03

10.7K 418 20
                                    

"Sometimes, we love someone who doesn’t love us back. That’s how ALLAH teaches us: Not everything we want, will sure be ours."

PAGI-pagi lagi kelibat Ariq Ilhan sudah tidak kelihatan di rumah

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

PAGI-pagi lagi kelibat Ariq Ilhan sudah tidak kelihatan di rumah. Najwa teringat kata-kata suaminya semalam,

Kau cuma isteri atas kertas

Dia mengeluh sebelum beralih ke dapur. Walaupun Ariq hanya menganggapnya sebagai isteri di atas kertas, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Belum sempat dia sampai ke dapur, loceng rumahnya berbunyi.

" Eh siapa pula yang datang?"  ujar Najwa pelik. Takkan Ariq lupa bawa kunci rumah. Dia terus menapak ke pintu utama.

Pintu di buka dari dalam. Tersembul wajah Alina dengan senyuman lebar. Apabila Alina melihat gadis yang tidak di kenalinya membuka pintu, terus mati senyumannya. Lain yang diharapkan, lain pula yang keluar.

Alina melihat persekitaran rumah itu. Sekejap, dia mengangguk-angguk. Najwa memerhati gerak-geri Alina. Dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya, akhirnya dia berhenti sekali lagi di hadapan Najwa.

" Ya Cik, cari siapa ? "  tanya Najwa setelah melihat Alina berdiri di hadapannya.

" Ni rumah Ilhan right?"  soalnya balik. Kita tanya dia, dia tanya kita balik!

" Ya betul ni rumah Ariq Ilhan. Dia pagi-pagi tadi dah pergi office"  jawab Najwa. Dia masih bingung siapakah sebenarnya gadis seksi di hadapannya ini. Mengapa gadis ini mencari suaminya?

" Okay, what about you ? Who are you? Ilhan's maid ?" soal Alina lagi.

" Saya Najwa. Isteri Ariq Ilhan "  jawabnya santai. Entah kenapa dia merasa hendak menyakitkan hati wanita yang berada di hadapannya saat ini.

" what?! HAHAHA! Kau ingat aku nak percaya ke? Hoi perempuan kampung, kalau dah maid tu, maid je lah! Tak payah nak berangan jadi isteri Ilhan! Sebab aku satu-satunya perempuan yang layak jadi isteri dia!"  riak Alina sinis . Dia memakai semula cermin mata hitam dan melangkah pergi meninggalkan Najwa termanggu.

" Hakikatnya aku memang isteri Ariq. Hahahaha"  ujar Najwa sendiri. Dia tergelak sendiri.

KEDENGARAN bunyi fail di campak dari dalam bilik Ariq. Pekerja-pekerja yang lain memandang antara satu sama lain. Semua pandangan tertumpu di bilik Ariq Ilhan, pemilik syarikat itu.

"Kalau sampah macam ni yang kau bagi dekat aku, baik kau berambus dari sini! Aku nak kau ambil fail tu dan betulkan semula laporan tu! Sekarang!"  ujar Ariq berang. Terhinjut bahu pekerja perempuan yang bernama Shiha tu akibat di tengking.

" Kenapa dengan Boss korang tu? Period ke?"  tanya seorang lelaki yang mengundang gelak staff yang bernama Tasha.

" Eh, Encik Rudi. Entahlah. Daripada pagi tadi asyik marah-marah je. Ade je yang tak kena"  jawab Tasha dengan nada takut. Gerun juga bila dengar suara menyinga Ariq.

Masihkah Ada Cinta ✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant