29

8.9K 285 3
                                    

"Bila kau sudah merasai kehilangan, baru kau sedar betapa mahalnya sebuah kehadiran."

SHAWL yang sedia tersangkut dicapai laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SHAWL yang sedia tersangkut dicapai laju. "Cepatlah, Abang!"  bebel Najwa sambil menampar perlahan lengan Ariq yang masih mamai. Pukul 3 pagi kot!

Laju kakinya menuju semula ke bilik Alina. Wajah Alina yang penuh dengan peluh disapu dengan sapu tangan kecil.

"Alina, awak boleh bangun? Mari saya tolong!"  ujar Najwa perlahan. Lengan Alina dipegang perlahan cuba membantu gadis itu bangun. Tetapi Alina menepis kasar.

"I nak Ilhan!"  balasnya sambil merengek menjadikan Najwa teragak-agak. Dah sakit buatlah cara sakit.

"Ya, I'm here. Come on. Jom pergi hospital"   pujuk Ariq lembut. Terkejut Najwa apabila disapa suara Ariq.

Najwa mengundur ke belakang memberi ruang kepada Ariq untuk mencempung tubuh langsing Alina.

Najwa cuba untuk tidak terbawa-bawa emosinya. Alina sedang sakit jadi Ariq hanya membantu Alina.

Beberapa ketika, mereka sampai dihospital. Rasa sakit di bahagian abdomen Alina semakin mencucuk-cucuk. Alina terus di masukkan ke ward ICU. Ariq dan Najwa terduduk di depan bilik ICU.

Hampir terkeluar jantung Najwa apabila Ariq meletakkan kepalanya di atas paha Najwa bersahaja. Matanya dipejam rapat. Najwa terkebil-kebil melihat sang suami.

"Mengantuknya!"  ujar Ariq cuba menyelesakan dirinya. Perlahan tangan Najwa naik mengusap lembut rambut Ariq. Najwa mengukir senyum tipis.

ARIQ dan Najwa bingkas bangun apabila melihat doktor Haqim keluar dari ward Alina.

"Awak berdua ni cuba membunuh patient atau macam mana? Awak berdua tahu tak yang Alina baru sahaja mengalami keguguran haritu dan dia masih perlu berpantang seperti wanita bersalin. Tapi kenapa awak berdua biarkan Alina melanggar semua pantang dan menjadikan keadaanya bertambah teruk!"  marah Doktor Haqim melulu. Najwa dan Ariq memandang antara satu lain bingung.

"Sekejap, Doktor. Alina keguguran? Kami langsung tak tahu!"  balas Ariq sedikit geram. Tiba-tiba dituduh cuba membunuh siapa yang tidak berang. Najwa mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan suaminya.

"Jadi macam mana keadaan Alina?"  soal Najwa prihatin.

"Kami terpaksa menahan pesakit disini. Saya harapa encik boleh menghubungi pihak keluarga pesakit dalam masa terdekat. Maafkan saya. Saya minta diri dulu"   balas Doktor Haqim sopan. Dia pamit dan meninggalkan Najwa dan Ariq.

Najwa menelan airliur sebelum memandang suaminya, "Bukan Abang kan yang mengandungkan Alina?!"  soal Najwa. Nafasnya tersekat-sekat menunggu jawapan Ariq.

Mata Ariq terus terbuntang luas mendengar soalan isterinya. Diraih kedua bahu isterinya, "No, Sayang. Bukan Abang. Abang pun baru tahu!"  jawab Ariq. Najwa menghela nafas lega dan terduduk di bangku.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now