17

7.9K 292 14
                                    

"Diuji dengan kehilangan orang yang tersayang memang menyakitkan. Kadang masih terasa bahawa mereka masih ada di sisi tapi hakikatnya itu hanyalah mimpi."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ALINA mengoyakkan gambar itu satu persatu seperti orang hilang arah. Dadanya berombak kencang apabila melihat gambar-gambar itu.

"Cantik kan isteri Ariq?! Elok je bertudung manis"  ujar Aqil sengaja ingin melihat reaksi Alina.

"Isteri ? Bila masa Ilhan kahwin? Kenapa Alina tak tahu?!"  balasnya dengan suara yang nyaring.

Aqil angkat kedua bahunya tanda tak tahu.
"itu semua tak penting. Apa yang penting sekarang ni, aku nak kau stop ganggu Ariq. Dan kalau boleh kau stay je lah sana tak payah balik Malaysia lagi!"  arah Aqil sinis. Dipandang tajam wajah Alina yang masih terkejut dengan berita yang dia terima.

"Alina need an explanation! Ariq tak boleh buat Alina macam ni!"  jerit Alina. Dia terus keluar dan menghempas kuat pintu.

Dibiarkan airmata yang mengalir dipipinya mencairkan makeup tebalnya. Dia memandu laju tanpa arah tuju.

Tiba-tiba kereta yang dipandu lajunya hilang arah dan merempuh tiang pembahagi jalan menyebabkan keretanya remuk dibahagian depan. Alina tersandar di stereng kereta dengan keadaan tidak sedarkan diri. Mukanya berlumuran darah.






ARIQ ralit memerhati tingkah laku isterinya yang sekejap ke kanan, sekejap ke kiri sambil tangan disilangkan seperti sedang memikirkan sesuatu.

Seketika dia mengambil tempat di sebelah Ariq. Ariq hanya menunggu apa yang bakal disampaikan oleh Najwa.

"Okay hari ni kita pergi... Mandi sungai!"  jerit Najwa riang. Ditambah gaya terujanya mengundang senyum Ariq. Wanita ini pandai mengambil hatinya.

"Mandi sungai? Kau reti berenang ke?"  soal Ariq. Dia senyum senget.

"Of course! Jangan pandang Najwa sebelah mata taw!"  balas Najwa bangga. Dia menjongketkan keningnya sebelah.

Ariq seraya mendekatkan wajahnya betul-betul rapat dengan muka Najwa sehingga deruan nafasnya terasa di muka Najwa, "will see!".

Ibu dan Ayah yang datang dari arah dapur berdehem perlahan bila melihat adegan tidak senonoh itu. Ibu menampar-nampar lengan ayah perlahan. Janganlah kacau diaorang!

"Eh Ayah, ibu. Hari ni kan, Najwa nak bawa Abang Ariq pergi mandi sungai!"  ujar Najwa cuba mengalihkan topik. Ibu dan ayah tersenyum penuh makna sebelum mengambil tempat di sofa.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now