07

9.8K 368 14
                                    

"Semua orang nak bahagia. Tiada seorang pun sukakan derita. Cuma kau takkan mampu capai bahagia, tanpa ada luka."

PAGI itu terasa janggal bagi Najwa dan Ariq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI itu terasa janggal bagi Najwa dan Ariq. Masing-masing senyap melayan perasaan sendiri. Pelik kerana Ariq makan sarapan bihun yang di buat oleh Najwa.

"Awak, boleh tak hujung minggu ni saya nak balik kampung? Saya rindu ibu dengah ayah" tanya Najwa memecahkan kesunyian. Rasa janggal dan malu ditolak tepi.

"Kau nak balik sorang?" soal Ariq kembali sambil meneguk kopi.

"Ya lah" balas Najwa perlahan.

"Taknak ajak aku?" kening Ariq dijongketkan.

"Awak nak ikut ke? Selalu awak hujung minggu pun tak ada dekat rumah" ujar Najwa.

"Nanti aku apply cuti seminggu. Kita balik sama-sama. Aku taknak ayah dengan ibu ingat aku dengan kau gaduh pula" terang Ariq. Najwa hanya mengangguk kepalanya tanda mengerti.

Najwa menemani Ariq hingga ke pintu utama sebelum tangan Ariq dihulurkan di hadapan muka Najwa. Dia nak aku salam dia ke?

Lambat-lambat Najwa menyambut huluran tangan Ariq sebelum disalam dan di cium tangan suaminya sekejap.

Najwa memerhati kereta Ariq sehingga hilang dari pandangan. Betul ke dia suami aku? Seram dia melihat tingkah laku Ariq hari ini.


"LAILA, tolong ambilkan fail projek SPA tu. Saya lupa nak ambil tadi. Hehehe" ujar Rudi sambil menayangkan segaris senyuman manis buat Laila.

Laila tersenyum melihat muka bossnya lalu dia mengangguk. Seketika Laila kembali membawa satu fail di tangan.

"Boss, kejap lagi waktu lunch. Boss ada nak order apa-apa atau Boss nak keluar waktu lunch nanti?" soal Laila sambil menghulurkan fail ke tangan Rudi.

"Hm tak apa lah. Saya tak lapar. Saya nak siapkan proposal untuk projek ini. Awak pergilah lunch ya" balas Rudi. Mata dan fokusnya masih tertancap pada fail projek SPA itu.

"Baiklah kalau macam tu. Saya keluar dulu" ujar Laila. Dia keluar dan menutup pintu perlahan.

Jam dikerling menunjukkan angka 1 tengah hari. Matanya kembali fokus kepada kerjanya.



HARI ini Ariq membuat keputusan untuk lunch di rumah. Entah kenapa dia berasa ingin melekat di rumah sahaja.

Namun belum sempat dia mengangkat punggungnya, Alina terlebih dahulu menyapanya.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now