21

8.7K 292 6
                                    

"Jangan pernah berputus asa jika menghadapi kesusahan, kerana setiap setitis air hujan yang jernih berasal daripada awan yang gelap."

ARIQ memegang kemas kedua bahu Alina cuba menenangkannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARIQ memegang kemas kedua bahu Alina cuba menenangkannya.

"Hei kenapa ni? Cuba beritahu I apa salah I?" soal Ariq bingung. Rudi yang terkejut hanya diam menjadi pemerhati.

"I dah tahu semuanya! You tipu I. Sebenarnya yang dekat rumah you tu bukan maid you tapi isteri you, kan!"  bentak Alina. Rudi memandang Ariq yang juga terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Alina. Bagaimana gadis itu boleh tahu?

Perlahan Ariq meleraikan pegangan pada bahu Alina. Dia melepaskan keluhan berat sebelum terduduk di kerusi. Airmata Alina yang mengalir membasahi pipinya pantas di seka.

"Kenapa you diam? Jawablah!"  jerit Alina. Rudi hanya diam melihat Ariq dan menggaru kepalanya.

"Yes! She is my wife!" balas Ariq geram. Kepalanya sudah cukup serabut memikirkan hal Najwa.

"Sampai hati you, Ilhan!"  ujar Alina. Airmata mengalir lebat menuruni pipinya. Dia berbaring membelakangi Ariq.

"Pergilah. I taknak jumpa you buat masa sekarang"   tambah Alina lagi sebelum memejamkan matanya.

Ariq tiada pilihan lain. Dia bangun dan keluar dari ruangan ward Alina diikuti Rudi.

Ariq dihimpit rasa bersalah kerana tidak memberitahu hal sebenar kepada Alina. Tetapi persoalannya, siapa yang memberitahu Alina mengenai perkara ini?

Ariq menoleh memandang Rudi disebelahnya. "HAHAHA bukan aku eh!"  ujar Rudi terlebih dahulu. Dia tahu Ariq pasti akan menuduhnya.

Rudi memandang Ariq yang sperti orang hilang arah berlegar-legar di depan pintu bilik ward Alina.

Muka Rudi seolah-olah ada perkara yang ingin disampaikan tetapi dia memilih untuk mengunci rapat mulutnya. Serta-merta dia teringat perbualannya dengan Alina sebelum Ariq datang tadi.

"Doktor beritahu yang you keguguran. Baik you cakap dengan I siapa lelaki yang tidur dengan you?!"  soal Rudi tegas. Walaupun dia masih duduk di kerusi tapi riak ketegasannya terserlah.

Dia memandang tajam wajah Alina yang terkejut. Dia tidak mampu untuk melarikan diri daeipada menjawab soalan yang diajukan oleh Rudi.

"I tak ingat. Masa tu I mabuk!"  balas Alina lemah. Ditahan sisa sakit di perutnya.

Rudi meraup kasar. "Patutlah you beriya nak kahwin dengan Ariq. You takut you mengandung? You nak jadikan Ariq Pak Sanggup?"  tuduh Rudi. Memang itu pun rancangannya. Tapi sebaik sahaja mendengar kenyataan sebenar mengenai status Ariq, dia buntu.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now