." Aku mencadangkan kepada Abang Arul.

          "Emmm oklah kalau macamtu." Kami pun beriringan berjalan menuju ke kedai ais krim.

---------------------
Azrul Hakim

           Aku melayan sahaja kehendaknya. Bukan aku tak tahu bahawa hari ini hari jadinya tetapi aku sengaja mahu buat-buat lupa. Tujuanku ialah untuk membuat kejutan sewaktu balik nanti.

             Setelah selesai memakan ais krim, kami berjalan menuju ke tempat wayang.

         "Ehh kau pergi beli tiket dulu ek. Aku nak pergi toilet." Kata Afrina sambil kemudian berlalu daripada tempat ini.

          Tatkala aku sedang beratur sambil melihat sekeliling, aku terlihat satu figura yang sangat aku kenali. Aku cuba mengelak memandangnya tetapi gagal kerana figura itu berjalan menuju ke arahku.

         "Hi Azrul." Najwa menyapa aku. Aku didalam dilema sama ada hendak membalas sapaannya ataupun berpura-pura tidak mengenalinya.

           "Errr hai Najwa." Aku mengukir senyum nipis.

          "U sorang je ke?" Najwa bertanya. Eh perempuan ni. Sejak tak jumpa lepas break nak ber i u dengan aku pulak.

          "Eh tak. I ada partner harini. U sorang je ke?" Aku bertanya sambil mataku melilau mencari Afrina. Aik, lama lagi ke budak ni nak datang ni.

           "Haah i sorang je. Emm kalau i ikut u dengan partner u boleh tak?" Dengan muka tak malunya Najwa bertanya. Aku menjadi serba salah. Habislah nanti Pina tak selesa.

          "Pleaseeeee..." Najwa sudah merayu-rayu sambil memuncungkan mulutnya. Malas aku mahu melayan karenahnya, aku cuma mengangguk.

          "Yayyyy! Thanks Azrul."

----------------------

Siapa menyampah dengan Najwa angkat tangannn ☝☝☝

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now