12

9.2K 335 1
                                    

Pergi pasar dengan nana,
Beli pula ikan siakap dan yu,
Hai awak yang dekat sana,
Just nak cakap that iloveyou.

Pergi pasar dengan nana,Beli pula ikan siakap dan yu,Hai awak yang dekat sana,Just nak cakap that iloveyou

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KENAPA awak diam je?" soal Rudi. Dia memandang Nisa yang hanya tunduk merenung lantai.

Selepas kejadian tadi, teruk Kak Rina dimarahi dengan pihak atasan. Mana taknya, ramai pesakit dan jururawat lain yang mengadu mengenai keganasan yang Kak Rina lakukan.

"Terima kasih" balas Nisa. Airmata di sapu laju. Dia memandang Rudi sekilas sebelum melemparkan pandangan ke luar.

"Kasih diterima" ujar Rudi mengundang senyum kecil Nisa.

"Haih! Macam manalah kalau saya discharge nanti? Siapa yang nak tolong tengokkan awak?" soal Rudi. Dia juga melemparkan pandangan ke luar hospital.

"Saya boleh jaga diri saya sendiri lah" balas Nisa sedikit keras. Dia tidak suka di layan seperti kanak-kanak yang perlu dijaga 24 jam.

"Kalau awak boleh jaga diri awak, kenapa awak biarkan nurse tu nak tampar awak tadi. Nasib ada saya yang gagah ni!" sambung Rudi sambil membetulkan rambutnya. Kening dijongketkan sebelah.

"itu sebab saya terkejut. Saya tak boleh nak berfikir masa tu" jawab Nisa gagap. Dia menggaru kepalanya yang ditutupi tudung.

"Sudahlah, saya nak pergi tengok pesakit lain. Awak jangan nak merayau sangat eh. Masuk bilik awak dan jangan buat hal" arah Nisa sebelum bingkas bangun dan meninggalkan Rudi sendiri di bangku.

Rudi memerhati Nisa pergi seraya mengukir ssnyum.

Doktor Haqim hanya mencekak pinggang dan memandang dari jauh keakraban Nisa dan Rudi.




"KAU dah kemas baju kau?" soal Ariq yang datang membawa mug kosong. Diletakkn di tepi sinki. Alang-alang isteri tengah cuci pinggan mangkuk, tambah lagi satu mug tolong basuhkan.

Najwa terus memandang Ariq terkejut dengan kehadirannya. "Belum, kenapa? Abang dah kemas?" soal Najwa balik.

"Belum juga. Sekejap lagi lah. Esok kita gerak pagi pukul 9. Boleh sampai awal sikit" Ariq elok bersandar di sebelah Najwa sementara Najwa mencuci pinggan. Ariq tidak menyedari gelaran 'abang' yang digunakan Najwa. Najwa tahan senyum.

"Abang dah call ibu dengan ayah? Najwa ingat nak buat surprise. Hehehe" Najwa menayangkan sengihan lebarnya. Sengaja ditekan perkataan abang itu.

"Kau dah kenapa tiba-tiba panggil aku abang? Soal Ariq baru perasan.

"Sajaaa" jawab Najwa panjang. Sengaja dileretkan.

"Suka hati kau lah" balas Ariq seraya beredar dari situ.

Najwa mengerutkan dahi dan memuncungkan bibirnya. " Apa yang suka hati saya ? Suka hati saya panggil awak abang atau suka hati saya nak buat surprise ?!!!" laung Najwa dari dapur.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now