31

10.7K 285 7
                                    

"Make me hate you before you leave me, because when I can't feel that feelings anymore, I'll easy to let you go."

"SAYA tak boleh benarkan Ariq Ilhan berkahwin dengan Alina!"  bentak Najwa geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYA tak boleh benarkan Ariq Ilhan berkahwin dengan Alina!"  bentak Najwa geram.

Pada awalnya, dia berniat untuk datang menjenguk Alina. Tapi sebaliknya dia terdengar perbualan keluarga Alina bersama ibubapanya.

Tangannya digenggam kuat menahan rasa marah yang membuak-buak.

"Excuse me! Who are you? Berani-berani masuk campur dalam hal keluarga aku!"  balas Datin Maria sinis. Dia menapak perlahan ke arah Najwa.

"Ariq Ilhan is my husband!"  balas Najwa seraya memandang tepat ke dalam mata wanita separuh abad itu.

"So? Dah kalau suami kau tu merosakkan anak aku, dia kenalah bertanggungjawab!"  ujar Datin Maria bersahaja. Dia percaya bulat-bulat dengan apa yang diujarkan oleh Alina.

"Alina, betul ke Ariq lelaki yang buat awak macam tu?!"  Najwa sengaja mengumpan Alina yang mulai kelihatan resah gelisah.

"Err... Ya lah Ilhan. Kalau bukan dia siapa lagi?!"  balas Alina tergagap-gagap.

Panjang umurnya, kelibat Ariq tersembul di balik pintu. Dia terkejut melihat isterinya turut ada di situ. Setelah mendapat panggilan daripada Dato' Hilman mengatakan mereka sudah tiba di Malaysia, Ariq bergegas ke hospital.

"Sayang, awak buat apa dekat sini?"  soal Ariq bingung seraya tangannya merangkul pinggang isterinya sekejap.

"Speak of the devil, sampai pun kau. Apa yang kau buat pada anak aku?! Kau rosakkan dia lepastu kau sedap-sedap kahwin dengan perempuan lain?!"  tuduh Datin Maria melulu. Laju pipi Ariq ditampar sekilas. Terasa mahu berpusing kepalanya apabila mendapat hadiah sebuah tamparan itu.

Tangan Najwa naik menyentuh pipi suaminya. Ariq menangkap tangan kecil Najwa dan digenggam erat. Dia tergelak mengejek.

"Aunty ingat saya gila ke? Tanyalah anak Aunty berapa ramai lelaki yang dia dah tidur? Entah-entah tak terkira!"  balas Ariq sinis. Dipandang tajam wajah Alina.

"Beritahulah mummy you! Kenapa sekarang baru takut? Jangan ingat I bodoh Alina!"  tambah Ariq lagi.

Pandangan Datin Maria teralih pada Alina yang mulai resah. Pandangan Alina jadi tak tentu arah. Dia harus memikirkan jalan untuk menyelamatkan dirinya.

"You jangan fitnah I macam ni, Ilhan! Kita sama-sana rela kan malam tu?!"  ujar Alina disusuli airmata yang mulai bergenang.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now