19

7.6K 298 29
                                    

"Bila kita melepaskan sesuatu, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita."


"KENAPA tiba-tiba nak balik? Tak boleh tunggu pagi ke?"  soal Ayah sambil membantu mengangkat beg Najwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KENAPA tiba-tiba nak balik? Tak boleh tunggu pagi ke?"  soal Ayah sambil membantu mengangkat beg Najwa.

"Ada masalah dekat office Abang Ariq. Nak taknak Nabilla kena ikut baliklah. Sorry"  balas Najwa. Dia rasa berdosa kerana menipu orang tuanya. Maafkan Nabilla, ibu ayah.

"Tak apa lah. Nanti senang boleh balik lagi"  celah ibu pula. Ibu memeluk bahu Najwa erat. Dia tahu anaknya masih belum puas melepaskan rindu yang terbuku kerana ibu juga merasakan hal yang sama.  Tapi sudah tempat seorang isteri adalah di samping suaminya, diturutkan jua permintaan Ariq.

Kadang Najwa terfikir, benarkah keputusan yang dia pilih ini ? Adakah dia masih perlu bertahan demi cinta Ariq sedangkan sudah jelas cinta suaminya itu hanya untuk Alina?

"Dah janganlah buat muka sedih macam tu. Kalau susah-susah sangat, biar ibu dengan ayah yang pergi sana"  gurau ayah. Najwa tersenyum sebelum bersalam denngan ibu dan ayah. Ariq turut sama bersalaman.

Jam 10 malam, kereta mewah milik Ariq memecut memasuki lebuh raya.

Najwa hanya senyap. Dia ralit membuang pandangan ke luar tingkap. Sesekali dia menjeling Ariq. Jelas kelihatan kerisauan yang terbit di wajah Ariq. Najwa melepaskan keluhan berat sebelum matanya terpejam rapat.

"Terima kasih sebab tak beritahu hal sebenar dekat ibu dengan ayah"  tegur Ariq. Mata Najwa kembali terbuka mendengar ayat yang dilontarkan.

"Simpan sajalah ucapan terima kasih abang tu. Najwa rasa bertambah berdosa kalau Najwa terima ucapan terima kasih tu. Najwa tak sangka Najwa boleh menipu ibu dengan ayah pasal hal ni"  seraya itu Najwa gelak hambar. Gelak yang dibuat-buat terasa pedih menyapa telinga Ariq menusuk ke hatinya.

"Hm sorry"  balas Ariq perlahan.

"Najwa nak tidur"  ujar Najwa biasa. Dia bersandar dan mengiring ke arah tingkap.

"DOKTOR dan pindahkan pesakit dalam ward ICU. Pembedahan berjalan dengan lancar tetapi kami tidak berjaya menyelamatkan kandungannya"  terang jururawat yang bernama Aisya itu. Dia meminta diri setelah memberi laporan mengenai pesakit kepada Rudi.

Rudi duduk di kerusi panjang yang disediakan dan menyandarkan kepalanya.

Dia bingung bagaimana Alina boleh mengandung. Takkanlah Alina dan Ariq pernah tidur bersama? Seketika dia menggeleng laju.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now