33

10.2K 274 10
                                    

"Jangan disoal bila aku pergi. Aku hilang jangan dicari. Anggap saja kehadiran aku hanyalah sebuah mimpi."

"UMI!!!" laung Nisa menggegarkan segenap ruang rumah agam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"UMI!!!" laung Nisa menggegarkan segenap ruang rumah agam itu. Di hentak-hentak kakinya menahan geram. Sekejap, dia merengek.

"Ya ada apa Nisa? Terkejut Umi!" tegur Umi sebaik sahaja sampai ke bilik Nisa.

"Semua baju dan barang Nisa ada dalam kereta Rudi! Macam mana Nisa nak mandi?!" balas Nisa. Rasa hendak menangis pun ada bila teringat masing-masing terlupa akan perkara itu.

"La ingatkan apalah tadi. Call lah Rudi minta dia hantarkan. Sementara tu, Nisa boleh pakai baju Umi dulu" ujar Umi seraya meraih bahu Nisa cuba memujuk gadis itu.

Mujur saiz badannya tidak terlalu beza dengan Umi. Cuma bezanya, ketinggian.

"Terima kasih Umi. Siaplah Rudi datang nanti, Nisa kerja-kerjakan dia!" balas Nisa geram. Digenggam penumbuk kecilnya menahan geram.

"Hish tak baik buat macam tu dekat bakal suami kamu!" marah Umi membuntangkan mata Nisa.

Laju dia menggeleng, "Bila masa Nisa nak kahwin dengan dia, Umi ? Mana Umi dengar khabar angin ni?!" ujar Nisa terkejut.

"Eh Rayqal lah yang beritahu Umi semalam!" balas Umi menyebabkan Nisa telan air liur.

Umi bingung memikirkan mana satu yang bercakap benar.

"Dahlah, Nisa tunggu sekejap. Umi pergi ambil baju bersih dan tuala untuk Nisa" ujar Umi seraya meninggalkan Nisa yang tergamam.

"Siap kau, Rudi Rayqal!" dadanya turun naik menahan geram. Sesuka hati je menyebarkan khabar angin.




"SAYANG, Abang nak kahwin lain boleh?" soal Ariq santai. Nadanya kelihatan tenang dan serius.

"Apa Abang merepek ni? Abang nak madukan Najwa? Sampai hati Abang!" balas Najwa kecewa. Apabila menangkap wajah suaminya yang serius, dia tahu bahawa suaminya benar-benar memaksudkan apa yang dia cakap.

"Abang janji Abang akan berlaku adil. Lagipun Abang mampu" ujar Ariq semakin yakin dengan keputusannya.

Airmata yang terasa hangat mengalir menuruni pipinya pantas di seka. Ariq yang terkejut melihat tangisan isterinya bingkas bangkit dari katil dan memeluk bahu isterinya.

"Shh, shh janganlah nangis. Abang gurau je lah!" ujar Ariq seraya gelak kecil. Najwa mendongak memandang wajah Ariq yang sedang gelak. Dia memukul lengan Ariq kuat.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now