E P I L O G

14.5K 335 34
                                    

"Mungkin hari ini kamu bersedih, tapi percayalah setiap apa yang kamu lakukan, apa yang kamu korbankan akan dibalas dengan suatu kejutan yang kamu sendiri tidak dapat tahu atau jangka bila akan tiba hari tersebut."

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun lebih itu berlari menuju ke luar rumah apabila mendengar bunyi deruman kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun lebih itu berlari menuju ke luar rumah apabila mendengar bunyi deruman kereta.

"Pa Yudi!"  jeritnya riang. Pelatnya sentiasa menghiburkan Najwa dan Ariq yang turut menuju ke pintu utama.

"Jangan lari, sayang. Nanti jatuh"  bebel Najwa geram dengan anaknya. Pantang dengar bunyi kereta Rudi, laju saja kakinya melangkah walaupun jalan sekejap jatuh kemudian dia bangkit dan berlari lagi.

"Hai anak papa, Aqif Nafiy. Afiy tunggu papa ke?"  soal Rudi seraya tubuh kecil Afiy didukung dan didakap erat.

Seketika pelukan dileraikan, Afiy mengangguk laju.

"Suka lah tu dapat jumpa Papa Rudi dia. Daripada semalam dia asyik sebut je nama kau"  ujar Ariq tak puas hati.

"Alala ya ke sayang? Sorry semalam Papa busy sangat. Okay jom masuk kita main sama-sama!"  balas Rudi. Kasut yang tersarung di buka dan dia melangkah masuk. Afiy diletakkan di atas sofa seraya perut anak kecil itu digeletek.

Afiy ketawa kegelian apabila diusik sebegitu. Dia suka apabila ramai orang memberikan perhatian kepadanya.

"Sekejap ya Rudi. Saya pergi buat air"  ujar Najwa lalu dia bangkit menuju ke dapur.

"Eh tak payahlah susah-susah. Saya datang nak jumpa Afiy je"  balas Rudi segan.

"Ala kau ni gedik lah. Sejak bila kau tahu sopan-sopan macam ni pula?!"  potong Ariq. Rudi mengetap gigi dan menghadiahkan jelingan maut buat Ariq. Ariq hanya senyum mengejek.

"Tak apalah. Tak susah mana pun" ujar Najwa pula. Dia kemudian berlalu ke dapur.

"Oh ya by the way kau bila nak beranak sendiri?"  soal Ariq mengundang kerut di kening Rudi. Soalan apa dia tanya ni!

"Hoi kau ni baru anak satu dah tak betul ke? Sampai bila-bila pun aku tak boleh beranak. Kau ni apa punya soalan lah. Karang cakap bodoh marah"  balas Rudi geram dengan sahabatnya yang satu ini. Pelik-pelik saja.

"Ber anak lah woi. Maksudnya, kahwin lepastu ada anak sendiri. Tahun ni kita dah umur 30 tahun tau. Kau ingat kau muda lagi? Aku tak apa, aku dah selamat dah"  ujar Ariq bangga. Rudi menggulingkan biji mata tanda menyampah.

"Kau ni tak habis-habis ingatkan aku pasal benda tu. Nantilah aku fikir"  balas Rudi acuh tak acuh. Matanya kembali tertancap pada Afiy yang mengajaknya bermain kereta mainan yang dibelikan oleh Rudi kelmarin.

"Its already two years, Rudi. Aku pun nak tengok kau bahagia. Ada orang yang jaga makan minum kau, ada orang yang kau boleh label sebagai keluarga"  terang Ariq panjang lebar. Gayanya persis seperti ibu-ibu dalam novel melayu yang memaksa anaknya mencari isteri.

"Najwa kan ada. Share nak?!"  Rudi memberi cadangan yang membuntangkan mata Ariq.

"Kau jangan macam-macam. Aku korek-korek biji mata kau tu baru tahu!"  balas Ariq geram. Orang cakap pasal dia sebab risaukan dia, dia pula boleh sakitkan hati kita.

Seketika, Najwa datang membawa sedulang air coklat yang diisi ke dalam cawan dan kek pandan gulung yang siap dipotong.

"Makanlah. Simple-simple je"  pelawa Najwa seraya dia mengambil tempat di sebelah Ariq.

"Terima kasih, Najwa. Buat susah-susah je"  balas Rudi seraya menggaru lehernya yang tak gatal.

"Sayang, cuba sayang nasihatkan sikit Rudi ni. Degil sangatlah dia ni. Orang suruh kahwin pun payah!"   ngadu Ariq pada Najwa.

"Nanti dia bersedia, dia kahwinlah. Yang Abang pula beriya ni kenapa ? Ke abang yang ada niat nak kahwin lain?"  Najwa menghentam Ariq dengan soalan cepumas. Rudi hanya gelak melihat pasangan suami isteri yang ralit bertikam lidah.

"Siapa yang taknak isteri bagi kahwin lagi. Boleh juga kalau ada yang nak!"  balas Ariq bersahaja. Ya Allah orang tua ni gatal merenyam ada hati nak kahwin lain.

Serta-merta cubitan ketamnya singgah ke perut Ariq.

"Auch! Afiy, tolong Daddy kena buli dengan Mummy lagi!"  laung Ariq memanggil anaknya meminta bantuan.

Afiy bangun dan menuju ke arah Najwa dan Ariq apabila terdengar namanya di panggil.

Namun bukan Afiy datang ingin menyelamatkannya, malah turut sama membuli Ariq. Ditarik telinga Ariq menggunakan tangan kecil comelnya.

Rudi menghamburkan gelaknya apabila melihat adegan sekeluarga di hadapannya kini.

🌸

Allah sudah susun cantik kehidupan ini, tinggal kita saja untuk belajar redha di atas segala susunanNya. Aku belajar untuk redha pada Allah untuk meredakan kegusaran dalam hatiku.

Andai tak mampu dimiliki,
mampukah untuk dilepaskan?
Andai tak bisa dikasihi,
mampukah untuk dibenci ?
🌸




Kisah cinta yang terbina antara kita membuatkan aku sedar yang mana kaca dan yang mana permata.

Andai diputarkan balik masa, aku akan tetap memilih untuk menjadi suamimu.

Tetaplah setia bersamaku kerana sesungguhnya cintaku hanya buatmu seorang.

ARIQ ILHAN.



Kini aku sedar, perancangan Allah itu membatasi akal fikiranku. Persoalan Masihkah Ada Cinta buat diriku akhirnya terjawab apabila dia memilih aku untuk menjadi suri hatinya.

Aku bahagia dikurniakan suami seperti dia dan aku bersyukur kerana ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

Semoga ikatan suci ini kekal hingga ajal maut memisahkan kita.

NAJWA NABILLA.





T A M A T

Sebuah karya:
A N E E S A H L A N 🌸

Sebuah karya:A N E E S A H L A N 🌸

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now