Dua Puluh Lima

10.1K 565 32
                                    

Azrul Hakim
Baru sehari tolong dalam office dah kumpul peminat. Haih Afrina kenapalah kau ni comel sangat? Menyesal dulu aku cakap kau macam-macam. Sekarang ni macam semua kata-kata aku dulu menimpa diri sendiri. Satu-satu terkena dekat diri sendiri.

Dulu Aizat, yang itu dah selamat la sebab Afrina sudah habis sekolah. Sekarang ni cuma tinggal Hilman dan yang terbaru Imran pulak? Payah- payah.

Aku duduk dia atas katil sambil termenung teringatkan jiranku itu. Penat duduk, aku mengambil keputusan untuk bersidai di tingkap bilik. Dari atas aku dapat melihat Afrina sedang duduk di buaian depan rumahnya sambil membelai kucingnya yang aku tak sengaja memberi nama Comel.

Tidak membuang masa aku terus keluar dan mengikut duduk di buaian bersamanya. Dasar tak diundang!

"Hai duduk termenung ingatkan aku ke?" Tanpa ada perasaan malu aku menegurnya.

Sekilas dia memandangku dan menjawab "langsung tak." Kemudian ketawa.

Entahlah, dulu muka inilah yang selalu aku menyampah tapi sekarang ini rasa mahu melihatnya sahaja. Tiba-tiba sahaja idea di kepala muncul untuk mengenakannya.

"Auch sakitnya." Aku memegang dadaku.

"Ya Allah kenapa ni?" Cemas muka Afrina cuba membantuku.

"Dada abang sakit." Aku menekan-nekan dadaku. Sengaja membahasakan diri ini abang. Mahu melihat reaksinya.

"Wehhhh kau kenapa? Cakaplaa...." Aku lihat mukanya seperti hendak menangis.

"Abang kena panah dengan bidadari. Hahahahahaha..." aku kemudian bangun dan mentertawakannya. "Kau patut tengok muka kau tadi, risau gila tengok aku. Kau masih simpan hati kat aku kan?" Aku menyambung lagi.

"Bodoh! Aku ingat kau nak mati betul-betul tadi." Aku memarahinya.

"Kau risaukan aku eh? Kan? Kan?" Aku mengusiknya.

"Yela aku takut nanti kalau kau mati betul-betul aku yang dipersalahkan." Selamba Afrina menjawab. Cold hearted betul!

"Bukan sebab kau takut nanti tak boleh kahwin dengan aku?" Aku sengaja menduga.

"Buat apa nak kahwin dengan kau?"

"Yelah sebab kau kan suka aku?"

"Kau tahu apa tu perkataan move on? Lagipun aku tak ada perasaan langsung dekat kau. Langsung." Afrina menjawab.

Aku terdiam mendengar jawapannya. Tidak mampu membalas kata-katanya. Niat hati nak mengusiknya akhirnya sendiri yang terluka. Aku hanya menyengih memandangnya.

"Ke..... kau yang ada hati dekat aku?" Afrina mengangkat sebelah keningnya kepadaku.

"Kalau betul aku suka dekat kau macam mana?" Aku menduga.

Dia kelihatan sedang memikirkan sesuatu. Berdebar juga hati ni mahu menunggu jawapan daripadanya.

"Hmm sedap ke jilat balik ludah sendiri?" Sedas soalan diberinya. "Lagipun i've promise to myself not to love u since that day. Its hurt u know." Sambung nya lagi. Sedih sahaja nada suaranya.

"Im sorry....." perlahan aku meminta maaf kepadanya.

         Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku meminta maaf kepadanya.

"For what?"

"Sebab memalukan kau waktu tu... its just... aku... aku tak dapat kawal masa tu." Aku memandang wajahnya.

         Dia hanya tersenyum memandangku. Seceria mana pun senyuman yang dia ukirkan, terdapat kesedihan di matanya.

"You know what? Its hurt. Really hurt. Rasa macam hati kena koyak waktu tu. Tapi tulah salah aku jugak sebab tak reti sedar diri." Dia memberitahuku sambil ketawa. Aku tahu ketawa itu cuma untuk menutup kesedihannya.

-----------
Laila Afrina
Rasa janggal pula apabila meluahkan apa yang aku rasa kepadanya.

"Im sorry again..."

"It wasn't your fault. No need to be sorry."

         "Tapi aku tak patut siram kau, hina kau."

         "Takpe, itu pengajaran. Lagipun aku belajar banyak sejak insiden tu." Aku cuba untuk senyum. Aku menarik nafas sebelum menyambung. "

         "Sebabkan insiden tu, aku belajar untuk sedar diri.  Daripada insiden tu jugak aku dapat motivasi untuk jadi lebih baik dari waktu tu. Aku cuba untuk kuruskan badan aku, aku cuba untuk jadi lebih cantik dan...."

        "Dan kau berjaya...." Abang Arul menyambung bicara aku. "Kau berjaya jadi cantik, kau berjaya jadi kurus. Tapi kau nak tahu sesuatu tak?"

         "Nak....."

         "Sejujurnya, aku rindu sangat Afrina yang dulu. Afrina yang tak cantik dan gemuk. Nak tau kenapa? Sebab dulu kau ceria, berani, selalu senyum, tak marah-marah macam sekarang, yang suka kat aku, yang...."

What?

          "Enough... jangan sambung lagi. Aku tak sanggup nak dengar." Aku menghentikan bicaranya.

         Drama apa yang tengah dia lakonkan ini? Dulu bukankah dia yang cakap aku selekeh? Tak cantik? Sekarang kenapa dia cakap dia suka aku yang dulu?

         "Tolong jangan cakap yang kau sukakan Afrina yang dulu. Aku berubah sekarang ni sebab aku nak buktikan dekat kau yang aku boleh berubah! Aku masih ingat lah Azrul semua kata-kata kau dulu tu." Aku memarahinya. Layak ke dia mahu menilai aku sedangkan dia yang buatkan aku jadi macam ni?

          "But im saying the truth... im telling you the right."

         "Enough la with your words. Aku dah cukup terluka waktu tu. Jangan buat aku terluka buat kali kedua."

           Tegas aku membicarakan apa yang terbuku dalam jiwa. Layak kah dia mahu berkata begitu?

           "Aku masuk dulu goodnight Assalamualaikum." Aku berlalu meninggalkan nya bersendirian di buaian itu.

------------

Ayokkk Afrina dah mengamuk sis tak tahu huhuhu

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now