20

9.1K 293 32
                                    

"Cinta tak perlukan ungkapan manis setiap masa.
Cukuplah kau setia disisinya disaat gembira dan berduka."

LANGKAHNYA dilajukan menuju ke kaunter pendaftaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAHNYA dilajukan menuju ke kaunter pendaftaran.

"Ada tak patient nama Qisya Alina?"  soal Ariq segera. Dadanya turun naik cuba mengawal nafasnya akibat berlari.

"Ada. Di ward ICU tingkat 3 ya"  balas jururawat itu ramah. Ariq terus menuju ke escalator. Butang naik di tekan berkali kali. Seketika pintu escalator terbuka.

Ariq menerjah ruangan yang tertulis nama Qisya Alina. Dia memandang sekujur tubuh yang sedang baring di atas katil dengan keadaan kepala yang berbalut. Dia menapak perlahan ke arah Alina.

Kerusi didekatkan dan dia duduk di atasnya. Dia merenung wajah Alina yang pucat.

"Macam mana you boleh kemalangan ? Alina,  jawab bila I tanya. Bangun please"  luah Ariq lembut. Ditatap wajah Alina yang masih belum sedarkan diri sekilas sebelum diraup mukanya. Ariq melepaskan keluhan berat. Jam tangan dikerling. Hampir masuk waktu subuh.

Seketika, dia baru perasan akan kelibat Rudi yang tidak kelihatan. Telefon bimbit dikeluarkan dan nombor telefon Rudi pantas didial.

Beberapa saat, panggilan Ariq diangkat.

"Kau dekat mana? Aku dah sampai dekat hospital"  tegur Ariq terlebih dahulu.

"Aku ada hal tadi. Kau dah sampai? Biar betul? Tunggu kejap lagi aku sampai. Aku dah on the way pergi hospital ni!"  balas Rudi. Dia kembali ke hospital selepas menghantar Nisa.

"Okay. Jumpa kau dekat hospital"   ujar Ariq sebelum talian dimatikan.

"Kalau pasal Alina laju je !"  ujar Rudi seraya kepalanya digelengkan.

Ya dulu Rudi hanya menyokong apa yang dilakukan Ariq kerana sahabatnya itu umpama mentornya. Ariq banyak memeberikan nasihat kepada Rudi. Rudi juga tidak mempunyai bantahan sekirannya Ariq ingin memperisterikan Alina.

Tapi, sekarang keadaan sudah berubah. Ariq sudah memegang status suami kepada Najwa. Dia juga pening memikirkan sahabatnya yang satu itu.





"APA yang khusyuk sangat tengok berita tu? Sejak bila adik tengok berita ni?"  soal Mama mengejek.

Mana tak terkejut, Afiqah elok duduk bersila betul di hadapan kaca televisyen.

"Tu lah, Mama. Mesti pasal artis la tu kalau tak, tak ada nya nak duduk tercongok depan tv tengok berita kan!"  balas Aqil yang sedang makan. Husna hanya senyum melihat Afiqah yang fokus memandang skrin televisyen.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now