27

9.1K 293 8
                                    

"Dah berpunya tapi melayan.
Nanti dah tersuka dikatanya takdir Tuhan. Pelik."

ALINA berasa terganggu apabila mendengar laungan Ariq memanggil isterinya dari dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALINA berasa terganggu apabila mendengar laungan Ariq memanggil isterinya dari dalam bilik. Najwa yang sedang membersihkan dapur segera ke bilik tidur. Alina yang berada di ruang tamu hanya menjadi pemerhati.

Najwa memulas tombol pintu dan melihat Ariq sedang berdiri memandang katilnya.

"Ada apa?"  tegur Najwa terus. Muncung Ariq dihala ke arah cadar katil.

Najwa menoleh seraya tangannya terus menekup mulutnya sendiri.

"Hehehe. Nampak tak tu apa?"  soal Ariq seraya sengih nakal. Ada sahaja akalnya untuk menyakat isterinya.

"Darah?"   balas Najwa teragak-agak. Dia bingung mana datangnya tompokkan darah itu.

"It shows your virginity yang aku dah ambil dari kau semalam! "  balas Ariq berbisik. Mata Najwa terus terbuntang luas. Dicabut cadar katil itu laju dan memasukkannya ke dalam bakul baju kotor.

"Nanti Najwa tukar yang lain!"  ujar Najwa seraya membawa bakul itu keluar. Kurang asam punya suami!

"Stop!"  langkah Najwa terus mati mendengar arahan dari suaminya. Dia menoleh ke arah suaminya semula.

Ariq bergerak mencapai satu kotak dari dalam laci meja dan menarik tangan Najwa perlahan supaya mengikuti langkahnya.

Najwa diarah duduk di birai katil. Ariq mengambil tempat dihadapannya.

"Selak rambut kau tinggi. Aku nak sapu ubat!"  arah Ariq.

"Tak apa. Najwa boleh sapu sendiri. Sini"  Najwa menghulurkan tangannya meminta krim sapu yang berada di tangan Ariq.

"Biar aku buat!"  tegas Ariq. Najwa menyerah kalah. Kedua tangannya memegang rambutnya yang panjang bagi memudahkan Ariq menyapu krim itu disekitar lehernya.

Terasa jari jemari Ariq yang mulai menyapu krim di bahagian sisi kanan lehernya. Najwa menahan nafas. Jantungnya berdegup laju. Tolonglah bertenang!

Semakin lama semakin menurun ke bahagian dadanya. Laju tangan Najwa menahan pergerakkan Ariq. "Situ tak ada!"  ujar Najwa geram melihat suaminya yang sengaja mengambil kesempatan. Ariq sengih seperti kerang busuk.

Najwa masih cuba menenangkan jantungnya yang terasa bila-bila masa boleh meletop. Sentuhan hangat Ariq membuatkan dia jadi tak keruan.

"Kenapa kau tahan nafas? Jangan risau. Aku tak buat apa-apa. Aku cuma nak sapu ubat ni je!"  ujar Ariq. Dia menahan senyum. Dia tahu isterinya masih gugup.

Najwa menghela nafasnya perlahan. Dipandang wajah Ariq yang tekun menyapu krim.

"Handsome kan aku!"  tegur Ariq bangga diri. Najwa membuat aksi seperti nak muntah seraya gelak kecil.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now